Showing posts with label Isu. Show all posts
Showing posts with label Isu. Show all posts

21 December 2011

Duit Oh Duit

Orang tua² cakap... duit setinggi gunungpun, x cukup kalo x pandai berbelanja... besar periuk, besarlah keraknya.. tapi orang zaman dulu² memang pandai simpan duit... tapi ialah kan... zaman dulu x macam zaman sekarang.. nilai duit tu kecil... RM1 zaman dahulu dah macam RM10 zaman sekarang. teringat zaman aku sekolah dulu,

20 December 2011

Borak Kosong

Si A: apalah nak jadi dengan orang² sekarang ni...

Si B : kenapa ni....

Si A : nilah penganjur rancangan I***a Kecil ni....

Si B: Kenapa dengan diarang????

Si A : x derlah.. nak menganjurkan pertandingan utk kanak²... tapi didik minda kanak² jadi dewasa... kalo nak 
          suruh jadi dewasa... suruh la masuk AF ker.. Mentor ker... Vokal Bukan Ruper ker.. Bintang RTM        
          ker... tu kan memang utk yg dah remaja belia...

Si B: apa yang ko x puas hati sebenarnya...cuber citer sikit....jgnlah suka complain org sajer

Si A : x derlah... dia bukak penyertaan utk kanak²... bila suruh nyanyi... suruh menjiwai lagu.. nyanyi pulak lagu 
         frust cintan cintun bagai... naper nak jajah pemikiran kanak² gitu....biarlah diarang dewasa ikut 
         waktunya....pastu make up bagai...dressing bagai mcm dewasa....dah bkn rancangan utk kanak² dah....

Si B: ader ker lagu kanak²...??? lagu tepuk amai² ader lah.. x kan nak bertanding bawak tu.. x mencabar vocal 
         langsung...

Si A : eh engkau ni... biarlah lagu tu mencermin ketuhanan ker... byk lagu² yang boleh dinyanyikan oleh bdk².. 
         mcm lagu berunsur ketuhanan, nasihat.. mcm ... Mentera semerah padi.. hijau... Andai ku Tahu (ungu) ... 
       alah... si anuar zain dulu pun nyanyi lagu kain pelikat jer... glamer jugak... bersih dr kontrovesi yg berbagai 
        lagi.. laku jugak.....

Si B: masalah x banyak lagu.. tu yg jadi gitu tu...

Si A :alah... kalo nak seribu daya.. boleh cari ... byk lagu yg x berunsurkan cinta cintun ni.... rosak la pemikiran 
        kanak²... cuba tgk lagu Erti hidup - dayang noor faizah.. sarat dgn nasihat..... patutnya diarang hayati 
        lagu²   mcm tu....

Si B: nantilah hantarlah proposer kat penganjur...

Si A : mcm nilah org kiter... bila ckp sikit... hantarlah proposer kat penganjur... diarang tu nak untung jer... 
         kiter sbg mak bapak ni harus main peranan... bendung dan didik anak-anak dari terdedah perkara² yg       boleh merosakkan.. jgn biarkan anak² dijajah dengan anasir² kurang sihat.... anak tu kan rebung... jgn 
     dah jadi buluh baluh baru nak bentuk... 

Si B: betol²... (dalam hati : beratnya peranan ibu bapa zaman sekarang... zaman makin mencabar... )

10 December 2011

Musim Orang Kawen...

sekarang ni, ramai betol orang mendirikan masjid... boleh dikatakan hampir setiap minggu ada jemputan kawen.. maklumlah... cuti sekolah.... ketika inilah senang hendak mengumpulkan saudara mara... x derlah alasan... x boleh cuti...anak skolah....namun ramai jugak yang menjadikan waktu perayaan seperti bulan syawal untuk mendirikan mahligai idaman....semoga perkahwinan yang dibina tidak kira berlandaskan cinta ataupun mengikut kehendak orang tua, moga dirahmati, berkekalan hingga hujung nyawa dan dilimpahi rahmat dan kebahagiaan berpanjangam.. amin...

08 December 2011

Sistem Saraan Baru Perkhidamatan Awam (SSBPA)

hemm.. ari ni pakat² duk kecoh pasal pekeliling untuk SSBPA dah kuar kat website JPA.... tgk kat website JPA, x der lak nampak...dengar citer melalui rakan² yang sibuk menggodek pakcik google... diarang terjumpalah beberapa blog yang citer pasal benda ni. rasanya, dia ni keje kat bhg. penjawatan kat JPA. apa² pun terima kasih bebanyak kat tuan empunya blog atas kesudian meng"share" pekeliling yang pada hemat saya masih belum lengkap sepenuhnya kerana ada beberapa term yang tertinggal... malu nak cakap carik tangga gaji sebenarnya. 

07 June 2011

aku x suka kau!!!

Maaflah.. entry kali ini agak negative dan beremosi sedikit sedikit. Bknnya aku x suka pd orang sekeliling… tetapi x suka kepada manusia bergelar penunggang motosikal..x suka bkn bermaka benci…sbb ayahnda di kg pun penunggang motosikal… tapi x suka dengan sikap berlagak “hero” yang boleh ditunjukkan oleh mereka. Sebelum ni aku kurang bermasalah dengan penunggang motosikal… sbb, kelas aku bermula pukul 10 pagi… perjalanan dari Putrajaya ke Bangi ketika itu sudah lengang… aku pulak pilih jalan “dalam” dan x ambil highway sbb aku merupakan pemandu “setahun jagung’ yang baru bermanja² membawa kereta.. tapi, “cap jari dan kering” hahhaha.. apery g dimaksudkan cap jari dah kering??? Maksudnya, dah x guna lesen P walopun stiker P masih utuh pd pak hitam kesayangan aku tu….sebenarnya, aku x terfikirpun nak drive… tapi kerana ada satu kejadian yang telah membuatkan aku nekad nak ada lesen dan nak drive sendiri… benda tu pun berlaku 4 tahun lepas… hehhe… kiranya mmg baru dapat lesen lah aku ni…

02 June 2011

ini bkn entry hari ibu

astaghfirullah...........Tulah saja yg mampu aku ckp ttg berita sorang bayi yang baru dilahirkan dicampak dari tingkat 5… kenapalah ramai benar manusia berhati binatang seperti ini. Tak sampai hati lak aku nak google carik gambar. Dahlah malam tadi aku ader terbaca blog seorang remaja berumur 14 tahun yang mengaku" Bermaruah" tetapi mencanangkan satu dunia (melalui blognyer) bahawa betapa bangganya dia kerana sudah kehilangan dara.em.. ramai yg mengutuk

24 May 2011

Kemampuan

ari isnin lepas, aku sempat berborak sakan dgn seorang kauselor yang berpangkat TSU juga seorang tuan Hj. dari cakap2 orang kat sini (tempat aku praktikal ni), tn. hj ni antara kaunselor yang paling glamour.... kenapa tu, x tahulah... may be sbb dia ader teori2 nyer yang tersendiri... kiterang borak tentang jati diri, bisness dan tiba-tiba terpesong sikit pasal isu kemampuan ni. ceritanya timbul bila dia tanya pd aku, tentang keizinan aku sekiranya "pakcik" aku tu nak kawen lagi satu.... dengan gelak besaunyer aku jawab... boleh...tapi dengan syarat, lepas aku dulu....hahha tu mmg ayat standart akulah kalo orang tanya pasal isu ni.

hehhehe...pas tu dia kata... perempuan selalu mcm tu, x boleh menerima ketentuan dari Tuhan. dari gaya dia mcm nak kasi ceramah free jer kat aku pasal isu madu ni... sebelum meleret baik aku cantas dahulu... aku cakap kat dia....

Betapa Sucinya Wajah Mereka

nilah gambar yg tersebar di facebook... gambar ni dipercayai diambil beberapa jam sebelum kejadian... kalo x silap, dlm 2 jam kot... masa ni diarang nak buat rehearsal .. em.. tgklah... betapa sucinya wajah2 mereka... yg paling kecik kat depan tu, agak-agaknyer umur brape ek??? moga mereka aman di sana..amin..al- fatihah.... semalam.... (isnin) my "pakcik" balek opis, citer ... ader member dia, merupakan pasukan pengelamat (JPAM ) yang terawal tiba pada hari kejadian... dari cerita yang di sampaikan tu, hati aku makin sayu... sesungguhnya Allah Maha Besar dan kekuasaannya x mampu ditandingi... tahniah juga kepada JPAM sbb, mereka ni tabah dalam menjalankan tugas.. hanya orang yang berjiwa besi jer boleh masuk JPAM ni... kalo aku.. mmg x boleh la... sedih + lembek kot tgk keadaan kat tempat kejadian.

23 May 2011

Bila Sudah Sampai Masanya......

Ade kejadian tanah runtuh di hulu langat. Mangsanya, kediaman anak-anak yatim....aku duk bayang kat Hulu Klang... rupenyer kat Hulu Langat. Hemmm.. awal pulak kejadian berlaku... biasanya tanah runtuh berlaku pada musim hujan ... bulan 10 hingga bulan 1 ... ni macam dah lari dari kebiasannya pula.... tapi tulah kekuasaan Allah, kita x tahu apa yang direncanakan olehnya.... setiap apa yang berlaku tentu ada hikmah disebaliknya...sebagai manusia, kita perlu redha akan ketentuannya. Tapi kejadiaan ni pun berlaku ekoran hujan lebat yang berlaku... hinggakan, masa pasukan penyelamat berhempas pulas mencari mangsa yang tertimbus pun hujan masih turun. Dah berminggu-minggu juga kita kepanasan dek ketiadaan hujan... bila hujan turen, ia datang mencurah-curah pula....

Mangsa terdiri daripada kanak-kanak dan juga penjaga Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Kampung Sungai Gahal, Hulu Langat. Kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu membabitkan 25 penghuni pusat berkenaan . 16 daripada meraka menjadi mangsa manakala 3 lagi masih berada dalam keadaan kritikal. Katanya jugak... rumah anak yatim ni jugak... bknlah sepenuhnya dihuni oleh anak2 yatim coz ia juga beroperasi sebagai kem motivasi dan maahad tahfiz..

Laporan berita harian ada mengatakan bahawa sepatutnya, kanak-kanak tersebut menghadiri jemputan bacaan yassin dan kenduri doa selamat sempena menduduki rumah baru oleh Penolong Ketua Penyunting Berita Harian, tetapi kerana perlu menjalani latihan sebagai persiapan terakhir menyambut kedatangan wakil Perbadanan Kemajuan Filem Negara (FINAS) untuk menghulurkan sumbangan dan bantuan, maka mereka menolak secara baik jemputan terseebut. Itulah... dah nak kata ajal mereka waktu itu, seandainya, ajal mereka masih panjang.. tentu mereka menghadiri jemputan tersebut... ketentuan Tuhan... hanya Dia yang Maha Mengetahui Bila sudah sampai masanya... kita tidak mampu menghalangnya...

dalam entry kali ni banyak aku taruk gambar sbb... rasa sayu dan pilu... so biarlah aku masukkan gambar yg biasa-biasa sahaja... sesaper yang berminat nak tengok gambar2.. leh tgk kat sini ataupun kat sini.

7 orang daripada mangsa telah selamat dikebumikan di dalam satu liang lahad. Suasana pilu menyelubungi waris2 serta sahabat handai kanak-kanak tebabit. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka dan moga ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.... marilah sama-sama kita sedekahkan al-fatihah..