21 August 2025

HILANG - MIA AZWARI

 TERRRACUN.. perkataan org zaman sekarang kan.... Masa PBKL hari tu ML duk jeling-jeling je buku ni.. nak beli tak nak beli.. nak beli tak nak beli. dah baca dah bab-bab awal kat FB. dah tertarik. tp tulah... bila penulis yg ML tak biasa ni... jaranglah ML beli bukunya di PBKL(maafkan saya)... then balik dgn buku-buku yang ada dalam list awal sebelum pergi sahaja. 

Tetiba... ehhhh... dia nak jadi adaptasi pulak... x boleh jadi ni. kena belilah jugak. then mencari-carilah ML dia "rumah horen" tu. walaupun tayangan dah episod ke bearapa entah di TV. Tapi... x nak tgk lagilah....sebab nak baca novel dulu. So ML review dulu.. orang panggil review lagi ke sekarang? ke POV? ke apa?heemmm.. apa-apa jerlah.... nanti ML comparekan dengan siri adaptasi ya


Sebaik saja dia sedar dari koma, dia dikejutkan dengan sesuatu yang tak masuk akal. Yang dia ingat hanyalah kenangannya di waktu kecil sehingga dia berusia 17 tahun.


“I'm your husband.”- Nadim Eijaz

“Aku memang tak ingat siapa dia. Nak tinggal serumah dengan dia pun aku takut. Aku tak nak jadi isteri dia.”- Aira Nadira

Gila!

Sedar-sedar, dia sudah berusia 27 tahun. Nak tak nak, dia perlu terima statusnya sebagai isteri kepada lelaki berwajah dingin. Sikap kasar lelaki itu membuatkan dia keliru. Ditambah pula dengan layanan buruk yang diterima dari adik iparnya membuatkan dia tertanya-tanya tentang punca gadis itu membencinya.

“Tak cukup kau paksa along kahwin dengan kau, kau buat rumah ni macam harta kau sendiri. Biadap dengan semua orang dalam rumah ni. Paling aku benci, kau kikis duit along aku.”- Nurul

Aira tak mampu terima kenyataan itu. Lantas perpisahan diminta agar dia dapat menamatkan penderitaan Eijaz memperisterikan dia.

“Aku tak akan lepaskan kau. Selagi kau tak ingat, kau akan terus tinggal di sini. Anggap itu satu hukuman atas kesalahan yang kau buat dulu.”- Nadim Eijaz

Aira semakin tertekan. Satu demi satu perkara terbongkar menyebabkan dia semakin takut untuk mengenali Aira yang sekarang.

“Kalau saya diberi pilihan, saya lebih rela tidur untuk selama-lamanya. Apa yang berlaku dalam hidup saya sekarang, satu mimpi ngeri, tuan.”- Aira Nadira

“Mimpi ngeri? Aku dah lama alami semua ni sejak kau masuk dalam hidup aku. Dan sekarang... aku akan pastikan kau menyesal atas pilihan yang kau buat dulu.”- Nadim Eijaz

Apakah yang berlaku terhadap Aira dalam tempoh 10 tahun yang hilang? Dan adakah benar Nadim Eijaz mahu menghukum Aira seumur hidup atas khilaf yang lalu?

Ehhh.. mcm mana nak buat review ni... dia puanya blurb kat atas pun dah mcm review. padat dah... hemmm...

Aira, seorang yang polos, manja, penuh dendam. tapi ML rasa dia bukanlah keras hati. Sebab, sepanjang dia menjadi isteri Eijaz, iaitu sblm kemalangan yang membuatkan dia hilang ingatan, dia asyik makan hati je. ya. itulah yang dia rasa sebab, diakan dididik dengan baik oleh Tok wan. tapi sebab dendam, dia memendam perasan. walaupun terluka, dia bertahan sahaja.

Eijaz. siapa pun jadi Eijaz dia akan sakit hati. sebenarnya, macam 1st time pulak ML jumpa watak anak orang kaya yang "suci" macam budak Eijaz ni. dia pun dalamjiwa duk berkecamuk. kenapalah si Aira ni buat dia mcm tu. dalam duk benci, tetap dia jalankan tanggungjawab dari segi nafkah zahir dia pada Aira. kira mmg bertanggungjawab punya oranglah.

SILA BACA NOVEL. sebab, saper yang baca novel akan nampak sisi Eijaz yang lain.dalam duk benci, marah semua, apa-apa hal pun dia dahulukan bini dia dulu. Ego dia tu.. x payah cakaplah. gunung kinabalu tingginya hah. nak-nak masa Aira nak lari rumah... mau gugur jantung dia... terus duduk sebilik. padahal, kalo org tu nak lari pun, duduk sebilik pun x jadi hallah.

TEAH. sangat jujur orangnya. walaupun Aira confuse dengan hidup dia. Teah tetap simpan rahsia kenapa Aira jadi macam tu. Bayangkan, kalau dia ceritakan dari awal. rasanya apa jadi. 

Satu yang ML tertanya-tanya. siapakah perempuan yang jumpa dengan Fendi... nak ckp Hannah, helok jer Aira tu duk mengganjing tapi tak logiclah dia x kenal Aira. sebab dia yang follow Aira. tpi dalam drama, Hannahlah yg jumpa. X logic jugak dia x kenal Hannah.ahhh.. kusut. mesti ML ada tertinggal kat mana-mana ni.



Bila novel jadi adaptasi. Jujurnya ML sangat x gemar. Faham... dari segi sudut marketing, drama perlu lebih presentable. kena lebih drama dia. Tapi tidak dengan karya ni. 

Kebanyakan dialog, boleh dikatakan 90% sejibik dalam novel. cuma adalah diorang ubah ayat bagi smooth kan bahasa tu sikit. Plot , bagi ML lebih tersusun sikit.  Cuma, pelakonnya, macam kurang chemistry sikit. tak tahulah.. kat mata ML nampak "kekayuan" kejanggalan  antara Eijaz & Aira tu.

Tak ada body  touch. bagus. tapi, tulah.. mungkin tu yang nampak janggal sikit kot.

PLOT TWIST

1. Teah, jadi Teha. ML suka... Teha tu lagi comel.hehehhe.. jangan marah.!

2. Tangkap "kering" dalam novel , bagi ML lagi realistik. Tp dalam drama , macam x ada apa. Aira bukak pintu, macam tu je.. sedangkan, dalam novel, mmg susah nak pertahankan diri. buat orang tak percaya je. tp dalam drama macam.. alah.. nak tangkap, nak tuduh suka hatilah. sbb mmg nak lari dari Hannah. hah gitu. tp di mata ML jerlah. kalau dalam novel, Aira ada byk video  Eijaz masa dia x sedarkan diri. so, video dan gambar tu jadi modal dia utk ugut family Eijaz... dalam drama? Apa Aira guna untuk ugut? logicnya, mana nak dapat gambar Eijaz bogel ke.. tidur ke? ngintai Eijaz tukar baju?

3. Abang Ajis tak gila... masih helok. oklah .. yang ni lebih realistik. sbb , realitynya orang jahat ni, liat sikit nak dapat balasannya.

4. Balik kg sorang-sorang, mintak Teha yang temankan. Novel Eijaz lagi caring weh.. mana dia tinggal bini dia sorang. tak ada maknanya dia nak lepaskan bini dia kat sapa2 waima Teha, sbb dia tahu, ada musuh yang nak bunuh Aira. tapi, drama boleh pulak dia bagi Aira merajuk macam tu.

5. Apa lagi eh? oh ya.. jahat kome.... Sarip tu punyalah baik. korang jahatkan dia... matikan bini dia... tak patut.. x patut... Sarip baik weh....

6. hah... pasal masakan yg nurul cakap busuk tu? ML duk perati jer.. ape benda tu? daging salai ke? sbb dalam novel budu weh.

yang lain-lain tu, oklah... dan spt yang dicanang... olahan sama macam novel. thanks to SUHAH sbb dah menyakiti pembaca novel... hahhaha

tapi.. the best part dalam novel, x delah.. part surat Hannah pada Aira tu. hemmm..... yang tu best tu.


Ok.. mungkin lepas ni, ML akan jadi peminat Mia Azwari ke? hemmm.. x pasti lagilah tu macam man.kita tengklah nanti ya.

Overall... ML bagi 4/5 . 




No comments:

Post a Comment