Jiwa dan emosi aku terganggu lepas baca novel ni..1st time baca dulu x derlah rasa macam sekarang.. terus ingatan masa belajar 4 tahun lepas datang.. aku selak satu-satu memori tu.. oh yer.. bukan terkenangkan kisah cinta Azlisyam dan Shahira yang menyentuh jiwa aku.. tapi ikatan persahabatan antara Shahira, Anuar, Diana dan Fizi menikam sukam...
Kisah ni mengisah kan cinta yang hadir antara Shahira (Ira)dan Azlisyam (Syam). Aku tak tahu kenapalah Ira digambarakan sebagai seorang yang sangat rupawan... dan Syam pulak comfirmlah hendsome gile.. hadoi.. sterotaip mesin taip betollah.. tapi x kisah lah.. asalkan citer dia best... hehhehhe
Anuar, bkn hanya menganggap Ira sekadar rakan tapi lebih dari itu. perkenalan sejak berumur 13 tahun itu, memutik cinta yang x pernah padam.... Ira pula susah untuk menerima cinta lelaki itu... heran aku.. x kan x cair.. baik gila lah si nuar tu... perkenalan antara Ira dan Syam tanpa diduga. Dalam pergaduhan tu, tercuit hati masing². Ira tidak faham hatinya.. tapi bagi Syam dia sudah tahu dan mahukan Ira jadi surinya,
dengan tiba²Anuar ingin masuk meminang. tetapi Ira melarang. kerana di hati dia x wujud cinta untuk anuar...tapi kabar yang disampaikan oleh ibunya membuatkan dia malas bergaduh dengan anuar.tidak mahu kecewakan jiwa kedua orang tuannya yang sebelum parah dimusnahkan oleh kakaknya Shahida, Ira akur dengan pinangan anuar.
beberapa hari sebelum pertunangannya, Syam datang. ingin meluahkan rasa hati... namun, Ira menjauhkan diri. Risau hati akan merana.... kerana hatinya telah dicuri dalam diam oleh jejaka tersebut. Hari pertunangannya, kejutan yang tidak diduga... bukan Anuar yang datang tapi Azlisyam. Hati Ira berbunga tapi dalam masa yang sama, risau kerana dia dan Syam macam anjing dan kucing. Bagi Syam pula, tiada yang lebih membahagiakan bila bunga yang dipuji kini jadi miliknya. sudah jodoh mungkin. belum sempat meluahkan cinta, bunga sudah di tangannya. namun egonya tinggi. di depan Ira dia selalu mengherdik, tetapi hatinya bahagia....
2 tahun bertunang, hanya Diana seorang sahaja yang tahu.Syam bawa diri ke Johor, alasan cari pengalaman tapi sebenarnya, x mahu tunjukkan perasaannya pada Ira..hisk... dasar lelaki ego... ape yang dia dapat buat mcm tu pun aku x tahulah....Anuar setia menanti...
Episod duka bermula, bila orang tua Syam minta perkahwinan dicepatkan. masa tu, Ira ada setahun lagi pengajian. Pecah rahsia mengenai pertunangannya hingga merobek hati anuar dan retak sudah persahabatan meraka. Anuar tidak boleh menerima kenyataan. pada masa ni, penulis gambarkan kehancuran jiwa lelaki itu... tapi aku nampak mcm over sgt ... tapi x tahulah.. sebab aku x pernah tgk lelaki menangi mcm tu....
hari terakhir peperiksaan menjadi sejarah hitam hidup Ira. Hari terakhir Ira mahu jumpa anuar untuk meminta maaf dan mahukan persahabatan mereka seperti dulu.. ketika itu muncul Syam.. cemburu buta menguasai... dia lari.. Ira mengejar tanpa menghiraukan nyawa di dalam rahimnya. dia jatuh, keguguran dan rahimnya cacat. dia tidak mampu hamil lagi. Tamparan hebat buat Ira bila Syam tak mahu memaafkannya dan bersetuju untuk berkhawin lagi atas desakan keluarga yang inginkan cucu. Dia tidak mahu sebenarnya tapi ego yang menguasai dan saja nak sakitkan hati Ira. Ira minta dilepaskan. Syam dengan mudah melepaskan.
Ira bawa hati yang luka ke kelantan, ke rumah keluarga angkanya iaitu keluarga pensyarahnya, en. iskandar yang setia mendambarkan cintanya. tapi hanti dia hanya untuk syam. Aku pulak yang sedikit terkilan.. naperlah si Ira x nak pilih Encik Iskandar lecture dia tu.. huhuhuhu. di sana ibu angkatnya telah membuat rawatan secara tradisonal merawat rahim gadis muda yang parah jiwanya itu dan alhamdulillah rahimnya selamat....
sepanjang 3 tahun di kelantan, anuar tidak putus harapan untuk memujuk Ira... sekurangnya dia masih bersahabat dengan rakan dia tu.. persahabatan mereka tak pernah luput. setelah dinasihati encik iskandr, ira kembali ke KL dan menerima anuar. Namun, dia terjumpa dengan Syam. Syam terus memujuk dan merayu Ira. setelah mengetahui cerita daripada sahabat baiknya Anita mengenai hubungan Ira dan Anuar, Syam tidak jadi berkahwin...
Hati Ira hanya untuk Syam. Namun untuk menghampakan Anuar sekali lagi dia tidak sanggup. Anuar begitu setia dengannya. dalam susah dan senang sedangkan Syam, hidupnya penuh dengan api cemburu. tapi takdir kan. siapalah kita nak tolak...sebulan sebelum berkahwin, anuar meninggal dunia.. tapi sempat dia lepaskan Ira kerana dia tahu, Ira hanya cintkan Azlisyam... Anuar meninggal di hadapan Ira. Hidupnya kembali kesunyian. bkn kerana cinta telah pergi tetapi kerana sahabatnya telah pergi.. ouh... so touching... rindu pulak kat my friends....
Namun eanding dia... kawin jugak si Syam ngan Ira buat kali ke2. Dia dapat anak dan letak nama Amirul Anuar... masa anak dia dah besar sikit, dalam 3 tahun, dia baru tanya Syam, marah ke letak nama Anuar.Dia masih sayang pada Anuar kerana anuar sahabatnya paling rapat.. Syam hanya senyum dia x marah, kalo dia marah dia x registerlah nama tu.. tapi dia ckp.. dia memang jealouse hehheheh.. betol jugak kan... tapi semua happy ending citer ni.. cuma Anuar sahajalah pergi dengan membawa cinta sampai mati... huhuh.. ada satu ayat yang Anuar prnah cakap pada Ira "Ira tahu tak, selagi Nuar terus bernafas, selagi itulah Nuar tidak akan berhenti dari merindu Ira" .. Subahanallah.... so touching... conclusion dia... tajuk novel ni, adalah untuk Nuar kot.. hehhehe.. cinta dia bkn cinta biasa....
rate:5/5 ===terkesan dihati
Terima kasih dik
ReplyDeleteTerima kasih dik
ReplyDelete