20 December 2012

Illusi Hati - Haiza Najwa


ouh... aku ambil masa 2 hari nak habiskan novel ni... novel ni x derlah tebal.. tapi ader kekangan² yang wujud hingga ambil masa untuk habiskan. Pada aku, novel ni sedikit boring walaupun jalan cerita dia agak menarik. Penggunaan bahasa yang agak tinggi membuatkan aku sedikit muak kerana aku lebih menggemari bahasa yang jenis santai.


 Novel ini mengisahkan bagaimana Jasmine dan Joshua bertelipati semasa koma. Mereka jatuh cinta dan berjanji ingin berjumpa di alam realiti. Namun takdir memisahkan mereka apabila Marlia iaitu orang bawahan merangkap housemate Jasmine sendiri yang mengaku dia adalah Jas yang bertelipati dengan Joshua semasa koma. Kesungguhan Marlia untuk mendapatkan Josh sehingga sanggup menambahnya nama Jasmine di hujung namanya.. hisk macam². 

Apabila Jasmine tahu kebenaran, dia terpaksa mengundurkan diri tetapi dituduh pula Josh sebagai pendusta. kisah hidup jasmine ni agak unik sedikit. tapi agak klise sebab hubungan antara watak memang saling berkait.. hisk... kecik jer dunia mereka... 

aku lebih gemarkan Kalimah Jiwa hasil nurkilan penulis yang sama. cerita tentang pelacur 1001 tu... rasanya gaya penulisan dalam buku tu lebih santai sedikit... tapi entah lah.. sebab dah lama baca buku tu dan x ada ulang bacaan lagi.... 

No comments:

Post a Comment