27 December 2012

Seraut Wajah Memori - Hana Sakura


novel ni akan aku jadikan salah satu koleksi... cerita dia x der lah hebat sgt... tapi agak tersentuh juga... Mengisahkan mengenai Dania seorang gadis yang tegas dan serius. Nama manjanya di rumah Mirza. menurut ibunya, nama Dania x serasi dengan Dania... hahha.. like me... kekkekek...


Kisah bermula dengan Dania berada di hospita bersama kawan baiknya, Anisah, melawat ahli keluarga Anisah di sana. Semasa hendak pulang, dia terdengar satu pasangan yang sedang rungsing kerana anak mereka memerlukan bekalan darah. Dania dengan bermurah hati telah mendermakan darahnya kepada anak pasangan tersebut.

Dania merupakan pelajar semester akhir Kejuteraan di KUITHO. Dania ni ada satu kelemahan, takut melintas jalan. Kalau melintas jalan raya, dia akan memegang tangan kawan²nya. Suatu hari, dia ingin melintas jalan. Dia berdiri agak lama kerana x mampu untuk melintas.. hisk.. penakut betol.. then, muncul seorang pelajar dengan bermotosikal berhenti untuk melintas jalan. dia dengan tanpa malunya meminta pertolongan lelaki tersebut tetapi belum sempat mengucapkan terima kasih, lelaki itu berlalu.

Ian Hanif, merupakan pelajar baru di KUITHO tetapi sudah di tahun akhir kerana sebelum ini belajar di luar negara. Disebabkan perpindahan tersebut dan juga transfer kredit semua bagai, dia perlu menjalani 2 semester di KUITHO. Di sebabkan masih baru, dia masih belum arif kat mana kelas dan bangunan di fakulti nya.

Tetapi dia tersempak dengan Dania.. dia masih ingat Diana meminta tolongnya melintas jalan.tapi, Dania x mengenalinya kerana dia memakai topi keledar fullface masa tu...berlaku sedikit pertelingkahan ketika itu, dan sehinggakan pertemua ketiga, Dania masih marah kepada Ian Hanif kerana merasakan lelaki itu tersangat angkuh dan bongkak sekali.

Tanpa diduga, Dania terserempak dengan lelaki yang menolongnya melintas jalan, tetapi apabila melihat Ian Hanif membuka helmet nya, dia terkedu... tapi tetap mengucapkan terima kasih. setelah itu, mereka sering berhubung.. tapi yang peliknya, tempoh perkenalan meraka rasanya terlalu singkat tetapi macam banyak sangat masa mereka luangkan masa bersama.

satu kejadian yang tidak disangka. setelah Ian Hanif, juga dikenali sebai Nai, meluahkan dia senang dengan Dania, Dania seakan menjauhkan diri. Dan pada masa tu, Dania terjatuh dan koma selama 2 minggu. semasa koma, Nai datang dan meluahkan perasaannya kepada Dania. Dia mahu Dania kuat semangat dan terus bangun untuk dia... Dia ingin menyentuh Dania, tetapi meletakkan sapu tangan supaya x bersentuhan secara terus dengan Dania. Apabila sampai ditempat parking, dia tersedar, dia tertinggal sapu tangannya, dan kerana takut menjadi isu, dia berpatah balik ke ward. Tapi , sesuatu yang x disangka berlaku apabila dia melihat Faizal sedang meluahkan rasa hatinya kepada Dania. Nai rasa tertipu. Dahlah member baru lepas frust menonggeng masa kat over sea...

Setelah sedar dari koma, Dania masih ingat kata-kata Nai... dia mencari Nai, tapi Nai sering larikan diri. Salah sangka antara mereka berterusan. Ego Dania pun bak gunung ha tingginya... hadoi... Nai sebenarnya nak jarakkan diri dari Dania, takut dia akan kesunyian selama satu semester setelah ketiadaan Dania. Dania yang merasakan Nai x bersungguh dengan cinta mereka bertindak menukar no phone... so Nai x dapatlah nak contact Dania. Semasa convocation , Nai datang dan memberi bunga kepada Dania. tetapi tidak berani memunculkan diri. dia hanya mengirimkan jambangan bunga kepada seorang siswi. dan  secalit nota 

Tahniah atas kejayaan Dania!
Salam rindu.... Nai

Dania bengkek la... x nak muncul la pulak mamat ni.. then, masa dia berkira-kira untuk melanjutkan pelajaran ke German, Dania nampak Nai di Tasik, dan melambai² kepada Nai, tapi Nai buat x tahu jer... then terus nekad untuk German sambil membawa hati yang luka....kemudian, cerita ni bergerak agak pantas. 

aku sedikit terganggu bila Dania asyik mencipta puisi dan meluahkan kerinduannya kepada orang yang sudah tiada, Nai... hai.. bila pulak Nai meninggal... adoi... memang x sabar aku baca novel ni... then aku selak muka surat terakhir... endingnya tetap dengan Ian Hanif... isyk....then, kisah perkenalan dengan Dino, DJ Ion.fm. dan seterusnya perkenalan dengan Ian Hafni yang betul² mirip dengan Ian Hanif...

Finally, sebenarnya Ian Hafni tu, kembar Ian Hanif... ending dia memang dengan Ian Hafni kerana Ian Hanif memang dah meninggal dipertengahan cerita... sedikit sedih kerana perpisahan mereka berlaku dalam keadaan salah faham.. tapi itulah kan..siapalah kita nak melawan takdir... dah x der jodoh... tapi for me lah kan.. kena cari novel ni utk buat koleksi.... 

Rate: 4/5 - terkesan... tapi lom sampai menitis air matalah...

No comments:

Post a Comment