Dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim, esok... kita buka lembaran baru 2013.Selamat tinggal 2012... kenangan yang ada akan ku bawa sehingga akhir hayat.... Syukur alhamdulillah masih lagi bernafas di alam fana ini. Bermulalah kembali semangat baru dan harapan² serta impian yang ingin dikejar dan digalas bersama harapan yang sedia ada. Tanpa sedar dan ketahui adakah mampu memenuhi impian dan harapan tersebut sama ada harapan dan impian diri sendiri mahupun orang sekeliling.
Kita hanya merancang... siapalah kita mahu menidakkan ketentuan yang telah ditakdirkan oleh-Nya kepada kita. Sebagai hamba yang yang lemah dan tidak terkecuali dari melakukan dosa-dosa tanpa sedar dan sedar. Harapan ingin menjadi manusia yang lebih baik dari yang terdahulu... namun masih ada kegusaran di hati sama ada azam itu hanya muncul di awal tahun tetapi adakah terus terlaksana sepanjang 2013 ataupun hanya impian yang dicanang tanpa usaha yang gigih untuk menuju ke arah itu...
Ingin sekali aku lari dari kenangan² yang menyakitkan sebelum ini.. biarpun masa berlalu dengan pantas, namun kenangan itu sentiasa menghantui... benarlah kata orang, pengalaman banyak mengajar erti kesabaran... namun hati ini belum lagi mencapai tahap kesabaran yang sepatutnya.. hati ini masih lagi sukar memaafkan... kenapalah hati hambaMu ini Ya-Allah.. sangat keras dan degil sekali.. setiap tahun berazam untuk cuba MEMAAFKAN kesilapan² anasir² yang pernah bertamu, tapi makin dicuba makin liat meninggalkan hati ini.... Kesabaran yang terbatas dan kekerasan hati yang harus dilembutkan dengan lebih dekat padaMu...
Kata orang, menjadi seorang ibu akan mematangkan diri seorang wanita... kenapa perasaan itu seakan-akan tidak seiring dengan keadaan sekarang... Namun, hati ini tetap mahu berusaha.. mahu terus mencuba.. menjadi yang lebih baik dipandangan "PERMATA" itu kerana sekarang waktu peringkat tumbesaran yang memerlukan aku lebih focus kepadanya dan... KESABARAN yang tinggi perlu di peruntukan untuk ke atah itu...
Ya Rahman.... izinkan aku untuk jadi yang lebih KAU sayang, KAU cinta... dan dekatkan aku lagi kepadaMU sehingga tiada ada apa yang mampu menggugat rasa kecintaanku ini kepadaMU.. Izinkan aku Ya Rahim.. untuk terus berusaha menjadi hambaMU yang LEBIH BAIK ..AMIN....
Aku Yang Berdosa
Sejauh mana langkah ku di sana
Aku melupakan mu
Seluas mana kau beri padaku
Masih ku angkuh padamu
Segalanya dusta
Gelap mengaburi ku
Ya Allah apa yang bisa
Ku tebus kepadamu
Atas dosaku
Ya Allah ku hina terasa
Biarku bersujud
Untuk ke syurgaMu
Segalanya Dusta
Gelap mengaburi ku
Ya Allah apa yang bisa
Ku tebus kepadamu
Atas dosaku
Ya Allah ku hina terasa
Biarku bersujud
Untuk ke syurgaMu
Ya Allah apa yang bisa
Ku tebus kepadamu
Atas dosaku
Ya Allah hina terasa
Biarku bersujud
Untuk ke syurgaMu
No comments:
Post a Comment