oh.. aku masih sakit hati lepas baca novel ni... x sangka, penulis Sri Diah berjaya berimiginasi sebegitu.. yer.. aku akui dia berjaya kerana membuat aku rasa, meluat dengan watak utama Novel tu iaitu Saliwati...
Novel ni mengisahkan dugaan demi dugaan yang menimpa gadis malang Saliwati... masalah yang seperti tiada penghujung bertimpa-timpa datang... bermula dengan penceraian kedua orang tuanya, kes ditangkap khalwat dengan pensyarahnya, putus kasih dengan Huzairi, perubahan ibunya, perkahwinan ibunya dengan orang yang lebih muda sehinggalah hampir dirogol oleh bapa tirinya sendiri..
Pada mulanya aku memang kesian dengan watak ni.. Allah menduga dia dengan hebat sekali... tapi apabila tiba pada satu saat, aku mula membenci sifat hipokrit yang ada dalam diri Saliwati. Memang dari awal lagi Saliwati digambarkan seorang yang keras kepala, manja, mudah putus asa . Walaupun dia sentiasa dekat dengan Allah, sembahyang tidak tinggal, tapi dia sentiasa bertanya kenapa dia diuji. Air mata sememangnya peneman setia dia.
Apabila ibunya berada dalam keadaan koma akibat kemalangabn, teman tapi mesranya, Zahim selalu berada dengannnya... Zahim digambarkan sebagi seorang yang sangat mengambil berat. Selalu menjadi pendengar setia Saliwati. Ungkapan dear, sayang tak pernah lekang dari mereka. Tapi herannya, bila Zahim kahwin dengan pilihan keluarganya, dia menyesal kerana mula merasai cinta kepada Saliwati.. eh... hello... selama ni duk bersayang-sayang, gi Jepun pun sanggup cari hinternet sebab nak berbual ngan Saliwati pun tu bkn sayang ker... oh lelaki...
Aku semakin panas hati apabila selepas kahwin tu Saliwati masih menjalinkan hubungan dengan Zahim... dan yang paling x tahannya, penulis boleh pulak menggambarkan bagaimana bersalahnya hati Saliwati kerana mengkhianati Ayumi, isteri Zahim...Zahim juga dengan pandainya menjadi talam dua muka dengan isterinya. Bila isteri sudah dapat menghidu kecurangan, pandai sungguh dia bermain kata-kata... tapi memang aku percaya, wujudnya perempuan sebegini di alam realiti.
Aku pernah terjumpa satu blog luahan hati seorang perempuan begitu memuji dan memuja seorang lelaki yang bergelar suami orang. Dengan tiada malunya dia mencurahkan isi hatinya di dalam blog tersebut. Walaupun tidak menyatakan nama, aku sempat juga menjadi stalker blog tersebut selama beberapa minggu sebelum blog tersebut di private kan.. agaknya dah kantoi kot...
masih teringat lagi aku kata-kata perempuan itu. setiap aktiviti yang dilakukan dinyatakan di dalam blog tersebut. hingga aku terfikir, ke manalah perginya maruah seorang wanita sekiraanya tanda segan silu mencurahkan perasaan kepada lelaki sebegitu. Tak pasti adakah perempuan itu sudah membaca novel ini .. kemungkinan jugalah kerana novel ini dicetak tahun 2005.
peringatan kepada diriku sendiri, tidak usah menangguk di air yang keruh,.. kalo dah jodoh tidak ke mana... kenapalah sanggup menjadi orang ketiga. walaupun novel ini berakhir dengan happy ending di mana Saliwati dapat juga berkahwin dengan Zahim, tapi episod mereka bermula dengan pemergian Ayumi. Kenaplah menjadi manusia yang tamak...hidup ini singkat sahaja... bukankan memberi itu lebih baik dari menerima. Saliwati bagi aku bukanlah watak yang boleh buat aku tersenyum... sungguh.. rasa menyesal pula membaca novel ini.. dah review ini aku buat sebagai panduan aku tak akan meyentuh novel ini lagi untuk diulang baca seperti novel² lain..
entah lah mengapa.. memang hati jadi panas... jalan ceritanya bagus, mengajar erti ketabahan, bersabar... cuma kecewa watak egois itu.watak yang pengtingkan diri sendiri dan aku rasa satu-satunya watak heroin yang antigonis... eeeeeeeee.... kenapalah nak jatuhkan martabat dia sebagai wanita hanya kerana cinta.. dan Zahim... kau melambangkan lelaki mata keranjang di luar sana.... kat rumah sayang kat luar rumah pun sayang... dah lah.. sakit hati....
Rate: 2/5
Rate: 2/5
Kan! Saya setujuuuuuu.
ReplyDelete