Novel ini banyak mengisahkan misterinya seorang gadis bernama Athirah. Cerita yang disulami flash back membuatkan aku tak sabar membacanya kerana nak tahu apa rahsia itu kerana langsung tidak boleh menangkap walaupun sinopsin dan helaian terakhir kisah ini dibaca. Karya ini menceritakan bagaimana akrabnya hubungan antara Athirah dan Syakir… Memang macam biasa si Syakir merupakan watak lelaki yang tidak putus asa. Terlalu tulus mencintai Athirah. Namun, cintanya langsung tidak bersambut. Tetapi. Syakir terus memburu cintanya kerana Athirah sememangnya dekat di hati dan keluarganya. Keluarga Syakirlah tempat Athirah bermanja setelah meninggalkan keluarga 8 tahun lalu.
Athirah sedikit demi sedikit mengimbau kenangannya.. dan rahsianya pecah apabila suaminya Berjaya menjejek dirinya melalui adik Athirah sendiri. Hemm… aku agak kesal sedikit dengan perjalanan cerita ini. Seperti biasa, Athirah kembali kepada suami yang dicinta setulus hati, walaupun cinta yang diperolehi dari suami hanya dalam masa setahun. Sedangkan Syakir mencurahkan cinta yang x bersambut selama hamper 7 tahun. Aku bukan apa kerana pada asalnya, Athirah kahwin kerana terhutang budi. Cintanya hanya muncul apabila dia member zuriat kepada sang suami, namun dia dipersiakan setelah anak lahir. Janji dan keinginan Athirah telah dilupakan sang suami.
Dan, macam cerita-cerita lain juga, bila bersalin, Athirah namakan anaknya sempena nama Syakir iaitu Nur Syakirah… sebab anaknya perempuan. Namun sebelum tu, Syakir meninggal sebelum Athirah tahu dia mengandung. Pada masa yang sama Athirah menghadapi konflik untuk memujuk anak kandungnya yang ditinggalkan semasa berumur 3 bulan dulu… So.. for me… cerita ni mcm Athirah rujukan pada Syakir kerana itu kehidupan dia setelah bertemu semuaminya semula… tapi x tahulah kan.. may be sebab emosi aku masih terganggu kerana selesai membaca Janji Kasih… tu yang mcm x dapat hayati dan fahami sendiri apa yang sebenarnya penulis ingin sampaikan…
No comments:
Post a Comment