Showing posts with label Rozita Abd Wahab. Show all posts
Showing posts with label Rozita Abd Wahab. Show all posts

16 December 2012

Setelah kau Pergi - Rozita Abd Wahab


Aku tidak pasti mengapa penulis menjudulkan karyanya kali ini dengan “Setelah Kau Pergi”. Kalau dilihat pada tajuknya, mesti kita ingat penderitaan seseorang yang kehilangan sama ada kehilangan kekal ataupun sementara. Aku tak pasti sama ada kelukaan itu adalah luahan penderitaan si adik yang kehilangan kakak tersayang… tapi tak mungkin kerana tidak diceritakan secara detail pun perasaan itu. Ataupun sang suami yang menderita kehilangan isteri… tak juga kerana cerita itu begitu sedikit.