11 June 2013

Mood Jiwang seorang aku!!!

Amat susah menjadi seorang aku. Kadang-kadang terfikir juga, kenapa aku di jadikan seorang aku? Oh, itu soalan yang cukup bodoh. Soalan yang membayangkan aku seorang yang tidak pernah bersyukur dengan apa yang aku ada. 


Cinta dan kasih sayang. Satu topic yang cukup luas. Tak kiralah cinta kepada pencipta, pasangan,keluarga mahupun sahabat handai. Luahan kali ini, tentang aku yang sedikit tertekan dalam mahu menjaga hati-hati sahabat di sekeliling aku.

Mungkin bagi mereka, aku tak penting. Maaflah, aku memang tak suka mencampuri urusan orang lain jika bukan dirinya sendiri yang dan mahu jadikan aku sebagai pendengar. Dalam hidup ini, manusia perlu luahkan masalah yang terjadi kepada dirinya. Jika dipendam tanpa penyelesaian, maka boleh menjadi racun. 

Aku mungkin seorang sahabat yang suka melihat kehidupan rakan-rakan di sekeliling aku bahagia. Bila mereka gembira, aku tumpang sekaki. Tapi tak adalah sampai terhegeh-hegah sama. Cukup dari jauh. 

Maafkan aku, aku memang seorang yang agak sensitif. Rakan baik aku mungkin kurang. Aku lebih suka kepada persahabatan yang ada komunikasi dua hala. Apalah guna persahabatan yang terjalin jika semua hanya mendiamkan diri. Boleh dikatakan aku suka kepada sistem barter. Maksud aku di sini, bukan aku sorang sahaja yang macam nak berkawan dengan dia. Bukan aku eorang sahaja yang rajin bertanya khabar. Bukan aku seorang sahaja ada perasaan rindu kepada mereka. Mungkin kerana prinsip itu, aku lebih selesa dan rapat dengan kaum adam. My bad. 

Bila rakan-rakanku ada kesusuahan, sedaya mungkin aku mahu membantu. Bukan dengan menyibuk dalam urusan mereka. Sekadar untuk menjadi pendengar dan meringankan beban mereka. Dan aku tak berani untuk tanya terang terangan. Namun bila niat baik kita disalah ertikan, aku jadi serba salah. Memang aku bukan sahabat yang baikkan?? Perlu ke aku terus di dalam dunia aku tanpa ambil tahu kisah hidup mereka.
Okey, siapa yang kenal aku, apa yang aku mahu dalam setiap perhubungan sama ada dengan sahabat, dengan keluarga mahupun komuniti… tentu mereka tahu, macam mana seorang aku. 

Aku bukan jenis yang mahu menjaga tepi kain orang. Cukuplah kain aku yang selalu tersingkap. Dan, maafkan aku, aku memang tak boleh maafkan orang yang menjatuhkan maruah aku. Memang, dia boleh minta maaf, tapi sejauh mana maafnya?ikhlaskah? jika ikhlas kenapa kemaafan itu hanya disuakan kepada aku, sedangkan tanggapan orang lain, akulah yang tak elok. Akulah yang perangai buruk. So?? Apa yang boleh seorang aku lakukan??

Sedih memang sedih. Sedih jika silaturrahim itu putus. Nak-nak lagi jika disebabkan oleh hal-hal remeh temeh. Sedih jika kejujuran dalam persahabatan itu di salah erti. Dan lagi sedih jika berkenalan dalam jangka masa yang lama, tetapi terputus hanya salah sangka.

Oh, susahnya menjadi seorang aku.

No comments:

Post a Comment