28 January 2013

Ku Percaya Ada Cinta - Rudi Hirdy




masa mula-mula baca novel ni agak "kalut" sedikit. Bila baca, hampir keluruhan watak ingin diceritakan oleh penulis. Tapi... oklah.... Novel ini agak berlainan sedikit kerana penulis bukan menggambarkan dan menjadikan pembaca kepada watak tersebut tetapi lebih kepada mempersembahkan drama. Pendek kata macam tengok drama kat TV la...


Okey,... watak utamanya adalah seorang gadis bernama Hazznida Atiqah (Hazz), seorang lecture yang digelar sebagai nenek kebayan hanya disebabkan terlampau garang dan fesyen nya juga terlalu old school.Perkenalannya dengan Fakhri berlaku secara tidak sengaja apabila mereka terlibat dengan kemalangan kecil. Setelah itu, dendam menguasai diri masing-masing. Fakhri yang bekerja sebagai fesyen designer telah mengambil kesempatan untuk membalas dendam dengan melakukan sesuatu yang memalukan Hazz...

Namun setelah itu, dia merasakan perasaan penyesalan yang bertimpa-timpa. Hazz pula telah mengambil keputusan untuk menyaman Fakhri sebanyak RM 1 juta.Bermulalah episod Fakhri merayu untuk meminta maaf daripada Hazz.Akhirnya Hazz bersetuju memaafkan Fakhri kerana rimas dengan sikap tidak putus asa lelaki itu. Namun begitu, kemaaf Hazz adalah bersyarat di mana, Fakri perlu menjadi perunding imej kepada Hazz selama 6 bulan. Sekiranya Fakhri melakukan kesilapan,kontrak tersebut akan dilanjutkan menjadi setahun. Namun atas sebab-sebab tertentu, Hazz mula menarik diri setelah sebulan dan berubah kepada imej yang asal.

Watak seterusnya adalah Razz... seorang pereka fesyen juga yang glamour dan vazz gitu... tetapi seorang gay..shhhh!!!!.... Peristiwa pertukaran telefon bimbit antara dia dan Hazz telah menjadi titik tolak mengembalikan dia kepada fitrah asal dan jalan yang lurus. Hatinya bergetar apabila terpandangkan Hazz. Dia bagaikan jatuh cinta pandang pertama kepada Hazz tanpa diketahui, Hazz merupakan wanita yang dimaki hamun olehnya di dalam telefon tanpa usul periksa. Pertemuan kali ke-2, dia mengenal Hazz dalam imej lama. Maki hamun masih berterusan kononnya Hazz tidak layak untuk dijadikan isteri untuknya. Atas hinaan dan caacian itu, Hazz nekad berubah semula.

Fakhri menyertai Kuala Lumpur Festival Fesyen dan mengambil Hazz sebagai model utamanya. Atas keterpaksaan, Hazz menerima perlawaan tersebut. Di situ juga Razz dapat menemui Hazz kembali.. tetapi dia sering tidak berpeluang berjumpa dengan Hazz.

Semasa perlancaran kosmetik syarikat milik Hazz, Hazz perlu ke Indonesia atas urusan perniagaan. Untuk itu, dua meminta pertolongan Fazzrina Atelia(Fazz) iaitu adiknya sendri untuk menggantikkannya. Disebabkan wajah mereka seiras, tiada siapa yang peraasan akan ketiadaan Hazz pada majlis tersebut.Razz mengambil peluang mendekati Fazz pada ketika itu disangkankan Hazz...

Finally, atas usaha ayah mereka, Fazz dan HAzz dapat juga bernikah dengan pasangan masing-masing.. Fazz dengan Razz dan Hazz pula dengan Fakhri. Walaupun banyak halangan antaranya, Hazz hampir bernikah dengan Razz dan Fakhri pula hampir menikah dengan Ziora, kekasih lamanya dan juga kawab baik Hazz.

ada sesuatu yang kelakar. Razz selalu berchating dengan menggunakan nama "cicakmen" dan berkawan rapat dengan "witch". Di akhir cerita baru tahu bahawa "witch" adalah Fakhri.... hahha...hahha.... Rate: 4/5- interesting

No comments:

Post a Comment