01 February 2013

Bagaikan Puteri - Ramlee Awang Murshid


Dah lama aku tahu pasal novel ni... tapi tak pernah terbuka hati untuk membacanya. mungkin serik kerana pernah membaca karya RAM semasa zaman muda belia aku yang berjudul Ranggau terbitan 1999. Bagi aku, novel tu pada masa itulah, memang tak memenuhi citarasa aku. Bosan sangat-sangat. Tapi macam yang aku cakapalah, mungkin masa tu sebab aku masih muda belia....Bila dan baca Bagaikan Putri ni, rasa jatuh cinta pula pada Laksanma Sunan.


Mengisahkan Haryani, seorang gadis yang koma akibat diragut telah terkanda ke kurun 15.Di sana dia telah bertemu dan jatuh cinta kepada Saifudin a.k.a Laksamana Sunan, anak melayu tetapi telah menabur jasa di bumi Acheh. Pergolakan yang berlaku pada zaman itu telah menyebabkan Haryani enggan pulang ke abad 21. Dani, keturunan Laksamana Sunan, waris kepada megat, abang Saifudin telah jatuh cinta pandang pertama kepada Haryani apabila memandang wanita itu sedang koma.

Apabila sedar, haryani menolak cinta Dani. Dani pergi ke Acheh atas misi menjejak warisan yang ditinggalkan oleh Laksamana Sunan. Namun begitu, dia menjadi korban Tsunami apabila tragedi itu membadai Banda Acheh pada 26.12.2005.

RAM sendiri mengaku, cerita ini sebagai tak logik, nanum yang menariknya, siapalah kita untuk menyangkal ketentuannya, seandainya diizinkkan Allah, segala-galanya boleh terjadi

Rate: 5

No comments:

Post a Comment