17 February 2013

Terbanglah Sayang - Aina Emir



Hubungan antara Lutfiya Zahra (Fiya) dan Syafinaz (Inaz) bukan sahaja kawan baik malah mereka juga merupakan sepupu dan juga berjiran di kampung. Mereka sering digelar kembar kerana wajah mereka yang seiras namun minat dan kecenderungan mereka adalah berbeza. Dalam kehidupan  Fiya lebih mendahului Inaz dalam banyak hal sama ada pelajaran, pekerjaan dan juga cinta. Hal ini menyebabkan Inaz menjadi sedikit cemburu.


Ketika bercuti ke kampung Muna, Fiya, Inaz dan Mel singgah untuk mendaki Gunung Ledang. Di sana mereka bertemu dengan empat jejaka Arash, Hakim, Ikram dan Munir. Kekecohan berlaku bila Arash pengsan dalam perjalanan mendaki gunung kerana demam. Ketika itu, Inaz sudah jatuh cinta kepada Arash kerana Arash menepati ciri-ciri lelaki idamannya. Setelah itu mereka berjumpa lagi jejaka tersebut di rumah Muna kerana Ikram merupakan sepupu Muna.

Kisah mereka tidak berhenti begitu sahaja. Hakim yang telah jatuh hati kepada Fiya telah menghubungi gadis itu. Begitu juga dengan Inaz selalu berhubung dengan SMS dengan Arash. Namun dia hanya melayan biasa-biasa sahaja.

Pertemuan kali kedua antara Fiya dan Arash di Kuantan merapatkan mereka. Namun setelah Inaz mengetahui, dia memarahi Fiya kerana dia tidak suka Fiya mendekati Arash. DIa risau Fiya merebut Arash daripadanya. Fiya pula pada ketika itu, sudah menerima pinangan daripada kekasihnya Faris.

Beberapa hari sebelum berkahwin, Faris memutuskan untuk membatalkan perkahwinannya. Inaz bertindak menghindarkan diri. Fiya yakin, Inaz ada kaitan dengan keputusan Faris kerana selama ini sememangnya Inaz tidak menyukai Faris. Fiya akhirnya mencari Arash dengan harapan Arash dapat membantu menjejak Inaz. Tetapi lain pula jadinya apabila Arash ingin menawarkan menjadi pengganti Faris. Mereka akhirnya berkahwin.

Pada mulanya, happy sahaja namun, sekembalinya dari Bangkok, Inaz mendapat tahu Arash telah bernikah dengan Fiya, Inaz kecewa kerana rasa telah dipermainkan oleh Arash. Dia menceritakan kepada Fiya bawa Arash sememangnya tahu tindakan Faris dan Arash seolah-olah bertindak sebagai hero. Kekecewaan Inaz membuatkan dia menjadi murung. Fiya rasa bersalah dan dia mahu Arash bertanggungjawab kepada Inaz kerana baginya, Arashlah penyebab Inaz sakit kerana menikahinya.

Perkara ini berlanjutan dalam tempoh yang lama. Apa akan jadi bila Fiya dapat tahu Inaz akan bernikah dengan Arash, Apakah rahsia yang disembunyikan oleh Fiya sebenarnya, Novel yang pada mulanya agak bercelaru sikit antara watak Fiya dan Inaz ni menjadi cukup menarik. Rasanya ni 1st time aku baca novel yang menjelaskan sifat antoganis heroin. Biasa kita baca watak utamakan baik-baik sahaja. Kecuali ada satu novel tu .Novel ini menghidangkan bagaimana pemikiran seorang wanita yang mengikut kata hati tanpa memikirkan impak pada kemudian hari.. Hemm.. aku pula rasa terjatuh cinta dengan watak Arash. Seorang tentera udara yang tabah dan tak pernah berputus asa... hahahha..tetiba pulak tersuka kat TUDM... dulu punyerlah x suka...

Rate:4/5 - interesting....

No comments:

Post a Comment