12 February 2013

Cinta Kontrak - Nurul Ain Syuhada

Ala..la..la... Nyesal pulak beli novel ni. Walaupun novel ni dikatakan best seller, tapi bagi aku kurang ummpplah... tapi not bad lah because ni adalah novel pertama karya novelist ni. Bagi makcik yang dah ala-ala nak senja ni, rasanya gaya bahasa dia kurang la... mcm baca novel kanak-kanak ribena la pulak. tapi Nurul Ain jangan merajuk ya.. ni cuma pendapat makcik yang tak seberapa ni. Penggunaan nama watak yang canggih manggih jugak kekadang rasa terbelit² lidah walopun x menyebutnya.


Watak juga makcik rasa kurang matang. Terasa begitu drastik si jejaka cuba memikat si dara. Dengan merajuknya macam tak kena pula tapi memang penulis mahu menggambarkan watak yang kurang matang coz baru berumur 25 tahun pada ketika itu. Namun makcik puji. idea tu jelas ada tapi agak tidak kuat. Mungkin penulis tidak mahu nampak seperti copy paste jalan cerita orang lain. 

Seriously memang makcik agak keciwa tapi banyak jugak unsur humor yang berjaya dipaparkan. watak dan jiwa remaja jelas ada. Wanna read better for her 2nd baby.

Rate: 3/5

No comments:

Post a Comment