Novel ni aku rembat kat Book Fair hari tu. Rasanya memang menariklah idea yang ingin disampaikan oleh Dayana Darwisy ni. Pasangan terpaksa khawin tetapi tak mahu kenal pasangannya then terjatuh cinta tanpa mengetahui gadis yang dicinta itu adalah isterinya yang sah. Yang kelakar pulak tu, ada pulak pasang niat nak ceraikan isterinya kalau wanita tu tak setuju dimadukan.. hisk.. nasib baik dapat tahu sebelum sempat lafaz talak... kalo x ....suredah "ter" cerai bini dia tu...
Mengisahkan Adam Mikhail (Khai) yang telah jatuh cinta pandang pertama dengan juniornya Syarifah Athirah Adira (Athirah) pada minggu oriantasi. Kerana cemburu melihat Athirah berbual mesra dengan lelaki-lelaki lain, Khai nekad mengenakan Athirah dengan alasan akan lebih dekat dengan gadis itu. Satu insident berlaku menyebabkan Athirah mengikut kemahuan Khai dengan berlakon menjadi kekasih Khai. Athirah juga disuruh memanggilnya "Abang" dan dia membahasakan Athirah "Sayang". Kerana takut dengan ugutan Khai, Athirah terpaksa mengikut kehendak Khai dalam terpaksa.
Namun tanpa diduga, satu perasaan menyelinap ke dalam jiwa Athirah. Rasa bahagia bila bersama Khai. Namun sedaya mungkin melarang dan membiarkan perasaan itu terus bermaharaja di dalam hatinya. Namun, perasaan itu semakin mekar, Khai juga begitu. Perasan kasih dan cintanya semakin mendalam dan telah memikirkan pelbagai perancangan untuk masa depan dia dan Athirah serta isteri yang dinikahinya 2 tahun lepas tanpa Khai dan Athirah sedari bahawa mereka merupakan pasangan suami isteri yang sah.
Khai, lelaki berhati batu sememangnya digilai oleh gadis-gadis di universiti tetapi tidak pernah membuka pintu hatinya untuk sesiapa. Kehadiran Athirah menceriakan hidup Khai dan menjadikan Masyitah makan hati dan menjalankan pelbagai niat jahat untuk memisahkan Khai dan Athirah. Namun kasih sayang Khai dan Athirah tetap utuh. Dalam perjalanan ke Genting Highland, Ibu Athirah terlepas cakap dan Athirah mendapat tahu bahawa Khai merupakan suaminya, Adam yang menikahinya 2 tahun lepas.. Sejak itu, Athirah semakin manja dengan Khai.
Program anak angkat di Johor merapatkan hubungan suami isteri antara mereka. Apabila menantu ibu angkat mereka cuba mengambil kesempatan terhadap Athirah, mereka telah mengaku sebagai suami isteri. Tanpa pengetahuan Khai, kad nikah mereka ditunjukkan kepada ibu angkat mereka. Dan mereka dapat tinggal sebilik. Tanpa sengaja, mereka terlanjur, tetapi Athirah sebenarnya merelakan kerana mereka sememangnya halal.
Pulang dari program itu, Khai telah menangkap Athirah berpelukan dengan seorang lelaki di tempat awam tanpa mengetahui lelaki tersebut adalah abang Athirah. Cemburu menguasai diri dan Khai memutuskan hubungan mereka. Athirah terkedu. Kenyataan itulah ditakuti sekiranya Khai mengetahui dia adalah isteri yang dinikahinya. Takut ditinggalkan. Dan perkara itu akhirnya terjadi juga.
kerana simpati melihat si adik yang kesedihan, Si abang yang bekerja di pejabat agama telah menghantar surat sesi kaunseling kepada Khai. Dalam kekecohan menerima surat tersebut, barulah Khai sedar bahawa Athirah adalah isterinya dan bermulalah sesi pujuk memujuk dengan bantuan sahabat baik mereka Borhan dan Fazila.
Tapi, seperti biasa, saat bahagia cuma sementara. Berlaku konflik sehingga Athirah kehilangan anak mereka. Athirah membawa diri dan apabila nyawa Athirah pula berada dalam bahaya, empat jejaka iaitu Khai, Rosman, Roslan dan Rostam berpadu tenaga dalam memastikan gadis kesayangan mereka itu terselamat. Akhirnya musuh mereka dapat ditumpaskan dan kesudahannya happy ending.
Rate: 4/5
No comments:
Post a Comment