Nawwal Husna (Una) digesa segera pulang ke tanah air apabila tamat pengajiannya di oversea. Niat asalnya untuk menggembara bersama-sama rakan-rakan baiknya Pet, Em dan Tai akhirnya terpaksa dibatalkan. Apabila pulang ke tanah air, dia dikhabarkan bahawa dia dirisik oleh Puan Sri Mazlin untuk anak bujang mereka Zahrain Alimin. Una pada mulanya membantah tetapi akhirnya terpaksa bersetuju apabila memikirkan kesihatan dan juga perniagaan babahnya yang pada ketika itu menghadapi masalah.
Pertama kali bertemu Zahrain, hatinya telah terpaut kerana Zahrain sememangnya very handsome guy. Dia sememangnya menjadi kegilaan wanita terutamanya model-model terkenal. Berbeza dengan Una. Zahrain langsung tidak berkenan kepada Una yang dianggap kolot dan tidak pandai bergaya. Maka bermulalah rancangan Zahrain untuk membuat Una menolak perkahwinan mereka. Namun bagi Una pula, sekiranya Zahrain yang mahu membatalkan, seharusnya Zahrain yang mengutarakan isu itu kepada orang tua mereka.
Sebelum berkahwin, Una telah diberi panduan dan nasihat melalui "Projek Memikat Suami" oleh kakaknya Naja dan Nora. Bermulalah sesi membeli-belah bagi menjayakan misi memikat suami adiknya dan menjadikan Una seorang yang paling cantik di mata suaminya.
Setelah berkahwin, Una dan Zahrain tinggal di kondo Zahrain. Di situlah bermula program Una. Penampilan Una yang berbeza menggetarkan jiwa lelaki Zahrain hinggakan lelaki itu sentiasa kalah kepada Una dam\n menjadikan suaminya itu tergila-gila dan juga angau kepada Una.
Seperti biasa, badai datang tetapi tetap berjaya diselamatkan. Una yang sentiasa mengalah dan ingin membahagiakan orang lain. Tetapi ada beberapa yang aku tak jelas dalam novel ni iaitu, Zahra(Kakak Zahrai) pada mulanya tak mahu keluarga Una menwakili tunangnya dalam upacara meminang tapi macam tak dijelaskan sahaja bagaimana kesudahan sama ada saudara Zahra sendiri yang jadi wakil ataupun tetap keluarga Una. Yang kedua, Zahrain ada menghadiahkan tiket melancong kepada Una, Pet, Em, Tai dan Ajak... tetapi tak tahu mereka pergi ker tidak. Ajak ikut ker tidak. dan majlis cukur jambul anak Una, macam tak ade jer si Ajak tu...
Apa-apa pun... enjoy jugaklah baca
Rate. 4/5
No comments:
Post a Comment