Siri Ulang baca. Mengisahkan mengenai percintaan antara Marisa dan Ridzwan. Disebabkan Ridzwan akan menyambung pengajiannya ke UK, dia membuat keputusan untuk berkahwin dengan Marisa kerana bimbang sekiranya gadis pujaannya berubah hati kepada orang lain. Tetapi niat murni itu ditolak dengan baik oleh Marisa. Alasannya, dia tidak mahu berjauhan dengan keluarganya dan mahu menghabiskan pengajiannya di Malaysia.Ridzwan kecewa. Ridzuan ke UK bersama sahabat baiknya Akmal yang juga merupakan jiran Marisa. Jadi, pada Akmallah diharap menjadi mata telinga Marisa semasa di UK.
Pada permulaan berada di perantauan masih tidak mengubah kehidupan Ridzwan.Namun lama kelamaan, demi mengubat kerinduannya kepada Marisa, dia mula menjalani kehidupan sosial. Mula Bergaul dengan rakan-rakan yang suka enjoy.Dan sehinggalah Ridzwan berkenalan dengan Regina secara tidak sengaja. Perkenalan yang bermula dengan tragedi secara tak sengaja itu membuatkan mereka semakin rapat dan secara perlahan-lahan, Ridzwan semakin melupakan Marisa. Cinta pada Marisa masih ada tetapi pada Regina menjadi sandaran melepaskan kerinduan.
Akhirnya, kerana bimbang berlaku keterlanjuran, Ridzwan mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Regina. Tindakan itu menyebabkan Akmal marah. Selama ini Akmal cuba untuk memperbaiki hubungan antara Marisa dan Ridzwan tetapi dia gagal. Pertengkaran berlaku dan menyebabkan persahabatan itu terlerai begitu sahaja.
Marisa kecewa. Habis belajar, dia terus bekerja di syarikat milik bapanya. Kesibukannya membuatkan dia melupakan seketika kelukaan hatinya. Setelah sebulan Akmal kembali ke tanah air, dia berjumpa Marisa. Hubungan mereka menjadi Akrab. Pemergian bapa Marisa secara mengejut menlahirkan perasaan kesian dan kasih Akmal tumpah kepada gadis itu. Tanggungjawab Marisa dalam mengemudi syarikat bapanya juga menjadikan dia lebih tertekan kerana ada segelintir tidak mempercayai keupayaannya sebagai budak mentah dalam mengharungi dunia korporat. Akmal selaku rakan yang rapat sentiasa hadir memberi bantuan dan semangat juga dorongan bukan sahaja dalam dunia perniagaan malah juga permasalah jodoh yang diatur untuk Marisa.
Akhirnya mereka membuat keputusan untuk bertunang. Berita itu menyebabkan ada lelaki yang makan hati dan menyebabkan dia mengambil tindakan menyaman Marisa dan keluarga. Akmal sekali lagi bertindak menyelamatkan gadis pujaan hatinya. Setelah selesai semuanya, fitnah membuatkan Akmal dan Marisa bermasam muka. Dan berita perkahwinan Marisa dan Akmal juga sampai ke pengetahuan Ridzwan. Dalam keadaan mengamuk, Ridzwan tidak dapat menerima kehadiran Akmal sebagai bakal suami Marisa kerana menganggap Akmal yang selama ini cuba merampas dan membuatkan Marisa membenci dirinya. Pada Marisa, hatinya milik Akmal kerana cintanya sudah lama mati untuk Ridzwan.
Ridzwan akhirnya akur dan terus memujuk isterinya yang pada ketika itu hampir bercerai dengannya kerana keegoan masing². Akmal dan Marisa bahagia sbg suami isteri. Aku tak pasti cerita ini diberi tajuk "Kenangan Terindah" kerana Marisa bukan mengenangkan cintanya dengan Ridzwan pun. dan kisah cintanya dengan Akmal pun x adalah seindah mana.. apa² itu adalah penilaian masing².
Rate: 4/5
Analogi kan dengan tempat bermain dan jatuh masa kecil dulu. Walaupun sakit tetap kita2 akan rasa itu antara kenangan manis. Jd, cinta pertama itu kenangan terindah lah kot...hehehe. :))
ReplyDeleteuishk.. kalo kenangan yg menyakitkan, disakiti, ditipu, dimungkiri, x kan nak kenangan sbg kenagan manis kot.. hahahha
Delete