11 January 2013

Ku Seru Kasihmu - Izzul Izzati



ni novel kedua yang aku baca hasil garapan Izzul Izzati yang mana novel ini juga merupakan anak ke-2 dia.. anak sulungnya sememangnya novel pertamanya memang menyentuh hati aku....
Kisah bagaimana Rina yang menyimpan perasaan terhadap Hakimi, seniornya semasa di universiti. Namun begitu, kerana rakan baiknya Haliza juga menyimpan perasaan yang sama, maka, dia mengundurkan diri lantaran Hakimi juga menunjukkan minat kepada Haliza. Namun tanpa rela dia menjadi penyimpan rahsia apabila Hakimi bercinta dengan Natasha pada ketika itu merupakan rakan baik mereka dan kekasih kepada Azlan.

Rina sebenarnya rimas kerana dia terpaksa menyimpan rahsia itu. hinggalah suatu ketika, Hakimi dan Natasha mahu menamatkan hubungan mereka ke jinjang pelamin. Rina menjadi mangsa untuk membuka pekung mereka kepada Haliza dan Azlan.. Rina mengeluh, kenapa dia harus menjadi mangsa dan penyelamat atas tindakan kejam Hakimi dan Natasha itu.

Suatu hari, Hakimi dan Rina ditugaskan ke out station bersama. Dan berlaku perkara di mana mereka ditangkap khalwat ketika tetidur di dalam kereta akibat kepenatan.Mereka berkahwin. tetapi hanya di atas kertas sahaja. dan Hakimi menyatakan akan menceraikannya sebelum dia berkahwin dengan Natasha. sedangkan Rina terpaksa berdepan dengan keluarganya di mana keluarga akan membuangnya sekira sesuatu perkara terjadi antara dia dan Hakimi.

Perkenalan dengan Zaidi, rakan serumah Hakimi telah mendapatkan bukti perkahwinan Hakimi dan Natasha... saat itu juga ada satu perasaan aneh yang Zaidi dan Rina rasa. Azlan pula dapat mengesan hubungan antara Natasha dan Hakimi tanpa sempat diberitahu oleh Rina. Rina hanya mengiakan sahaja. Kemarahan Azlan memuncak kerana dikhianati oleh kawan sendiri dan menghadiahkan sebiji penumbuk di muka.. Kehadiran Abang Arif ke rumah HAkimi yang juga  menghadiahkan sebiji penumbuk menaikkan kemarahan Hakimi dan menyebabkan lelaki itu menceroboh bilik Rina tanpa sempat dihalang. Kehadiran Hakimi sekadar menegaskan dia tetap dengan keputusan dia untuk menceraikan dan menikahi Natasha.

pada masa yang sama, hadir Haliza di rumah Rina. Emilia, rakan baik Rina tidak dapat menghalang dan Haliza telah salah sangka dan menyatakan, Rina menjalinkan hubungan sulit dengan Hakimi. Rina semakin sesak nafas... masalah datang bertimpa-timpa. Dia kemudian nekad membuat permohonan fasakh walaupun tahu, dia akan dibuang keluarga.

hari pernikahan Emilia, Rina berjumpa lagi dengan Zaidi dan tanpa disangka, Zaidi merupakan sepupu kepada suami Emilia. Zaidi menyatakan dia akan berkahwin x lama lagi. Satu perasaan yang x dapat difahami menyelinap ke dalam hati Rina.

setelah beberapa minggu berkahwin, surat permohonan fasakh daripada Rina tiba ke rumah Hakimi. Hakimi diberi pilihan oleh Natasha sama ada memilih dia atau Rina. Tetapi Hakimi x mahu menceraikan Rina kerana perasaan rindu dah sayang sudah bercambah terhadap gadis itu. Hidupnya masih kusut walaupun telah berkahwin dengan gadis yang dia cinta tetapi masih merindui Rina.

Tiba hari ke mahkamah, Hakimi memujuk Rina untuk terus menjadi isterinya. Tanpa malu dan segan, dia meluahkan rasa cinta dan sayangnya kepada gadis itu.. namun... hati Rina tetap teguh. mereka bercerai juga .. aku tabik spring kat Rina.. double thumb up.... atas pujukan Emilia, Rina pulang juga ke kampung, walaupun risau tidak diterima keluarga... namun sangkaannya meleset... keluarganya menerima dan memarahi kerana menganggung masalah seorang diri... penjelasan dari keluarga Hakimi dan Emilia telah menyelamatkan Rina daripada terus dibuang keluarga. Kepulangan dia juga disambut dengan berita majlis pertunangannya dengan Zaidi Haikal, rakan serumah Hakimi.

Di hari persandingannya juga, ikatan persahabatan antara Hakimi, Azlan, Haliza, Natasha dan Rina kembali bertaut....

ha...mcm nilah... perempuan x boleh lemah... jgn mengharap belas dari orang yang x sudi...

Rate:4/5

No comments:

Post a Comment