24 January 2013

Kasih Seharum Lavender - Eita Ashyta


Permulaan novel ini agak membosankan. Tak tahu mengapa, aku rasa macam nak langkau sahaja.. dan hampir mengantuk dibuatnya ketika membaca permulaan kisah ini. Perkenalan Nur Irdina Farhani (Hani) dengan Nurul Adlyan (Lynn)bermula dengan suasana yang tegang. Beberapa kali mereka bergaduh dan bertikam lidah. Namun bertukar menjadi rapat dan declare sebagai saudara @ adik beradik setelah beberapa bulan menjadi rakan sebilik. Hubungan rapat mereka bukan hanya meliputi mereka sahaja tetapi juga keluarga masing-masing.


Setelah pulang ke tanah air, Hani lebih bernasib baik kerana mendapat pekerjaan terlebih dahulu sedangkan Lynn masih mencari pekerjaan. Namung begitu, ditempat kerjanya, Hani sering menjadi mangsa kemarahan Ezany, anak majikannya. Tanpa diketahui, kata-kata dan kemarahan Ezany hanyalah untuk menarik perhatiananya sahaja. Namun begitu, perangai Ezany tiba-tiba berubah menjadi mamat cool tanpa Hani mengetahui sebabnya

Perkenalan tanpa disangka apabila Tengku Hadif Zafran (Hadif) memeluk Hani secara tak sengaja mengundang marah kepada Hani. Dan tanpa disedari, Hadif merupakan anak kepada kawan ibunya yang mana tiba-tiba ingan menyatukan mereka dengan tidak sengaja. Dalam diam rupa-rupanya ada cinta antara mereka.

Namun begitu, dugaan menimpa apabil Lynn juga menyimpan perasaan yang sama kepada Hadif tanpa Hadif mengetahuinya. Hani juga dituduh perampas dan memutuskan persahabatan mereka. Kerana sayangkan persahabatan mereka, Hani cuba memutuskan pertunangan dia dan Hadif. Namun keadaan kesihatan ibunya memyebabkan mereka disatukan lebih awal dari jangkaan. Ezany akhirnya kecewa apabila mengetahui Hani akan berkahwin dengan Hadif.

Happy ending walaupun dalam kesedihan di mana ibu Hani meninggal seminggu selepas mereka bernikah dan Hani terlewat tiba dari honeymoon hanya 15 minit. Kesedihan itu akhirnya terubat dengan kehadiran kandungan Hani. Dan Ezany juga akan berkahwin dengan Lynn...


Rate:3/5

4 comments:

  1. dah lama saya cari novel ni, teringin juga nak baca ..
    from what i know dah bertahun out of stock
    kat mana you beli ya ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yyea...saya pun dah lma jgak cri novel nie.. kat popular ngn mph lngsung xjmpa.. xda keluaran stok baru kha

      Delete
  2. actually, buku ni saya x beli.. saya pinjam kat library. tapi cuba tengok kat blog ni.. http://novelterpakaidanmurah.blogspot.com/search/label/Eita%20Ashyta tapi x sure lah ada lagi ker x... good luck

    ReplyDelete
  3. anon
    rasanya memang susah nak carik sbb rasa dah x cetak.. nak² kalo kat MPH ker popular ker... diorang biasanya ada buku stok semasa sahaja. better cari kat FB... nasib baik ada org nak let go. x pun carik kat bebberapa FB yang memang jual buku 2nd. request dgn diorang.. insya-allah boleh dapat.. ML selalu jugak buat kerja mcm tu..
    ^_^

    ReplyDelete