31 March 2013

Suami Aku Ustaz - Hannah Dhaniyah



Rentetatan novel ni akan di filemkan, so aku grablah satu. masa book fair ari tu, my pak cik dah sibuk² suruh ambik... then aku cakap x nak.. akhirnya, aku beli jugak melalui MPH.


Ni sedutan dari belakang novel

Alisa bukanlah anak gadis yang nakal mana pun. Tapi bila mak dengan ayah sudah mula tidak percayakan diri dia, apa lagi yang dia boleh buat?

“Kami nak satukan kamu dengan Hafiz sebelum kami bertolak ke Mekah.”
Yang menjadi masalah buat Alisa apabila ‘TIDAK’ bukan salah satu pilihan jawapan yang dia ada. Dan dia pula tidaklah pernah terfikir hendak melarikan diri daripada keluarga. Senakal-nakal Alisa, kasih sayang mak dengan ayah masih mampu membuatkan dia mengikut kata mereka. Tapi macam mana pula dengan cita-cita dia?

“Dia itulah ustaz di sekolah aku. Ustaz yang popular pula tu sebab masih belum berpunya. Hendak dikatakan handsome, semestinya tidak. Pada aku, dia bukanlah tergolong di dalam lelaki idaman aku. Tetapi, kalau sudah ramai yang mahu mengisi borang untuk masuk ‘Kelab Peminat Ustaz Hafiz’ sekiranya kelab itu wujud, mestilah dia tu ada rupa, ya tak? Aduh! Tidak fasal-fasal dia menjadi kepunyaan aku pula.”

Macam mana agaknya apabila Alisa yang berperangai gila-gila terpaksa hidup dengan Hafiz yang hidupnya skema? Tapi skema ke Hafiz kalau perangainya suka menyakat Alisa sejak lahir sehinggalah besar?

“Cuma aku harap, kahwin ni bukan bermakna hidup aku berakhir. Well, kau tahulah kan. Cita-cita aku ni tinggi. Pada aku umur baya kita ni sebenarnya hidup kita baru bermula. Mana nak belajar, nak kerja. Aku harap, everything is going to be well.”

Alisa. Cita-citanya setinggi langit, cintanya masih belum pernah berputik. Akan wujudkah cinta buat si suami dan bertahankah jodoh mereka berdua? Perlukah salah seorang berkorban hanya untuk membuatkan cita-citanya kesampaian?

Mengisahkan bagaimana Alisa terpaksa berkhawin dengan abang sepupunya Abang Hafiz yang juga ustaznya. Alisa dianggap liar oleh keluarganya kerana dia sering keluar melepak bersama Pa'an dan juga Joe. Sebenarnya Alisa kekurangan kasih sayang apabila ditinggalkan oleh keluarga kerana bekerja. Alisa bukannya membuat perkara yang bukan² kerana dia hanya keluar menonton bola dan juga memancing bersama kawan-kawannya. Tetapi dia terpaksa akur dengan kehendak keluarga.

Kehadiran ustaz Hafiz banyak merubah kehidupan Lisa. Walaupun ustaz tapi cemburunya boleh tahan. Hasrat Lisa mahu melanjutkan pelajaran ke luar negara tidak tercapai. Akhirnya dia hanya melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Petronas. Di situ dia telah berjumpa dengan Naim. Aku suka watak Naim ni. Kenapa aku suka???sila baca sendiri hehehhe... Lisa sebenarnya mempunyai perasaan kepada Naim. Kerana setiap kali berjumpa Naim, perasaan yang sama semasa dia bersama dengan Hafiz muncul. tapi itukan dugaan bila berjauhan....

happy ending... kalo sesiapa malas baca, bolehlah tunggu movie nanti.. hehhehe.. tapi x tahulah takut dia tukar banyak ke jalan cerita tu nanti...

Rate:4/5

1 comment:

  1. best jugak cerita ni. skrg tengah baca kali ke2....

    ReplyDelete