02 April 2013

Selamat Malam Kekasih - Aina Emir




Lagi Novel sentuhan novelis senior, Aina Emir. Walaupun senior, tapi hasil yang digarapkan memang supper duper best!. Wallaweh... kalau makan tu, kira hingga menjilat ibu jari....yummy sgt².


Selamat Malam Kekasih mengisahkan gadis ayu bernama Maya Karmilla, seorang balu yang kehilangan suami tersayang Farhan setelah 6 bulan bernikah. apa yang mengejutkan, suaminya meninggal kerana serangan sakit jantung. Maya dan Farhan sudah lama bercinta tetapi, Maya tidak pernah tahu Farhan sakit. Maya berkenalan dengan Misyal a.k.a U.M apabila terserempak secara tidak sengaja dengan U.M di sebuah stesyen minyak. sebelah malamnya pula, berjumpa lagi ketika menyaksikan band indie membuat persembahan. Maya terpukau dengan suara merdu Misyal. perkenalan bermula apabila Misyal mula menegurnya. tetapi Maya hanya memperkenalkan diri sebagai Puteri Cempaka. Melalui Ain Suraya, kawan baik Maya, Misyal mendapatkan contact nombor Maya.

Maya secara jujurnya suka kepada Misyal. tetapi keadaannya yang membuatkan dia menjauhkan diri. keluarganya juga mementingkan darjat membuatkan dia serba salah. setelah mengetahui Misyal muda 2 tahun daripadanya, membuatkan Maya terus melarikan diri. Desakan daripada keluarga bekas mertuanya memaksa dia berkhawin dengan abang iparnya, Izz al Din juga merimaskan Maya. Dia tidak suka kepada Abang Izz kerana perasaannya masih lagi kepada Farhan.

Orang kata, kalau sudah jodoh, tidak ke mana. Tiba-tiba dia terserempak dengan Misyal di officenya. Misyal ditawarkan jawatan pengurus oleh ayah Maya, Encik Hisham. Perasaan Maya semakin tidak menentu. Cemburunya meledak. Ketika percutiannya ke Bukit Tinggi, Indonesia, Maya mula menunjukkan bibit-bibit cintanya. Namun, apabila kembali ke pejabat dia terus mematungkan diri. dia keliru dengan perasaannya. hinggalah, Misyal membuat keputusan untuk meninggalkannya sekiranya Maya tidak mahu mengakui perasaaanya.

Setelah perasaannya dijelaskan, Misyal mengajaknya berkhawin. mereka berkhawin secara rahsia tanpa pengetahuan ayah Maya tetapi tetap diwalikan oleh abang Maya. Keluarga Misyal menerima baik Maya kecuali ibu Misyal kerana sibuk mahu menjodohkan Misyal dengan Liyana, anak bekas kekasihnya. Misyal tidak suka dengan gadis itu kerana Liyana suka menggodanya.

Akhirnya, setelah 2 bulan, pernikahan mereka terbongkar. bagaimana terbongkar?kenalah baca sendiri. bagaimana penerimaan ayah Maya. Wasiat dan harta Farhan dan juga masalah Izz al Din. Seperti biasa, endingnya memang happy ending. tapi yang uniknya karya Aina Emir ni, endingnya akan ada something yang kita tidak sangka.. hebat.!! mesti ada rahsia besar yang berjaya dirungkaikan..

Oh Kak Aina Emir... kenapalah akak wujudkan watak-watak hero yang memang mengancam ni. kebanyakan Hero yang diwujudkan oleh penulis ni semuanya cool dan macho.. mak ai.. jatuh cinta den. Kalau dulu, dalam Terbanglah Sayang, watak Arash yang super cool tu membuat aku akan sentiasa ingatkan dia kalau terdengar Gong Kedak. Kalau dengar Gong Badak pun teringat jugak pada Arash yang kerja kat Gong Kedak... hadoi.. berhantu betullah kak Aina Oi.. then dalam Kau Laksana Bulan, yang direalitikan dengan watak Zul Huzaimy.. huhuu.. lagilah aku super angau. memang  watak-watak dicipta oleh kak Aina meninggalkan kesan. dan yang ini, Misyal.. watak lelaki muda yang super matang, penuh ilmu di dada dan pandai mengambil hati orang dengan sifat rendah dirinya. Hai.. bilalah nak jumpa lelaki macam Arash, Misyal dan Firas Ali ni.. bukan nak buat laki, tapi nak buat menantu. Eyyad dalam Matahariku aku kurang berkenan. may be sebab dia jutawan kot... hahhaha..

Rate: 4/5

No comments:

Post a Comment