laju jugak aku habiskan novel ni... sebab??? ha.. macam biasa, aku ni kalau bukak novel, 1st aku akan baca endingnya dulu... tak banyak pun.. paling banyakpun 1 muka surat. Then, barulah aku start baca. then ... aku jadi tak sabar nak tahu apa akan jadi pada nasib heroin cerita ni, sebab heronya tu agak tak tetap pendirian sedikit...dia buka apa... tak sedar tentang perasaannya dan takut orang tuanya tak setuju dengan pilihannya.. tu jer...
mengisahkan Ainin Sofiya (Ainin), seorang balu muda yang baru kematian suami. Hidupnya agak susah kerana arwah suaminya hanya bekerja kilang. Anaknya yang ketika itu baru berusia 6 bulan. dia tinggal dengan ibunya dan juga seorang adik lelaki yang berusia 10 tahun tetapi menghidap disleksia. hidupnya hanya berharap kepada jualan nasi lemak dan kuaih sahaja.
akhirnya dia diterima bekerja sebagai pembantu rumah di rumah Hajah Fauziah. tugasnya hanyalah mengemas rumah dan juga memasak. dia akan datang pagi dan balik waktu petang. dan, anak sulung Hajah Fauziah Ahmad Ziyyad(Ziyyad), telah jatuh cinta kepada masakan asam pedas Ainin.
Desakan hidup Ainin menbuatkan lelaki itu jatuh simpati. dia menghulurkan bantuan, tetapi Ainin tidak mahu makan budi. setelah puas dipujuk, akhirnya Ainin berkhawin dengan Ziyyad secara rahsia. tujuan utma Ziyyad adalah mahu membantu Ainin. Setelah itu, Ziyyad terjatuh cinta kepada isterinya, bermulalah sikap angau Ziyyad kepada isterinya. mereka menyulam cinta. namun, desakan keluarga Ziyyad supaya bertunang dengan kekasihnya Shafinaz, menambah luka dihati Ainin. dan bila Ainin "termengandung" pula, makin sasau dibuatnya Ziyyad. Pening.
Ainin akhirnya menghilangkan diri. ke mana? jeng..jengj...jeng... kena bacalah novel ni... hehehhe/.... sajer nak kasi suspend .. hahhaha...
Rate :4/5
No comments:
Post a Comment