Alhamdulillah.. pukul 11 pagi tadi novel ni sampai kat tangan aku dengan selamat. dan macam orang gilernya, aku terus baca dan selesai sudah.. hihihih.. puas hati??? memang puas hati dengan karya Mazni Aznita ni.. tapi ader sedikit keciwalah... hehhehe???
Sinopsis
The Loser gelaran yang tidak pernah dimahunya. Namun kerana sekeping
surat dia menjadi mangsa buli di sekolah. Trauma dengan seorang insan
bernama Idham Hariz di zaman persekolahannya, membuatkan Syafika tidak
pernah punya teman lelaki, walau asyik blind date dengan lelaki-lelaki
berbeza. Nadim Ammar, si Pianist yang selamba, keras kepala tetapi punya
prinsip tersendiri tentang cinta. Bertunang dengan Emilia, anak Tan Sri
Jabbar bukan atas kerelaan hati. Kes silap masuk khemah di tempat
memancing mempertemukan si Loser dan si Pianist ini. Syafika dengan
perangai A, Nadim dengan perangai B. Syafika gadis kerek bagi Nadim.
Nadim lelaki poyo menurut tafsiran Syafika. Tapi antara pro dan kontra,
anehnya mereka sering bertemu. Dan seperti kisah-kisah cinta yang lain,
bertemu itu maknanya berjodoh. Berjodoh itu maksudnya cinta.Syafika
masih tidak yakin. Bila soal cinta berada di pasak hati, dia seperti
gadis bingung. Tapi si Pianist itu sudah mencuri hatinya. Namun bila
cinta mula bersemi, Idham muncul kembali, mahu mencuri hati Syafika yang
dahulu dibuli dan dikeji. Siapa yang akan Syafika pilih? Lelaki di masa
lalu atau masa kininya? Lalu siapa yang harus dicuri cintanya? Cinta si
Pianist yang cool atau cinta si kaki buli yang tampan?
Nadim, berhenti layan saya macam saya ni anak kecil boleh tak? Saya ni lebih tua daripada awak - Syafika
Datang bulan ke? Asyik nak marah aje. Awak sedar tak kita kerap sangat bertemu. Dalam seluas-luas alam ni, saya asyik nampak awak. Awak pun kerap bertembung dengan saya. Macam perfect match from heaven, kan? - Nadim
Nadim, berhenti layan saya macam saya ni anak kecil boleh tak? Saya ni lebih tua daripada awak - Syafika
Datang bulan ke? Asyik nak marah aje. Awak sedar tak kita kerap sangat bertemu. Dalam seluas-luas alam ni, saya asyik nampak awak. Awak pun kerap bertembung dengan saya. Macam perfect match from heaven, kan? - Nadim
Syafika (Cika) mengalami zaman persekolahan yang sangat malap. dia merupakan mangsa buli. dan lelaki yang menjadi mastermindnya adalah Idham Hariz (Idham). Namun bila meningkat dewasa, Cika berubah menjadi seorang gadis yang bergaya dan bekerjaya. Tiada lagi Cika the loser, rambut kerinting, nerd, speck kanta besar dan juga brest gigi. Yang ada cumalah Cika yang anggun, senyuman menawan yang digilai beberapa lelaki. tetapi disebabkan igauan Cika The Loser, Cika tidak mampu membuka hatinya untuk bercinta.
Kejadian tersalah masuk khemah semasa menemani abangnya Ubek memancing di Ulu Yam telah menemukan Cika dengan lelaki poyo bernama Nadim Ammar(Nadim). Pertemuan yang bermula dengan salah sangka pada kali pertama berterusan kali kedua juga dengan cara yang sama. tegang dan bertikam lidah. Namun, apabila Nadim menyelamatkan Cika dalam satu kejadian di mana Cika mahu melarikan diri dari Datuk Fakhri si Datuk yang sentiasa mengejarnya telah membibitkan perasaaan halus dalam diri Chika. Dengan tanpa disangka, dia boleh melakar wajah "HERO" nya itu.
Puan Bahyah mula risau apabila anak daranya yang sudah mencecah 28 tahun itu masih belum berpunya. lalu si ibu mula mengatur blind date untuk Cika. Jumbo Jeep, selalu menjadi tumpuan untuk Cika berjumpa dengan pasangannya. tingkahnya itu diketahui oleh pelayan-pelayan di situ. Dan akhirnya dia berkenalan dengan Abang Jak, pemilik Jumbo Jeep.
Perlayaran Cika yang sepatutnya ditemani oleh teman baiknya Gina menjadi sedikit hambar bila gadis itu merajuk dengannya gara-gara Idham telah memaklumkan kepada gadis itu akan rancangan orang tua mereka mahu menjodohkan dia dan Cika. Dan tanpa disangka, dia bertemu lagi dengan Nadim di atas kapal. bermulalah episod percintaan mereka. cemburu dan rajuk memenuhi percutian mereka. tetapi masing-masing enggan mengakui rasa hati mereka. Bagi Cika, Nadim terlalu muda padanya. lelaki itu baru berusia 24 tahun. Bagi Nadim pula, dia masih belum melupakan kekasihnya Noami.
Bila cinta mula bersemi, rahsia yang di simpan oleh Tuan Aariz, ayah Nadim, memaksa Cika berkorban untuk lelaki yang dia sayang. keputusan harus dibuat. Kalau cinta, rela berkorban asalkan insan yang kita sayang akan berbahagia.. gitulah prinsip Cika.
Endingnya.. happy ending.. tapi, mereka tak sempat khawin lagi.. baru bertunang jer.. tapi sweetlah Nadim ni. dia melamar Cika di dalam khemah, tempat pertemuan pertama mereka. di Ulu Yam. tempat memancing.. hehehhe.. ada siapa brani buat macam tu??kekkeke...Mazni Aznita tak pernah mengecewakan aku untuk buat aku terus tersenyum sepanjang membaca Alamak!Lagi-lagi dia...
Rate:4/5
No comments:
Post a Comment