emm...x tahu nak ckp mcm mane.. tapi aku rasa aku tertarik dengan tajuk dia kot. nampak unik sikit. permulaan baca, okey not bad... boleh lah aku masuk dengan cerita ni. dah bila dah masuk bab flash back tu... dah sakit dah aku rasa. boring yang amat. adalah dalam 5-6 bab aku skip baca .. sebab????
buku ni mengisahkan kisah gadis bernama Natalia seorang gadis yang menghadapi masalah kerana sering digesa untuk berkhawin oleh keluarganya. yang lebih parah, apabila salah seorang kenalannya masuk merisiknya. ceritanya okey² ajer, tetapi menjadi boring bila Natalia bertemu kembali dengan cinta hatinya Izhan. Dia pernah meluahkan perasaannya terhadap lelaki itu. tetapi, lelaki itu sentiasa menolaknya. akhirnya dia pasrah. apabila dia kembali bertemu dengan lelaki itu, semasa mahu ke kenduri Helmi, cerita itu terhenti di situ.
penulis tidak ceritakan dengan detail bagaimana perjalanan Natalia dan Izhan untuk sampai ke rumah Helmi. penulis hanya ceritakan bagaimana Natalia berkenalan dengan Izhan dan juga perjalanan hidupnya dalam melupakan Izhan. memang aku skip 5-6 bab sebab terasa sangat bosan. maaf ya penulis.
ending nya.. memang happy ending.. tetapi aku agak kecewa dengan Natalia kerana dia terus menerima Izhan kerana lelaki itu menelefonnya. mengharap Izhan menelefonnya selama ini seperti mengharap hujan gula-gula, sesuatu yang mustahil. dan bila Izhan call dia, terus dia happy giler.. bagi aku, penulis terlalu cepat menghabiskan episod cinta mereka. tak tahu kesudahannya macam mana. cuma penulis hanya menggambarkan bagaimana Izhan mahu terus Natalia bersamanya... sedangkan, 5-6 bab tu duk flash back jer... oh yer.. lagi satu, Natalia ni rapat dengan Ady, kenalannya semasa di kolej. tetapi aku tak jumpa pula bila dia berkawan dengan Ady tu.. mungkin aku terskip kot.. nak baca balik.. hushk..x nak lah..
Rate: 2/5
No comments:
Post a Comment