15 April 2013

Hikayat Cinta Si Pematah Hati - E-man Sufi






Okey.. ini novel kedua E-Man Sufi yang aku baca. Novel pertama Suami Yang Kubenci (SYK) dah pun baca. tapi, buku tu aku pinjam jer. then, untuk pengetahuan, E-Man Sufi ni ada lagi satu novel bertajuk Bukan Kerana Aku Tak Cinta (BKATC) dah dipasaran. insya-Allah, aku punyer khamis ni sampailah kat tangan.
Apa yang best sangat pasal buku ni??penulisnya ada masukkan watak utama SYK iaitu Uwais, Hannah dan Mak Cik Sari ke dalam HCSPH ni. hubungan mereka adalah bapa Uwais adalah adik beradik kembar dengan abah Wafeen Wardah. (Wafeen).

Kali pertama melihat Wafeen, hati Rayyan Raiqal (Rayyan) telah jatuh sayang kepada gadis itu. Hasratnya mahu memikat gadis itu tidak kesampaian apabila mengetahui gadis itu telah berpunya. dan akhirnya, dia mengetahui Wafeen merupakan kekasih adik tirinya, Danieal Elhan. dia cemburu kerana selalu kalah terhadap lelaki itu. mulalah dia memasang strategi untuk memikat Wafeen. Dia bukan hanya mahu menyakitkan hati Danieal tetapi kerana dia sememangnya mencintai Wafeen. 

Percintaan Wafeen dengan Danial Elhan tidak kesampaian apabila lelaki itu telah bertunang dengan pilihan keluarganya Tengku Zarynn (Zarynn). Zarynn sememangnya rapat dengan Rayyan kerana hubungan mereka sudah seperti adik beradik. segala masalah Rayyan, Zarynn tahu. dan, kerana itu, Zarynn sanggup berkorban untuk Rayyan. dia bersetuju untuk bertunang dengan Daniealsemata-mata mahu Rayyan memperisterikan Wafeen.

untuk memebuatkan Wafeen membenci Danieal, Zarynn telah bertemu dengan Wafeen dan mendedahkan bahawa dia merupakan tunang Danieal. Wafeen kecewa kerana ditipu. Apabila mengetahui Rayyan merupakan "Hero" yang telah menjadi penyelamatnya sewaktu remaja, dia terus menerima lelaki itu, apabila Rayyan masuk meminangnya. Wafeen sememangnya selalu merindui Heronya itu walaupun tak pasti bila akan bertemu.

Badai berlaku dalam rumahtangga mereka apabila Danieal mengetahui Wafeen telah berkhawin dengan Rayyan. Danieal sakit hati. Cemburunya menjadi-jadi. Apabila Rayyan terlibat dalam kemalangan yang turut mengorbankan papa dan adik perempuannya Valkis, Danieal mengambil kesempatan untuk membalas dendam. keadaan Rayyan yang sangat kritikal ketika itu membuatkan dendamnya terlaksana. Wafeen di halau dan dipaksa untuk meninggalkan Rayyan jika mahu Danieal mendermakan buah pinggang untuk Rayyan. demi cintanya, dia sanggup. Wafeen membawa diri ke Cape Town bersama benih cintanya tanpa pengetahuan Danieal.

apabila sedar, Rayyan diberitahu Wafeen meninggalkannya kerana tak sanggup menjaga suami yang cacat. keluarga Wafeen termasuk Uwais juga tidak mahu berjumpa dengannya. Rayyan akhirnya termakan hasutan dan budi Danieal dan juga Datin Ann.

Apabila sembuh, Rayyan dikejutkan dengan seorang kanak-kanak lelaki yang memanggilnya papa. siapakah dia?? ha... kenalah baca...

Rate: 4/5

No comments:

Post a Comment