10 April 2013

Lelaki Eksklusif - Wan Awliya Rayqal


Okey.. gara-gara tengok Nora Danish upload gambar ni dalam Instagram dia awal bulan Mac ari tu, so aku pun turut beli jugak. tapi baru berkesempatan baca. maklumlah, ada berbelas novel yang tengah tunggu giliran untuk dibaca. Tapi seriusly, bila baca novel ni, terus terbayang wajah comel Nora Danish. dan aku memang agaklah, penulis pun bayangkan muka nora danish kot masa berimiginasi dengan watak Nora Danisha tu.

Setelah 8 tahun merantau, Wan Mukriz (Mukriz) pulang ke tanah air. Kepulangan yang sememangnya tidak dinanti oleh keluarganya tidak diendahkan. Yang dia tahu, dia pulang kerana ayahnya Wan Amran. Apabila masuk kerja, Wan Mukriz hanya ditempatan di Bhg. Penghantara. Mukriz tidak kisah. Hari pertama dia sudah tertawan dengan budak penghantar surat, Nora Danisha (Nora) si comel tomboy berusia 19 tahun. Entah kenapa, kelincahan dan keceriaan gadis itu menjentik hati bekunya. Dia yang sukar tersenyum lantaran sejarah kehidupannya agak kelam sedikit itu, hanya mengundang senyum di wajah itu. Hal itu menyebabkan abangnya Wan Ariff sakit hati. Selama ini dia adalah cucu kesayangan. Apa sahaja yang dia mahu, semua dituruti. Termasuklah wanita kesayang Mukriz pun dia mahu. Oleh itu, dia memikat Sharina kerana mahu sakitkan hati Mukriz. Tapi, itu cerita lama. Kini Mukriz sudah melupakan Sharina.

Nora pun sama dengan Mukriz. Ada rasa yang sama. Cuma dia tahu kedudukannya. Setiap hari dia bersemangat mahu bekerja. semata-mata mahu melihat wajah bos yang tak handsome tu. Walaupun tak handsome, tapi hati Nora tertarik. Satu hari, Nora dilanggar oleh Wan Ariff. Wan Ariff terpikat dengan gadis itu. Nora yang melawan, dan Nora yang degil. Mukriz risau. Abangnya itu akan sentiasa merampas apa sahaja yang dia miliki. 

Nora hampir dijual oleh ayahnya kerana kalah judi. dan Mukrizlah bertindak sebagai penyelamat. dia bukan selamatkan Nora atas dasar boss sahaja tetapi kerana cinta kepada gadis itu. dan Nora juga meminta pertolongan Mukriz kerana lelaki itu sudah bertapak di hatinya. mereka melangsungkan perkhawinan secara senyap tanpa pengetahuan keluarga Mukriz.

Wan Ariff semakin mengejar Nora. makin Nora lari, makin dia kejar. Honeymoon yang dilalui oleh Nora menjadi titik bagaimana lelaki bernama Wan Ariff semakin gila. dia tahu, Mukriz membawa Nora bercuti. akibat dendam, dia menghantar Mukriz ke Pulau Pinang seminggu atas urusan kerja. Hal ini menyebabkan Nora demam kerinduan. dan Mukriz pulang dari Penang semata-mata untuk membawa isterinya ke klinik.. so sweet.

Akhirnya pecah rahsia bila Wan Ariff nampak Nora bersama dengan Mukriz di rumah lelaki itu. mulalah dia membuat fitnah mengatakan mereka bersekedudukan. dan apabila mengetahui mereka sudah berkhawin, dia memaksa Mukriz menceraikan Nora kerana  dia mahu Nora menjadi isterinya. hampir gila juga si Wan Ariff ni kerana Mukriz tidak menurut seperti sebelum ini. dia jadi begitu kerana sebelum ini apa yang dia mahu, semua dia dapat. lastly, happy ending.

Okey... cerita dia memang ringan. baca dalam masa beberapa jam sahaja sudah siap. aku suka dengan watak Nora.... may be sebab fahaman kami sama kot.. hahhah.. tang mana yang sama, biarlah rahsia.. kekeke.. apa2pun.. memang berbaloi.. sangat terhibur.

Rate: 4/5

No comments:

Post a Comment