22 April 2013

Bukan Kerana Aku Tak Cinta - E-Man Sufi

Alhamdulillah.. dah selamat membaca Bukan Kerana Aku Tak Cinta (BKATC), novel ke-3 E-Man Sufi... hheemmmm............mula-mula x perasan cover tu...lama-lama baru perasan.. badan Jebat ghupernya...

Seperti HCSPH, BKATC pun merupakan ada kaitan dengan SYK. Tapi rasaya,  BKATC lagi banyak kaitan dengan Uwais dan Hannah. Maklumlah.. ni kisah Mastura pula, adik Hannah Maryam. So memang akan ada kena mengenalah dengan Uwais dan Hannah. Kalau HCSPH, Wafeen  tu sepupu Uwais... tu yang banyak kisah diarang tu kot. Tapi, Wafeen dan Rayyan ada jugak terselit satu sikit.. kira pelakon jemputanlah... hahhaha





Kisah bermula apabila Hannah Mastura (Mas) yang sudah jatuh cinta kepada Ahmad Ziyad (Jebat a.k.a Long), iaitu pekerja Uwais. Macam-macam cara dilakukan gadis itu untuk memikat dan menggoda Jabat. Tapi, lelaki itu langsung tidak mengendahkan Mas. Kira memang keballah benteng pertahanan lelaki itu. Tapi, dalam tak sedar, cemburu dan rindu tetap mucul juga dalam hati lelaki itu. cuma, apabila tahu akan kekurangan diri, dia terpaksa menolak dan sedaya upaya membuatkan Mastura benci kepadanya.
Tindakan Tok ayahnya mahu menjodohkan Mastura dengan Aryan, adik kepada Fawwaz menyebabkan gadis itu mogok lapar sehinggalah dikejarkan ke hospital. Kerana tak sanggup melihat si adik merana, Hannah bertindak melawan kehendak tok ayahnya dan berkeras mahu Mastura berkhawin dengan Jebat. Akhinya mereka berkhawin. 
Bila bahagia bermula, hadir Aireen dan Eric a.k.a Tiger yang membuatkan Mastura membenci suaminya. Tapi setelah dinasihat dan difikirkan balik perasaannya, dia sanggup menerima Jebat seadanya. Tetapi tindakan Aryan yang menyiasat tentang Jebat telah menyebabkan kemarahan Tok Ayah dan Hannah. Jebat diserat ke lokap tetapi didapati tidak bersalah.
 Akhirnya hadir Uncle Bujang yang datang menuntut hutang lama antara Hannah dan Tok ayahnya. Apakah hutang tu???kenalah baca. dan bila Aireen menembak Jebat dan jadi gila .. sadis².. terlalu obses. cerita happy ending.

Rate :4/5


No comments:

Post a Comment