10 April 2013

Qaseh Qaisy - Ramlah Rashid


okey, aku agak teruja bila membaca buku ni. Perkenalan dengan kekasihnya yang hanya dikenali sebagi B  telah membuatkan Qhalida Qaseh(Qaseh) yang memperkenalkan diri sebagai D telah jatuh cinta kepada lelaki itu. Mereka berkenalan apabila B tersalah menghantar SMS kepadanya. Merekapun bertunang tetapi masih belum pernah berjumpa. Satu ketika, mereka ingin berjumpa. Kali pertama melihat Qaseh, B sudah jatuh cinta.


keesokkannya, mereka bertemu lagi, sebagai klien pula. apa yang meremukkan hati Qaseh adalah B adalah Tengku Qaisy Iskandar (Is), anak majikan ibunya yang sering membulinya ketika kecil. kerana itu, Qaseh bertindak memutuskan hubungan mereka dan menyuruh ibunya berhenti daripada bekerja dengan keluarga Tengku. Is kecewa dengan penolakan lelaki itu, sedangkan dia separuh mati mencintai Qaseh. 

Setelah Is terkena denggi berdarah, barulah Qaseh kembali menghampiri lelaki itu dan menyulam kembali cinta mereka. Namun tekad Tengku Nazim, bapa Is mahu Is berkhawin dengan Tengku Zurin(TZ). Pada malam pertunangan mereka, Is mendesak Qaseh untuk menikahinya dengan bantuan Nabil, kawan baik Qaseh. Cerita ini memang terbalik sikit. Lelaki yang terhegeh-hegeh. Sedangkan perempuan... hehheheh...

Cinta mereka teruji bila TZ ditemui dirogol dan dibunuh, mana kala Is pula suspek utama. Demi menyelamatkan suaminya, Qaseh rela menjadi saksi yang mana Is memang bersamanya waktu kejadian pembunuhan itu. Hal itu menyebabkan Qaseh dikecam sebagai perempuan simpanan Is kerana perkhawinan mereka sememangnya menjadi rahsia.

Setelah didapayi tidak bersalah, Is akhirnya berterus terang dengan keluarganya. Tetapi, seperti biasa, darjat melebihi segalanya, Qaseh tetap tidak diterima. Namun, Qaseh pula menjadi suspek kepada pembunuhan TZ kerana cemburu. tidak sudah dengan itu, penyelewengan wang syarikat sebanyak RM100 juta juga menjadikan Qaseh suspek utama.

Bila selesai segalanya, terbukti Qaseh tidak bersalah dan TZ sebenar masih hidup. Sekali lagi Is tertekan kerana ayahandanya mahu dia mengahwini TZ. TZ mula menggoda. Qaseh pula memberi kata putus kepada Is, terima TZ dan biarkan mereka bermadu. Kalau tak nak, just ceraikan dia. Is tertekan. kesudahannya happy ending. you all patut baca siapa TZ dan apa kaitannya dengan Nabil...lallala... 

Rate:4/5

No comments:

Post a Comment