Err... Tak pastilah kenapa. tapi kalau aku baca buku terbitan KarnaDya, mesti lambat sikit nak bermula. Bab 1-5 pun boleh berlangsung berhari-hari. Tapi, bila dah melepasi tu, dah okey dah... laju jer aku baca. Dan novel ni aku ambil masa dalam 5 hari jugaklah untuk habiskan. Tak cukup dengan itu, buku ni adalah lebih seminggu duduk dalam "poket doremon" . duk usung ke hulu ke hilir. tapi, tak baca² juga. tapi bila dah baca ..oklah...
Novel ni, lebih kepada cinta budak². Entahlah... bagi aku, walaupun watak utamanya Shaiful Alam (Alam) sudah berumur 25 tahun, tapi agak kebudak-budakan jer.. rasa masa Alam tu baru umur 23 tahun jer. May be penulis nak gambarkan dia sebagai anak bongsu. Dan aku percaya, kebanyakkan anak bongsu memang macam tu... hahhaha... degil sikit... hihihih...
Nurul Huda (Huda) gadis yang disisihkan oleh bapanya setelah ibunya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Abang Sham, abang sulungnya turut meninggal dunia sama bersama dua orang anaknya. beban kian terasa bila abangnya Amar Safuan turut dihalau dari rumah kerana berselisih faham dengan papanya. Tinggallah Huda bersama kak iparnya, Kak Diba. pada kak Dibalah tempah dia mengadu. Namun, apabila Kak Diba membuat keputusan untuk berkhawin lagi, Huda terasa hati. Apa tidaknya, Kak Diba akan bernikah dengan lelaki yang dicintainya Abang Shazlan. Shazlan merupakan kawan baik Amar.
Huda membawa diri ke Taiping. Niat dihati mahu tinggal dengan Abang Amar. Dalam perjalanan. dia berkenalan dengan Pak Cik Mizi, seorang pengetua sekolah. Lelaki itu, amat menyenangkan Huda. Tiba di Taiping, Huda diragut. Dia kehilangan arah. Nasib baik masih ada card yang diberikan oleh Pak Cik Mizi. Lelaki itu membawa Huda ke rumahnya. Di situ, kakak lelaki itu telah melayan Huda dengan baik. Begitu juga anak sulungnya, Saiful Anuar, Namun Alam tidak suka kepada Huda. dia melayan Huda dengan dingin lagi.
Huda akhirnya jatuh cinta dengan Anuar. Sifat lelaki itu yang gentelmen dan amat mengambil berat tentang gadis itu, amat menyentuh hati Huda. Namun antara dia dan Anuar, keduanya malu untuk meluahkan rasa cinta. Huda takut dia salah mentafsir layanan Anuar kepada. Takut sama macam Shazlan. Anuar pula, dia jatuh cinta pandang pertama terhadap Huda. dan dia tidak mahu terburu-buru. Akhirnya salah sangka berlaku apabila Anuar menyangkakan Alam bercinta dengan Huda. Alam memang cinta pada Huda tetapi, gadis itu belum tahu dan perasaannya terhadap lelaki itu. Walaupun Huda kata hati dia cinta kepada Anuar, tapi aku rasa dia cinta kepada Alam sebenarnya. Sebab, kalau dengan Alam, dia jadi dirinya sendiri. Tak control. Tapi kalau dengan Anuar, dia ingin jadi sebaik-baik manusia. Tu yang aku kata dia suka pada Alam. Cuma dia tak perasan dan pasti akan perasaannya.
Anuar pula, kerana kecewa, dia terima lamaran Erin. Kononnya sebeb kecewalah tu. Huda tak sanggup lihat kekasih hati nak khawin, lari balik KL. Masa hantar Huda di stesten bus, aku suka sangat dengan part tu... hahha.. sweet sgt Alam ni.. nak tahu macam mana, silalah baca sendiri. Walaupun Alam ni tak romantik, tapi apa yang dibuat, tunjuk dan kata tu, aku rasa sweet plus cool sangat.
Balik ke KL, Huda mula merindu Alam. Dia juga tertekan dengan sikap papanya dan kak Diba. Nasib baik ada Shazlan. tetapi, sanggup pula papanya fitnah anak sendiri. Tak paham aku dengan papanya. bukan setakat fitnah bodoh dia lemparkan. tetapi melibatkan maruah. sanggup pula dia palitkan noda kepada anak sendiri,, ishk..ishk..ishk... so, sekali lagi Huda balik ke Taiping
Endingnya happy everafter...
Rate:3/5
NOte: kenapa saya bg rate 3/5 sahaja. Okey, aku akui, buku ni terbitan 2009. Dan buku yang ada dengan aku pula adalah cetakan ke-10. memang buku ini mendapat sambutan. tetapi, apa yang boleh aku katakan. pendapat masing-masing. dan sorry to say, aku memang kurang teruja. maaf.
NOte: kenapa saya bg rate 3/5 sahaja. Okey, aku akui, buku ni terbitan 2009. Dan buku yang ada dengan aku pula adalah cetakan ke-10. memang buku ini mendapat sambutan. tetapi, apa yang boleh aku katakan. pendapat masing-masing. dan sorry to say, aku memang kurang teruja. maaf.
No comments:
Post a Comment