28 March 2013

Diriku Usah Dicari - Irda Haleeda



aku ambil masa yang agak lama nak habiskan novel setebal 411 muka surat ni... jalan ceritanya sedikit slow.. dan x berapa menarik untuk pujuk mata aku terus melekat dan membacanya... tapi bila dah sampai konfliknya.. oklah.. not badlah....

mengisahkan bagaimana Kirana terpaksa berdepan dengan mertua yang tidak boleh menerimanya sebagai menantu. Haziq, suaminya berasal dari Johor dan Kirana pula dari Perak. Ibu Haziq sebolehnya mahu Haziq berkhawin dengan orang Johor juga. Dia risau, Haziq akan melupakannya seperti anak jirannya.. huuhu.. tapi sebenarnya, novel ni bermula dengan kisah percintaan Haziq dan Kirana semasa di universiti lagi. bagaimana mereka boleh terpisah kemudian bertemu kembali.. hem...

tragedi menimpa hidup Kirana apabila si suami bertugas di Sabah selama sebulan dan tarikh tu pula, kena pada waktu dia nak bersalin. kejamnya seorang bernama ibu mertua apabila sanggup memisahkan seorang ibu dengan anak-anak kembarnya... hishk.. sedih jugak.. tapi ibu Haziq sebenarnya terkena ilmu hitam. dalam pada tu juga, sempat juga si ibu Haziq kenakan ilmu hitam kepada Haziq supaya mengahwini Arma, menantu idamannya. sebenarnya, memang Arma tu, kekasih Haziq sebelum berjumpa Kirana. Tapi, bukan sebab Kirana Haziq meninggalkan Arma, tetapi sifat gadis yang bukan gadis itu setelah mengalami kejutan budaya apabila melanjutkan pelajaran ke luar negara. 

Aku suka watak Fifi, jiran sebelah rumah Kirana yang ingin dijodohkan dengan Kirana. Namun sayang, wataknya tidak dikembangkan sangat. Dan cinta Kirana memang untuk Haziq. ceritanya happy ending, tapi dalam keadaan sedih bila emak Haziq mula menyesali perbuatannya.

Rate: 3/5

No comments:

Post a Comment