30 March 2013

Jauh Dari CInta- Adah Hamidah




Ni blog Novel Jauh Dari Cinta dan ini pulang blog penulisnya. asalnya aku baca dekat penulisan2u. dan sangat berpuas hati kerana tidak menghampakan kerana membeli buku ini.
ni sedutan di belakang novel tu...


NYSA SAKINAH. Cintanya pernah ditolak oleh abang angkatnya, Farish Aqil. Namun Farish Aqil kembali menagih kasih, lalu dengan rela dia menerima. Satu penemuan membuatkan dia kembali sedar, siapa dirinya. Lantas dia terikat dalam perkahwinan yang menjerat.

"Duduk berkurung dalam bilik ni kenapa? Makan tak... minum tak, nak sangat jatuh sakit ke? Nysa ingat kalau kurung diri macam ni dapat selesaikan masalah?"

"Masalah dah lama selesai kalau Abang Aqil tak datang masa majlis pernikahan kita dulu."
"Oh... jadi Nysa nak salahkan abanglah ni? Kalau abang tak boleh jatuh cinta dengan Nysa, kenapa Nysa nak salahkan abang pula? Kalau Nysa dah tahu yang abang tak pernah cintakan Nysa, buatlah sesuatu supaya abang boleh jatuh hati pada Nysa, jangan duduk berpeluk tubuh dalam bilik macam ni aje!"

Namun Nysa Sakinah, tidak terdaya dia melakukan semua itu. Lantas dia bertindak menjejaki wanita yang selama ini dicintai oleh suaminya. Kembali memulangkan bahagia buat suaminya.

FARISH AQIL. Hati lelakinya dicabar, lantas dia terpaksa memulakan semua sedangkan hanya Lily dihatinya. Takkan ada wanita lain.

"Tolong kekal jadi adik abang sampai bila-bila. Abang betul-betul selesa dengan keadaan macam ni."

"Abang Aqil boleh anggap yang permintaan Abang Aqil tu dah tertunai sepenuhnya sebab memang Nysa hanya akan kekal sebagai adik Abang Aqil sepanjang hayat Nysa. Semua dah cukup jelas."
Bagi Nysa Sakinah, bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi! Maka, kerana dia seorang isteri, pengorbanan adalah hadiah teristimewa buat seorang suami!


 Mengisahkan bagaimana seorang gadis, Nysa Sakinah (Nysa) cuba menolak permintaan keluarganya untuk berkhawin. Namun, setelah umur meningkat, dia tidak mampu menghalangnya. Oleh itu, dia terpaksa menerima permintaan ibu bapanya untuk dijodohkan dengan anak kenalan mereka. Ketika dia cuba untuk menerima permintaan orang tuanya, dia terserempak dengan abang angkatnya Farish Aqil(Aqil). dan tanpa diduga, abang angkatnya juga merupakan bakal tunangnya. Sedaya upaya dia menolak lelaki itu tetapi semakin kerap juga lelaki itu memujuknya untuk menerima.

Nysa berkeras mahu menolak Aqil kerana pernah suatu ketika dahulu, lelaki itu menolak cintanya. dan disebabkan itu juga Nysa tidak pernah membuka hatinya untuk sesiapa kerana takut kecewa lagi. Namun kali ini berlainan sekali. Akhirnya, Nysa terpaksa menerima kerana Aqil begitu bersungguh-sungguh. Tapi sayangnya, setelah bertunang, Aqil semakin menjauhkan diri. bukan itu sahaja, Nysa juga diberi had untuk hanya menghubunginya sekali seminggu. Malah, Aqil juga beberapa kali telah menunda perkhawinan mereka.

Akhirnya, rahsia Aqil diketahui oleh Nysa. Dan di mohon untuk memutuskan pertunangan mereka. Tapi Aqil masih lagi berkeras untuk meneruskannya. Akhirnya, setelah hampir 2 tahun. Akhirnya mereka disatukan. Beberapa jam sebelum berlangsung perkhawinan mereka, sekali lagi Nysa merayu kepada Aqil untuk tidak datang semasa majlis akad nikah mereka. Kelewatan Aqil telah melegakan hati Nysa. Namun akhirnyan dia kecewa kerana Aqil tetap datang. 

Rumahtangga mereka langsung tiada seri. Aqil akhirnya menyatakan perasaannya yang hanya akan mengganggap Nysa sebagai adiknya. Nysa kecewa. akhirnya dia nekad menjejaki Lily, kekasih Aqil. Ketika makin menghampiri Lily, pecah rahsia bahawa Lily adalah Sara, teman serumah Nysa dan juga sepupu kepada Hadif. Akibat kecewa dan terasa dipermainkan oleh mereka, Nysa menlarikan diri. tetapi dia terlibat dalam kemalangan. setelah sedar, dia berpura-pura hilang ingatan. dengan harapan akan menjauhkan diri daripada Aqil. Tapi sayangnya, Aqil makin mendekat. 

Semasa sambutan hari jadi Aqil, dia menyerahkan kembali Aqil kepada Lily. Namun sayangnya, dia dibuang keluarga kerana dituduh mementingkan diri sendiri. Aqil pula semakin kerap menjejakinnya.
Happy ending.... nak tahu kesudahannya, sila baca ek.. hehehhe.. sebab rasa suspen juga untuk menilai lelaki bernama Farish Aqil ni...

Rate:4/5

No comments:

Post a Comment