05 May 2013

Ingat Janji Kita - Murni Aqila



Okey.. ini blog penulisnya... sebenarnya, ini novel kedua dia yang aku baca. Novel dia yang pernah aku baca Cinta Aku Seadanya. Nantilah aku buat ulang baca novel tu.. dah lama sangat dah baca. masa memula keluar tahun 2010 kalo x silap. Nak ulang baca kena tunggu deretan buku baru yang tgh beratur nak dibaca.. nak-nak smlm rembat lagi buku kat PBAKL. So, lambat lagi kut nak ulang baca CAS tu.

Novel ni dah lama aku beli. Dan dah lama juga usha tapi x berkesempatan nak baca. Mengisahkan persahabatan antara Raimi dan Adi yang berkenalan si stesyen minyak tmpt Adi bekerja. Desakan Tok Jalal ingin menlihat cucu kesayangannya berkhawin telah menyebabkan Raimi terdesak untuk mencari kekasih. Kerana Raimi tak sanggup berkahwin dengan gadis yang dia tidak cinta.

Akhirnya, dia Adi dijadikan sandaran untuk menyamar sebagai gadis. Wajah Adi yang jambu itu membuatkan Raimi pula jatuh hati. Aku pada masa ni , memang dah tahu Adi tu perempuan. Hahahah.. sebab tu tak terasa sgt  trailnya. Apabila berkenalan, keluarga Raimi termasuk Tok Jalal suka pada Adi dan mahu segera bernikah. Maya, sepupu Raimi yang memang ada hati pada lelaki itu menyusun strategi bagi menjadikan Raimi milik mutlaknya.

Berlakulah adegan yang menyayat hati. Pembohongan terdedah. Dan akhirnya Raimi akan bernikah dengan Maya. Kecewalah Adi kerana pada ketika itu, dia tahu, dia cinta pada Adi. Atas usaha Ain, gadis yang pernah menaruh hati pada Adi sebelum mengetahui Adi adalah wanita dan juga Yusna, calon isteri tak jadi Raimi yang ingin diperkenalkan kepada Raimi, Raimi dpt tahu yang Adi adalah seorang gadis. Gembira kerana dia tidak songsang. Maklumlah, hati membuak-buak rindu kepada lelaki bernama 'Adi' itu.

Akhirnya, mereka bernikah. Namun, selepas 6 hari, Adi lari dari rumah. kenapa? Sebab tekanan. Raimi memberi tahu, dia pernah berjanji dengan seseorang yang dia akan berada di samping gadis itu sehingga akhir hayatnya. Dah terasa hati si Adi ni. Mama Raimi pula, menuduh Adi mencuri. Maka Adi membawa diri ke Perak. Mencari En. Omar, lelaki yang pernah mencari Manja. 

Dan akhirnya tersingkap juga rahsia siapa Manja, Adi, Raimi, Acat. Masa flash back memori Manja, aku dah agak dah siapa Acat tu... hehehhe... apapun, em... oklah.. not bad...

Rate: 4/5

2 comments: