04 May 2013

Rindu Kamu Mr. Darcy - Syamnuriezmil




Em.. aku sebenarnya tak sempatpun nak baca walau sedikitpun novel ni secara online. Tapi sebab aku memang minat giler kat Suamiku Mr. Perfect 10!(SMP10), so aku rembat jer masa kat PBAKL  ari tu. Malas nak fikir banyak-banyak sebab keadaannya yang tersangatlah macam ikan sardin . Orang yang serbu bilik Melaka untuk beli buku Karya Seni macam semut hurung gula... naik pening den.. back to RKMD...

 Ni sedutan yang ada di belakang novel tu.


Kisah antara Faris dan Hayfa. Faris seorang lelaki yang sangat mementingkan maruahnya dan Hayfa pula seorang perempuan yang sangat prejudis.


Perkenalan bermula dengan penuh rasa kebencian. Mereka saling berharap tidak akan bertemu dengan salah seorang daripada mereka dalam dunia ini. Tapi…

Orang kata, jangan benci sangat nanti lama-lama jadi sayang. Sayang ke kalau hanya seorang saja yang meluahkan perasaan, yang lagi seorang masih tidak bersedia?


“Saya akan tunggu, sampai awak sendiri cakap, awak mahukan saya. Sampai mati saya tunggu…” -Faris Darwisy-


Muncul pula Haziz Mukhlis, menambahkan lagi prejudis Hayfa kepada Faris. Adakah Hayfa mempercayai cerita Haziz sehingga takut menerima cinta Faris? Perlukah Faris mengetepikan maruahnya demi cintanya pada Hayfa?


“Siapa awak sebenarnya?” -Hayfa Idhar-


“Seorang yang menyintai awak tanpa mengharapkan balasan.” -Faris Darwisy-

Mungkin untuk mengenal cinta perlukan rindu…


Mengisahkan  seorang gadis bernama Hayfa yang sangat prejudice terhadap lelaki. Kenapa? Kerana dia pernah menaruh perasaan kepada seorang lelaki pada zaman persekolahannya dulu. Tetapi lelaki itu seakan tidak memberi respond kepadanya. Dan dia juga merasakan cintanya ditolak. Walaupun dia tidak pernah meluahkannya.

Perkenalan dengan Faris semasa lelaki itu yang dianggap sebagai PA 25% bakal tunang kakaknya. Kata-kata Faris menyebabkan Hayfa tidak menggemari lelaki itu. Dan perjumpaan kali kedua dengan lelaki itu juga menyebabkan mereka bertengkar. tetapi akhirnya menjadi rakan baik setelah Faris membantunya.

Aku suka eatak Faris sebab aku rasa dia seorang lelaki yang bersungguh-sungguh. Hayfa tidak sedar tentang perasaannya kepada Faris. Hinggalah bila rasa terdesak barulah dia mengakui cintanya. Hem.. Ada conflict antara Hayfa dan Haziz. Tapi aku suka jalan cerita ini. Tak meleret dan sempoi. Sama macam SEP10!, ceritanya tak aderlah makan masa yang lama. kira dalam beberapa bulan sahaja. Okeylah tu. memang santailah. Oh ya, Syamnuriezmil ni ada lagi beberapa karya dia.. tapi aku belum tergerak hati nak beli lagi. nantilah. Kalau dah baca kat penulisan2u, mungkin aku jatuh hati, aku akan buat koleksi. tapi, buat masa ni. tak lagi kot.

Rate:4/5



No comments:

Post a Comment