Dah lama nak beli... akhirnya terbeli jugak masa PBAKL ari tu. Hem...ni blog penulisnya.
Mengisahkan bagaimana tindakan Faiez untuk menyelamatkan Dania daripada terus hanyut dengan najis dadah akhirnya menyatukan mereka dengan ikatan perkahwinan. Dania yang dipulaukan keluarga dibawa ke KL oleh Faeiz. Lelaki itu tidak menyentuhnya. Tapi hubungan mereka memang baik. Keadaan kesihatan Dania yang tidak menentu membuatkan lelaki itu membawa Dania tinggal bersama Ilyana, kekasihnya.
Ketiadaan Dania membuatkan Faeiz rindu. Namun hubungan mereka tetap disembunyikan daripada semua orang. Luluh hati Dania bila dia sendiri menjadi saksi pertunangan dan pernikahan suaminya sendiri. Cemburu dan tindakan terburu-buru Faeiz bila melihat Dania bersama Azrul, membuatkan lelaki itu menghukumnya gantung tanpa tali.
Ketika itu, Dania mendapat tawaran sambung belajar di Imperial Collage London. Lalu pergilah si isteri membawa hati yang luka bersama bukti cinta mereka. Di London, dugaan menanti Dania apabila dia tercicir daripada mendapat hostel. Pertemuan dengan Aunty Maria telah menyelamatkan gadis itu.
Rahsia Faeiz bocor. Tindakannya telah menyebabkan mamanya terkena strok. Dia mencari Dania. Namun takdir tetep memisahkan mereka. Setelah itu, hidupnya menjadi kacau bilau walaupun gadis yang selama ini dicintainya sudah sah menjadi isteri. Akhirnya, setelah 8 bulan kepergian Dania, Ilyana dan Faeiz bercerai.
Lima tahun kemudian Faeiz terserempak dengan Qaseh Rania, si kecil yang comel yang mengingatkan dia kepada Dania. Aunty Maria yang terserempak dengan Faeiz terus membawa lelaki itu ke rumah. Sedangkan semasa itu, Dania tiada kerana berada di German kerana pertukaran pelajar di sana.
Pulang dari German,Dania bertemu lagi dengan Firdauz. Lelaki yang dipanggil papa oleh Qaseh. Dan dugaan lain pun turut tiba bila kesucian Dania diragut. Finally, Happy ending bila Dania balik ke Malaysia bersama Qaseh. Firdauz pula dengan Nana, adik Faeiz.
Aku suka watak Firdauz. tapi, tak adalah sampai jatuh sayang. aku suka sebab, walaupun dia jatuh cinta kepada Dania, tapi memandangkan Dania masih isteri orang, dia tidak mendesak Dania. Dan bila Dania mahu menuntut fasakh, dia masih membiarkan gadis itu membuat keputusannya sendiri. Dan dia memang gentalman bila berbicara dengan Faeiz...
Rate: 4/5
No comments:
Post a Comment