12 May 2013

31 Mei Gerhana Mentari Cinta - Nass Alina Noah


Er... novel baru....


Mengisahkan bagaimana Puteri Seroja (Put) mengharungi kekecewaan bila kekasihnya Charlie tidak hadir pada 31 Mei, iaitu hari sepatutnya mereka bertunang. Put langsung tidak dapat menghubungu Charlie.Apabila pulang ke rumah sewa, Put mengalami masalah kewangan. Sebenarnya, selama ini pun, hidupnya banyak bergantung kepada Charlie. Lelaki itulah yang banyak menyara hidupnya termasuk membayar yuran pengajian

Kehilangan Charlie menyebabkan dia meninggalkan pengajian. Dia dibuang keluarga kerana kegagaglan Charlie hadir seperti yang dijanjikan. Pertemuan dengan Datuk Kamarul yang cuba mengambil kesempatan terhadapnya dan juga kejadian yang mengheretnya ke dalam lokap.

Akhirnya dia bekerja sebagai pengasuh di rumah Hakimi. Lelaki beku tetapi akhirnya cair apabila tiba-tiba jatuh cinta kepada gadis itu. Kematian Zara, isteri Hakimi telah menyebabkan lelaki itu mahu memperisterikan Put. Pada mulanya, gadis itu mahu menolak. Namun, bila merasakan sampai bila dia harus menderita dengan mengingati Charlie yang sudah hilang entah ke mana itu, dia akur. Perasaannya, dia memang sayang kepada Hakimi, namun perasaannya tidak melebihi makna sayang. Dengan erti kata lain, dia tidak cinta kepada Hakimi sebenarnya.

Namun, disangka Hakimi boleh membahagiakannya. Maklumlah, sebelum kahwin., Hakimi dilihat sebagai lelaki idaman wanita, cukup bertanggung jawab dan cukup segalanya. Namun sayang, bila sah, lelaki itu langsung tidak menyentuh Put. Kecewa lagilah si Put ni. Tetapi aku nampak, Put ni terlampau gersanglah pulak... hehhehe...

Dan apabila diperkenalkan Shakir Adli, adik Hakim menyebabkan amarah Put makin meninggi. Siapa sebenarnya Shakir Adli tu.?

Finally happy ending. Jangan tak tahu, Put kembali bersama Charlie. Tapi tak sempat nikah balik coz dah habis novel ni. Kenapa nikah balik?Coz mereka pernah nikah kat Thailand. Aku suka watak Charlie. Dia sorang playboy tapi cukup setia dengan Put... hai... ader ker orang macam tu agaknya.. hehehhe... cuma yang aku tak faham sikit adalah part Shakir Adli sakit tu. Sanggup dia berpura-pura.Hampir mati kerana lemas semua...

Tapi, yang pasti novel dari Nass Alina Noah memang tak pernah menghampakan. Maklumlah ... boleh dikira sebagai OTAI....

Rate: 4/5

No comments:

Post a Comment