15 May 2013

Aduhai Bos Bertuah! - Zan Zarida



Aduhai...itu yang boleh dilafazkan... rasa???rasa sedikit menyesal membeli buku ini. cover dah cantik, tajuk dah cantik. tapi jalan cerita... maaf ya cik pengarang. kurang kena dan kurang menyengat.... maaf sekali lagi.. ini hanya pendapat saya.



mengisahkan tentang gadis bernama Dian Abu Bakar (Dian). Apa yang istimewanya gadis ini. Dia cantik, comel, kecil molek orangnya tetapi tidak pernah bernasib baik dalam bercinta. mungkin kerana hati dia mudah jatuh cinta dan pada aku dia ni kurang matang sedikit. pernah putus tunang dan kali terakhir, kekasihnya Danish pula akan berkahwini dengan pilihan keluarga. maklumlah. keluarga orang kaya. mana ada nak pandang Dia ni, anak orang kebanyakan.

tidak mahu melihat anaknya terus hanyut, keluarga Dian menerima sekali lagi. maksud sekali lagi ni adalah kali kedualah... lamaran daripada kawan baik ayahnya untuk menjodohkan Dian dengan anak mereka Ir. Ahmad Zamil Zairazi Karim (Zamil). dia pada mulanya keberatan. maklumlah, dulu pernah bertunang dengan lelaki itu walaupun tidak pernah bersua muka, tetapi terputus atas permintaan si lelaki. kali ni, dia terima kerana kecewa dengan Danish.

pertama kali bertemu Dian, Zamil sudah jatuh hati. dan diterima usul orang tua untuk meneruskan pernikahan mereka. sehari sebelum berkahwin, muncul Danish di rumah Dian. Katanya, dia meninggalkan majlis pernikahannya kerana tak rela dan cintanya hanya untuk Dian. Dian pula tidak mahu ada hati-hati yang terluka lagi. dia menolak Danish.

Honeymoon Dian bertukar menjadi kelam apabila seseorang memanggil Zamil dan mengaku anaknya merupakan anak Zamil. Namun, Dian usir perasaan itu jauh² kerana Zamil mengaku tidak kenal perempuan itu walaupun hakikatnya wajah anak perempuan itu boleh dikatakan Zamil Junior.

Hidup mereka seperti biasa hinggalah dugaan tiba bila Dian keguguran tanpa sempat diketahui dia mengandung dan juga kematian selurh keluarga Dian akibat kemalangan jalan raya. Namun, kesedihan dirawat apabila Dian disahkan mengandung. Namun belum sempat dikhabarkan kepada Zamil, Dian terserempak lelaki itu dengan wanita yang mereka jumpa di PD semasa honeymoon dulu.

Tindakan drastik dan kurang matang daripada Dian bila dia terus membawa diri dan meninggalkan Zamil. Laralah Zamil bila pulang dari outstation tetapi isterinya tiada.sehinggakan tiada satupun barang. 
Pertemuan kembali antara Dian dan Danish menyebabkan hidup Dian jadi tunggang langgang bila lelaki itu terus memburunya. tetapi, lelaki itu juga berada disampingnya ketika dia mahu bersalin.

Ending... happy ending bila Dian kembali kepada Zamil. tapi, aku tak suka jugalah ending dia tu sebab Zamil tak bersungguh pujuk Dian. Kata cinta separuh mati... tapi gaya macam, kau x hendak, aku x ingin sahaja. Danish pula dengan Ida, adik Zamil. tapi, aku sukalah Danish ni... lepas tu, ada rahsia besar keluarga Zamil... dan yang paling penting... tajuk x berapa sesuai. Dian tak pernah menjadi pekerja Zamil. kenapa pula jadi tajuk pasal pekerja ni... yg jadi pekerja Zamil adalah Asmidar, kawan baik Dian. tapi, novel ni keseluruhannya kisah Zamil dan Dian.. Aduhai...

Rate:2/5

4 comments:

  1. Hi...I like your reading challenge graph...are you really aiming at reading 200 novels/books in a year?wow... If you dont mind sharing, what kind of writing style you like coz I saw various types in your Novel Wajib Baca...Some of the buku I dah baca, and i am looking for some good books that worth reading.

    ReplyDelete
    Replies
    1. http://limauasam.blogspot.com/2013/06/mphonline-ade-sale.html

      Delete
  2. Thinking of buying this book after reading ALAHAI MAT SALIH. I personally think that zan Zarina succeeded in her first attempt. Anyway, tq for your review Madam Lola. ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks for coming... ALAHAI MAT SALIH???ouh... Kena cari tu...thanks ya....

      Delete