24 May 2013

Nyanyian Hati - RodieR


Seriusly, mula terpikat, tertarik dari khabar-khabar angin yang duk bertiup kencang mengatakan novel ni best giler. Aku pun, PANTANG orang sebut, habis tu, duk sebut ketung ketang ketung ketang, novel ni best dan sempoi, aku pun rembatlah masa PBAKL ari tu. Tu pun main rembat tanpa ada buat review. Hahahah.. x belajar dari kesilapan lagi.


dan, alhamdulillah. RodieR ni, memang tak mengecewakan aku. Cuma agak mengecewakan adalah part covernya... dan aku rasa novel ni, terlampau banyak penggunaan bahasa inggerisnya. tapi, it's okey...x melemahkan semangat den nak membaca novel ni.

mengisahkan bagaimana Adam Danial (Danny) mula jatuh hati kepada Ainul Raudhah (Ain) setelah pertama kali melihat gadis itu ketika menjadi cameramen di majlis pernikahan Haris, Abang Long Ain. Hasrat itu disampaikan kepada Haris, namun lelaki itu meminta Danny menunggu Ain habis belajar dahulu. Selepas setahun, Haris sekali lagi minta Danny bersabar kerana Ain baru sahaja bekerja dan ada problem sikit nak cope dengan environment kerja. Tapi, dia pesan pada Danny, kalau jumpa org lain, just move on. Tapi, Danny tetap setia kerana dia tahu, Ain is the one for him.

kali kedua dating, Ain ke KL berjumpa dengan kawan-kawan Danny. tujuannya, untuk lebih kenal dengan Danny. Pada masa itulah dia berkenalan dengan Alif, Lily, Iskandar Banjamin (Is) dan juga Mia, adik Is. Pertama kali bersua, aku dah dapat agak dah Is mesti  ada perasaan pada Ain. Memang bijak penulis tu gambarkan perasaan Is...

Is dengan Ain ni, macam anjing dengan kucing sedikit. Tapi tanpa mereka sedar, they really care each others. Hal ini disedari oleh Danny. Takdir terjadi, bila Danny meninggal kerana kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan menjemput Ain. Kelam sudah hidup gadis itu bersama penyesalan. kenapa? hanya keran 3 words yang tidak pernah diucap tetapi sering kali meniti di bibir Danny.Dan penulis berjaya bawa emosi pembaca sama merasa keresahan dan kerisauan Ain ketika berita kemalangan Danny di sampaikan kepadanya.

Finally,Ain terima lamaran Is. Tetapi something bad happen semasa anniversary pertama mereka. salah faham sahaja sebenarnya. tapi Is tu romantik giler. I like him. every single word that he said. dan yang paling tak tahan, bila dia sanggup mencari cincin dimond colour red, tapi tak jumpa, yang ada hanya colours ruby. dan ukir  RED, I'M ONLY YOURS,ALWAYS ANDETERNALLY - KENJI. so sweet.x rugi beli...

Rate:4/5

2 comments:

  1. har har har.... tengah baca ni kak. ;) part sweet kenji tu. Looking forward to it. :)

    ReplyDelete