06 May 2013

Sannah Helwa




Alhamdulillah... hari ini genap 32 tahun bernafas di atas bumi. Jazakallah kepada semua yang memberi ucapan dan Barakallahufik juga.




 ** Thanks to my Ma and Abah… walaupun anakmu ini sedikit degil dan keras kepala, tapi masih melayan rajuk yang berpanjangan, masih lagi kalian sayangi daku yang sentiasa ingin merajuk dengan kalian, dan masih lagi merengek untuk hal-hal yang entah haper-haper di mata kalian. Masih lagi ingin bermanja walaupun dah tua bangka dan masih lagi kadang kala melawan kata-kata. Maaflah, anakmu ini memang suka memberontak untuk hal-hal tertentu. Jasa kalian dalam membelai, mendidik, merotan ^_^  amat aku hargai hingga hujung nyawa. Moga doa dari kalian tidak pernah putus untuk aku kerana aku tetap mahukan keberkatan dari doa kalian.

**To my one and only sister, Mrs A…. Thanks a lot for support me. thanks a lot sebab selalu belanja walaupun aku tak belanja ko.. hahahha.. thanks a lot coz layan aku macam aku ni masih kanak-kanak rebina.. i love you...Terima kasih juga sebab sanggup dengar aku membebel.. terima kasih sebab sentiasa  melayan untuk bergaduh dgn  mung.. rindu lah duduk jauh²… susah nak bergaduh. Kita ini ibarat anjing dengan kucing.. rindu masa kecik² dulu.. hari² baloh… 

**To my one and only brother in law Mr.S, thanks a lot kerana melayan diriku spt adik sendiri sepanjang hampir 20 tahun (18 tahun dah sebenarnya kita kenal) kita kenal. Kadang-kadang lebih adik dari kakak… thanks sebab sanggup meredah hutan belantara Gua Musang – Pahang untuk angkut adik iparmu yang cenggeng ini bila merenggek nak balik beraya di Kelate. Sanggup berhabis harta benda kerana nak melayan peel manja bedooh waloupun kadang kala sering menyakiti hati lelaki mu itu.. hahahhaha…. Diriku ini memang ‘manja’ sbb x dok abe.. tulah pasal…dan diri ini pula suka membuli..lebih² lagi dirimu itu suka melayan…sapo suruh….!!!peace

*** Ouwh.. tidak lupa juga, thanks a lot pada si dia Mr.A yang sentiasa sudi melayan kerenah aku yang 'manja' ibarat kanak-kanak rebina berumur 23 tahun. Masih lagi 'Aku' yang sama seperti mana dia mengenali aku 10 tahun yang lalu. Terimalah diriku seadanya..cewahhh…

****To my lovelyain... kita kawan.. hahahha... jangan buat kawan merajuk atau sakit hati, nanti kawan x nak kawan dengan ain baru tahu ^_^.

***Thanks a lot to all my buddy who always by my side. Dalam susah senang. Mendengar cerita, keluh resah insan yang bernama 'Aku' ini. Hidup kita tidak sempurna di mata manusia. ada sahaja yang tidak betul di mata-mata 'mereka' Insya-allah, aku masih lagi dan akan terus mencuba menjadi insan yang lebih baik bersama-sama pertambahan umur yang semakin meningkat setahun demi setahun. 

***Terima kasih beribu- ribu lemon  kpd semua sahabat yang mengenali diri secara langsung atau tidak langsung. Yang baik datang dari Allah, yang buruk memang datang dari perangai aku yg x boleh nak control itu. 

***Dan tak lupa pada rakyat Selangor kerana sama-sama meraikan aku dan bercuti hari ini. Walaupun aku belum lagi menjadi penduduk Selangor, tapi kalian sudah mengalu-alukan kedatangan aku ke bumi Selangor… bagus inilah yang kita cari. Terima kasih MB Selangor.. hahhaha.. just kidding… jealous tau diarang cuti ari ni….

No comments:

Post a Comment