Aku tertarik pada synopsis kat
belakang novel dia sebenarnya.Novel ni baru lagi. Cetakan pertamanya tahun
2013. Mengisahkan bagaiman Putri Dalisha (Dalis) terpaksa bersetuju untuk
berkahwin dengan Amsyar Hafiz a.k.a Kuali seorang yang amat dikenalinya ketika
bersekolah dahulu. Akibat kemalangan, Dalis seperti terhutang budi kepada
Amsyar. Akibatnya, lelaki itu memaksanya berkahwin. Dia membawa Dalis ke Korea
dan berkahwin di sana.
Pulang dari Korea pula, Dalis
dikejutkan dengan berita dia akan ditunangkan dengan anak kepada bos abangnya
Adnan iaitu Tengku Najhan(Naj). Kerana tahu da sudah berstatus isteri, maka dia
tolak baik-baik pinangan tersebut. Akibatnya, dia dibuang keluarga kerana
dianggap memalukan keluarga. Ayahnya memberi tempoh 3 bulan untuk memohon maaf
kepada keluarga Naj.
Perkenalan Dalis dan Naj secara tak
sengaja dan tiba-tiba membuatkan mereka sering bergaduh. Dah apabila mengetahui
Dalis adalah gadis yang sepatutnya menjadi tunangnya itu, Naj membuat keputusan
untuk memalukan Dalis di hadapan rakan-rakannya. Tetapi itu semua tidak
terjadi.
Badai menimpa bila Amsyar
diberitahu oleh jirannya yang Dalis memabawa lelaki masuk ke rumah. Kedatangan Adnan
yang tiba-tiba dan dianggap sebagai kekasih Dalis juga menyebabkan Amsyar
menghalau gadis itu. Kebetulan Dalis terpaksa bertukar ke Ipoh, dan mengalami
kemalangan akibat perbuatan Adnan. Dalis berkenalan dengan Wan. Wan tahu Dalis
sudah berkahwin tetapi masih menyimpan perasaan kepada Dalis.
Setelah lima tahun, Dalis telah
bercerai dengan Amsyar, Wan pula berkahwin dengan jirannya tetapi masih
menganggap Dalis sebagai adiknya. Dalis dengan Naj juga semakin rapat. Setelah
itu, muncul kembali Amsyar memujuk untuk Dalish kembali kepadanya. Happy
ending.
Aku suka pendekatan yang
digunakan oleh penulis. Mula-mula aku masih ragu-ragu yang Amsyar dan Kuali
adalah orang yang sama. Dan sebab itu jugalah si Amsyar ni sanggup bernikah
dengan Dalis. Tapi kan.. ego lelaki. Tapi pelik juga, dah kau suka minah ni
dari zaman sekolah. Kenapa pula macam x suka. Boleh pula buat dek jer bila dah
selamat kahwin dengan Dalis.
Apapun. Enjoy reading.
Rate:4/5
sya mcm berminat nk baca..nk tnya gaya penulisan cerita ni mcm mana? jelas n nyata or meleret2..
ReplyDeletethanks kerana singgah. gaya bahasanya sempoi sahaja. tak berat dan meleret. selamat membaca.
Delete