Sedih…
itulah yang mampu aku cakap. Setiap masa baca novel ni, telinga aku
panas. Pipi aku pun macam tu jugak. Sedikit membahang. Mungkin sikap
angin astu kepala Syaima ni lebih kurang aku kut… hahahha… Tapi,
cerita ni, tak adalah menarik emosi aku hingga menangis bagai. Mungkin
situasi aku tika membaca novel ni… aku tak focus sangat pada emosi.
Iyalah, kejap-kejap berenti…
Mengisahkan
Nur Syaima (Syai) hidup menderita selama 10 tahun. Dia mengasingkan
diri daripada ayahnya bila menganggap lelaki tidak bertanggungjawab itu
telah mensiakan hidupnya apabila telah bernikah lain. Ayahnya
melebihkan keluarga barunya daripada dirinya sendiri wal hal ketika
itu, ibunya sedang menderita sakit barah rahim.
Syed
Ahmad Budriz(Budriz), abang tirinya sedaya upaya mencari adik tirinya
itu. Setelah 10 tahun, pertemuan kembali menyebabkan hati Syai berdarah
kembali. Namun pertemuan itu tidak sedikitpun mengurangkan kebencian
Syai kepada mereka malah menambah lagi.
Tindakan
Budriz yang membuat fitnah mengatakan diri mereka telah terlanjur
menyebabkan Faez, kekasih yang tak sepenuhnya dicintai Syai menjauhkan
diri dan meninggalkan dirinya. Tidak cukup dengan itu, Budriz
juga membuat onar dengan mengatakan Syai mengandung anaknya dan memaksa
mereka dinikahkan.
Padamulanya,
sukar menerima. Namun, lama kelamaan, jiwa Syai menjadi lembut. Dia
sedar, sudah lama dia menyintai lelaki itu, namun disebabkan dendam, dia
tidak sedar, benci itu adalah cinta kerana dalam tempoh
sepuluh tahun, dia tidak pernah sekalipun melupakan lelaki itu.
Macam
biasa, bila bahagia menjelma, gelora membadai rumahtangga mereka.
Kehadiran Faez dalam meraih kembali Syai dari tangan Budriz kerana
baginya lelaki itu merampas haknya dengan cara kotor. Tidak kurang
dengan
itu, Nenda Budriz yang tidak sudah-sudah dengan isu keturunan dan mahu
menjodohkan Budriz dengan Nurina.
Novel
ini bagi aku, banyak mengajar erti sabar dan redha. Redha seorang
isteri yang mahu berkorban untuk sang suami dan keluarganya tanpa sedar
permainan takdir yang mahu menduga. Tanpa dia sedar, permintaan
giler yang hanya mampu diluahkan dibibir dan tidak disetujui oleh hati.
Terasa
diri ini Syai pulak… huhuuhu.. tapi, happy ending. Macam biasa. Tapi
aku agak terkesan sikitlah. Dan aku suka watak Syed Ahmad Budriz.
Seorang yang teramat sabar, romantic dan pencinta yang setia… hemm..
aku suka dia.. hehehhe… dah macam ..congratulation to Rehan Makhtar coz
watak Budriz ni memang aku suka. Walaupun aku ni hantu novel, tapi tak
banyak watak-watak hero yang aku suka. I like….
Rate 5/5
Dah baca 100 kali novel ni
ReplyDeleteuishkk... anon.. 100 kali.. byk tu
DeleteSaya pon suka dgn watak syed budriz.trbyg2 keromantikannya..untung syaima.
ReplyDeleteBest sangat cite ni terutama watak syed budriz untung syaima dpt hubby mcmtu...susah nak cari suami yg perangai mcmtu...
ReplyDelete