Okey... aku beli novel ni kat PBAKL ari tu lepas syok baca kat blog penulis dia. Kira hot from oven jugak lah ni....
ni, sinopsis dia..
TERBARU MEI) Calon Isteri Jutawan - Nuriffa
Novel Eksklusif di Pesta Buku Antarabangsa 2013 di PWTC
Hanya seorang calon yang layak. Siapakah dia?
Mereka manja, cantik, seksi dan menawan. Ya! Merekalah calon-calon isteri jutawan.
Pencarian isteri untuk si jutawan bermula. Siapakah si bertuah yang dapat menyandang gelaran isteri si jutawan, IZZAD DANIEL? Wanita yang terpilih bakal mewarisi empayar perniagaannya yang bernilai jutaan ringgit.
Dia NURUL IZYANIE. Hanya gadis biasa yang memerlukan wang. Namun dia juga ingin mencuba nasib. Temu duga itu dihadirinya dengan penuh harapan.
“Lemah lembut? No… Manja? No… Seksi pun tidak. Nampaknya awak tak lulus.”
“Kalaupun saya tak layak, tak perlulah encik nak hina saya macam ni.”
“Saya bukannya nak hina awak. Tapi, awak betul-betul dah salah tempat. Ini temu duga untuk mencari calon isteri saya, bukannya temu duga untuk mencari akauntan.”
Apa? Dia sudah tersalah tempat temu duga! Hancur harapannya untuk menjadi seorang akauntan di syarikat terkemuka itu. Ingin saja dia pulang ke kampung kerana terlampau kecewa.
Anehnya. Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba dia menerima tawaran bekerja. Tetapi, bukan sebagai kerani, setiausaha, mahupun akauntan. Sebaliknya...
“Cik telah terpilih sebagai calon akhir untuk memegang jawatan isteri saya.”
“Terima kasih Encik Izzad atas tawaran yang menarik ini tapi saya tidak berminat. Nak cari isteri bukan macam mencari ikan di pasar.”
“Kalau awak tak terima, awak tahulah apa nasib awak. Bukan susah kalau saya nak jatuhkan seseorang seperti awak. Malah satu keluarga awak pun saya boleh jatuhkan.”
Atas sebuah ugutan, dia terpaksa menyertai rancangan gila itu. Berhadapan dengan sembilan orang calon yang obsesi dengan si jutawan, apakah kesudahan nasibnya? Selamatkah dia dikelilingi Sally, Tengku Fathiah yang ternyata iri dengan kehadirannya? Mari selesaikannya dalam Calon Isteri Jutawan.
My commnet:
Menarik, bagaimana si kasanova berubah jadi baik dan kembali ke pangkal jalan. Tapi tujuan utama dia mencari isteri adalah kerana mahu memindahkan hartanya. Itu sahaj. then, dia jatuh cinta kepada isterinya.
Yang tak menariknya, ada musuh, kekasih lama si suami. Tapi, cepat benou matinya... hehhehe
Rate: 4/5
Maaflah.. x dapat nak koment byk2...
Assalamualaikum tuan blog. Alhamdullilah. Terima kasih di atas reviewnya. Insya-Allah akan diperbaiki lagi pada masa akan datang :)
ReplyDeletewassalam..
Deletethanks kerana sudi singgah...Peace!!!