18 May 2013

Cinta Hujan Panas - Emma Maizura






agak lama masa aku ambil habiskan novel ni. Sebab? bz dengan kerja yang tak pernah nak habis. maklumlah, bila jadi kuli ni kan.. asyik kena arah buat kerja itu ini jer. tapi, x perlah, kalo aku x der kerja, memang mengadap novel jerlah kerja aku. nasib baiklah ada weekend, so, bolehlah habiskan.. sebab x sabar nak baca koleksi Sunan.. dah naik berhabuk, asyik duk baca buku baru jer, buku sunan tu, x tahu bila nak khatam semua....

Buku ni, buku baru lagi. So ni sinopsis di bahagian belakang bukunya


Sinopsis

MIA ZARA, bukanlah model popular. Dia datang ke Kuala Lumpur untuk temu duga kerja setelah dipaksa keluarga angkatnya. Sebelum sempat ditemu duga, dia terpaksa menjadi isteri kepada lelaki yang dia benci demi maruah dirinya yang tercalar.
“Awak ingat kita suka sangat dengan perkahwinan ini? Kita buat ni demi maruah diri kita. Kalau apa-apa terjadi selepas peristiwa malam itu, nasib kita terjamin. Masyarakat tak pandang serong pada kita!”

Munif, cucu hartawan terkenal. Seorang yang kacak dan sukakan perempuan cantik dan seksi. Belum sempat menikmati zaman bujangnya, dia dipaksa berkahwin. Perkahwinan itu adalah satu kesilapan besar bagi dirinya. Bagaimana dia boleh terjebak dalam perangkap gadis itu? Dia yakin apa yang berlaku adalah muslihat gadis itu untuk menjerat dirinya. Untuk membalas dendam pada gadis itu, dia melancarkan ‘perang.’

“Kau jangan ingat senang-senang aku nak lepaskan kau! Kau jangan nak berlagak jadi puan besar pula! Kau mesti buat kerja dalam rumah ni. Mulai esok, kau mesti sediakan segala keperluan aku!”

Inilah kisah Mia Zara dan Munif. Rumah tangga yang dibina bagaikan kapal karam sebelum belayar. Namun, jodoh itu rahsia ALLAH, tiada siapa tahu apa akan terjadi.


memang, mulanya Munif(Anif) marah kepada Mia Zara (Zara) kerana baginya, memang gadis itu memerangkap dirinya. Namun apabila pecah rahsia sebenar, iaitu Zara merupakan cucu orang gaji yang pernah bekerja di rumahnya, Anif semakin sayang kepada Zara. Maklumlah, gadis itu bukan setakat cinta hatinya, malah bertindak sebagai penyelamatnya setiap kali dia dianiaya oleh kakaknya Hani.Perpisahan yang berlaki semasa berumur 12 tahun itu membuatkan mereka tidak kenal satu sama lain.

Bila Anif sudah tahu kebenaran, dia cuba untuk terus mendampingi dan menyayangi gadis itu. Tapi sayangnya, bila dia mendekati Zara, gadis itu masih lagi trauma akibat dirogol. Lalu dia membawa diri pulang kepada keluarga angkatnya di PD. atas bantuan ibu angkat Zara, hubungan mereka dijernihkan kembali dan Zara dapat menerima kehadiran Anif sebagai suaminya. 

Sayangnya dendam Hani tidak pernah padam. dia terus menganiaya Zara pula. Dan  lebih melukakan bila Anif telah terpengaruh dengan fitnah yang bertebaran. Namun, seperti biasa, kejahatan yang dibalas dengan kebaikan membuatkan orang yang jahat menjadi insaf.

happy ending.

Rate: 3/5


No comments:

Post a Comment