Arlina yang penuh misteri, itu yang Zarief rasa. Tapi bagi Hafif, siapa pun Arlina, wanita itu tetap istimewa di hatinya. Cuma, saat Arlina hadir sebagai isterinya, dia belum bersedia.
Dan ketika Arlina minta dilepaskan, dia akur.
“Abang pilih untuk penuhi permintaan Linn. Tapi Linn tak boleh paksa abang untuk lepaskan Linn dari hati abang....” Nafas Hafif tarik panjang.
“Someday, no matter how, I’ll find you.”
Arlina telan liur mendengar sumpah janji Hafif. Andai Hafif kembali, mahukah sekali lagi dia pertaruhkan hatinya pada lelaki ini?
Hafif yang penuh rahsia dan Zarief yang lebih banyak diam dari bersuara. Hafif yang pernah menjadi suami dan Zarief yang mahu menggantikan tempat adiknya.
“Alonggg...”
“Panggil saya Zarief. Jangan panggil Along lagi. Sebab panggilan tu akan mencipta jarak antara kita.” Zarief memintas.
Arlina terus terdiam.
“Atau, kalau nak mesra lagi, panggil sayang.”
Mampukah seorang Arlina membuat pilihan apabila yang disajikan di depan mata adalah dua lelaki yang lahir dari rahim yang sama?
Hidup ini bukan hanya tentang apa yang orang lain fikir dan apa yang orang lain mahukan. Tapi yang lebih penting dari itu, apa yang kita fikir dan kita mahu untuk diri sendiri.
Kalau ikutkan... novel ni dah lama. Februari 2017 dilahirkan. tapi, masa tu ML meamng teragak² nak beli. tung.. tang..tung tang... masa habis.. close order. biasalah bila jadi karya HF, semua jadi limited edition.
ML x faham kenapa Alina pilih untuk berkhawin dengan Hafif. Betul, Hafif selamatkan Alina dan Alina juga selamatkan Hafif. Itu x kisahlah. tapi, kenapa khawin, tapi sanggup ditinggalkan. di dalam rumah mertuanya, hanya orang tua tu sahaja suka pada Alina. Ya Allah, orang tua kan. Yang lain, memang benci. Apa ada dalam kepala Alina, sanggup duduk bersabar di situ, sedangkan tujuan asal perkhawinan mereka x tercapai.
ML tak pasti, cerita ni wujud dulu atau Tiada Arah Jodoh Kita (TAJK) wujud dulu. Sama jer konsep dia. Si abang ternampak heroin, jatuh cinta pandang pertama, tup-tup heroin kawen dgn adik hero. pastu si hero sakit hati, marah2... x nak bercakap. tapi hakikatnya ML tengok TAJK kat tv jer.. tu pun x tengok betul-betul. Lebih kurang jugak dengan cerita ni.
Bila Alina berkahwin dengan Zarief, of coz lah Zarief paling happy. Tapi kesian pula ML tengok Hafif. Kecewa teruk dia. bagai nak terjun bangunan. Overall .. oklah cerita ni.
Rate : 🌟🌟🌟
No comments:
Post a Comment