15 November 2020

Yang Kau Dustakan - Hani Fazuha

 


“Kenapa kau setuju, Zehra. Kau tahu aku cintakan Yana, kan?” – Haqeef.

“Aku tak diberi pilihan untuk tak setuju.” – Zehra.

Mereka saling kenal tetapi tidak saling cinta. Apabila tiba-tiba disuruh berkahwin, keadaan jadi huru-hara. Perang dunia tercetus.

“Berapa kau tuntut dari daddy aku untuk kau setuju kahwin dengan aku?”- Haqeef

“Kalau boleh aku nak tuntut seluruh harta keluarga kau. Tapi, itu aku belum buat lagi.”- Zehra

Berdepan dengan Zehra versi baru, stres Haqeef jadi berganda. Ditambah pula dengan kerenah orang ketiga.

“Antara aku dan Qeef, kau adalah orang ketiga, Zehra.” Liana.

“Kau jangan cakap kau tak tahu aku cintakan kau sejak dulu, Zehra.”- Haddie.

Tiba-tiba saja istilah orang ketiga jadi berkecamuk. Mereka semua bersahabat. Liana yang Haqeef cinta, tapi Zehra yang Haqeef kahwini. Haddie yang cintakan Zehra tapi Haqeef yang Zehra kahwini.

“Berapa Haddie bayar kau? Atau.. satu pakej nanti dia kutip kau jadi isteri dia bila kau tuntut cerai dari aku?” – Haqeef.

“Akan tiba masanya, kalau ada jodoh aku dengan dia, aku akan hantar kad jemputan pada kau.”- Zehra.

Pergaduhan tanpa henti, cemburu tanpa sedar. Apakah akhir perkahwinan mereka adalah perpisahan atau ada bahagia di penghujungnya? Atau... Mungkinkah di akhir cerita, Zehra akan jadi milik Haddie dan Haqeef menjadi milik Liana?

‘Haqeef...Pilihlah dia yang pandai memaafkan kamu walau sebesar mana pun silap kamu.’

‘Zehra... Pilihlah dia yang akan sentiasa ada dan akan memeluk kamu walau saat hati sedang kepanasan.’ 


Tak tahu kenapa, novel ni memang ML tunggu2. Tak seperti limited edition yang lain, ML memang kemaruk sangat dengan cerita ni.

Kisahnya biasa sahaja. cuma, ML agak suka dengan beku dan dingin sorang Zehra.

Zehra yang tiba-tiba akan dinikahkan dengan teman sepermainan yang dah lama terputus hubungan hanya kerana cinta monyet yang baru berputik. Setuju Zehra bersebab. setuju Zehra bukan kerana hati pernah sayang. Mau tak sayang oiii... kawan baik masa kecil tu. Suka duka pernah bersama. 

Masalah yang nyata, bila Zehra dituduh perempuan perampas, mata duitan. tapi ditetapkan juga hati. 

Kisah ni berjalan smooth sahaja. Haqeef yang tiba-tiba panas hati dengan sebab-sebab yg x menentu dari zaman sebelum khawin, hinggalah dah berkhawin. Cemburu tu tak pandai nak sorok langsung.

dalam tenangnya seorang Zehra, hati dia perlahan2 ditumbuk lumat.
tapi, saat rahsia terbongkar, Haqeef pula seperti mengalah. dan menyebabkan hati galau. masa inilah baru Haqeef sedar, siapa yang dia perlukan dlm hidup.

ML x berapa suka khabar gembira mereka disampaikan. macam x bersungguh dan x excited ... tp mungkin lain orang lain pendapat. Tapi ML agak puas hati dengan cerita ni.

Rasanya.. nilah LE yang ML rasa sangat berbaloi ditunggu.

 Rate : ðŸŒŸðŸŒŸðŸŒŸðŸŒŸ

No comments:

Post a Comment