Showing posts with label Idea Kreatif. Show all posts
Showing posts with label Idea Kreatif. Show all posts

22 March 2021

SCANDAL DEPAN RUMAH - HANI FAZUHA




Kembali semula ke daerah yang telah lama ditinggalkan, bermaksud kisah silam yang cuba dilupakan akan tersingkap kembali. Tapi demi ibu, Aina redah juga.

“Saya masih cintakan awak, Aina. Saya sanggup berpisah Maria.” – Fiqree

“Kau jangan nak buat dosa kering, scandal dengan laki orang.” - Zahran

Fiqree adalah kisah silam Aina. Lelaki kayangan anak jiran depan rumah. Dan Zahran pula, anak jiran sebelah rumah, lelaki yang tahu rahsia kisah cinta mereka.

“Abang ikut adat. Nak anak, kena minta izin dengan ibunya.” - Qalam

Mohd Qalam pula, anak penghulu kampung, jiran belakang rumah yang muncul menambah perisa. Hidup Aina terus jadi kucar-kacir. Tak cukup dengan itu, peristiwa paling buruk tiba-tiba melanda dirinya. Dan tanpa disangka, Zahran
hulurkan untuk membantu.

“Mak aku yang nak aku kahwin dengan kau.” - Zahran

“Yang nak hidup dengan aku tu, kau. Bukan mak kau.” - Aina

“Hidup jer la macam biasa. Tak mati pun kalau kau kahwin dengan aku.” - Zahran

Betul, memang tak mati pun kalau kahwin dengan Zahran. Tapi Aina boleh mati berdiri dengan mulut bisa lelaki itu.

Memilih Fiqree, bermaksud Aina akan digelar perampas seumur hidup. Memilih Qalam, bermaksud Aina akan hidup dengan menelan hati sendiri. Dan memilih Zahran, Aina mungkin akan sentiasa lari balik ke rumah ibu.

“Aku ni nampak macam anak mak sangat ke sampai kau fikir aku buat semua perkara sebab mak?” - Zahran

Di akhir cerita, hanya bahagia yang Aina mahu. Tapi siapakah sebenarnya yang mampu memberi bahagia itu?
 

15 November 2020

Yang Kau Dustakan - Hani Fazuha

 


“Kenapa kau setuju, Zehra. Kau tahu aku cintakan Yana, kan?” – Haqeef.

“Aku tak diberi pilihan untuk tak setuju.” – Zehra.

Mereka saling kenal tetapi tidak saling cinta. Apabila tiba-tiba disuruh berkahwin, keadaan jadi huru-hara. Perang dunia tercetus.

“Berapa kau tuntut dari daddy aku untuk kau setuju kahwin dengan aku?”- Haqeef

“Kalau boleh aku nak tuntut seluruh harta keluarga kau. Tapi, itu aku belum buat lagi.”- Zehra

Berdepan dengan Zehra versi baru, stres Haqeef jadi berganda. Ditambah pula dengan kerenah orang ketiga.

“Antara aku dan Qeef, kau adalah orang ketiga, Zehra.” Liana.

“Kau jangan cakap kau tak tahu aku cintakan kau sejak dulu, Zehra.”- Haddie.

Tiba-tiba saja istilah orang ketiga jadi berkecamuk. Mereka semua bersahabat. Liana yang Haqeef cinta, tapi Zehra yang Haqeef kahwini. Haddie yang cintakan Zehra tapi Haqeef yang Zehra kahwini.

“Berapa Haddie bayar kau? Atau.. satu pakej nanti dia kutip kau jadi isteri dia bila kau tuntut cerai dari aku?” – Haqeef.

“Akan tiba masanya, kalau ada jodoh aku dengan dia, aku akan hantar kad jemputan pada kau.”- Zehra.

Pergaduhan tanpa henti, cemburu tanpa sedar. Apakah akhir perkahwinan mereka adalah perpisahan atau ada bahagia di penghujungnya? Atau... Mungkinkah di akhir cerita, Zehra akan jadi milik Haddie dan Haqeef menjadi milik Liana?

‘Haqeef...Pilihlah dia yang pandai memaafkan kamu walau sebesar mana pun silap kamu.’

‘Zehra... Pilihlah dia yang akan sentiasa ada dan akan memeluk kamu walau saat hati sedang kepanasan.’ 

27 May 2020

Katakan Saja - Hani Fazuha



Pertemuan pertama mereka hanya sebab sekeping roti. Bagi Nur Azzahraa, roti itu sangat bermakna. Tapi bagi Tengku Khalief, ia hanya sekeping roti yang terjatuh dan terpijak.

“Ambil dompet ni, pergi beli kilang roti.” – Tengku Khalief.
Angkuh dan sombong plus cerewet, Tengku Khalief di anggap ‘VIP gila’ di resort tempat Azza bekerja. Dan kegilaan Tengku Khalief itulah yang telah mengubah hidup seorang Nur Azzahraa.

“Kenapa Tengku buat semua ni?” – Nur Azzahraa.
“Untuk halalkan yang haram.” –Tengku Khalief.
“Tapi, tak bermakna yang halal itu hanya untuk dilihat saja depan mata.” – Tengku Khalief.

Berkahwin dalam usia muda dengan lelaki yang baru dikenali beberapa hari, sesuatu yang agak tidak logik. Tetapi demi selamatkan maruah diri, Azza menurut. Dan menjadi isteri tanpa cinta, sangat mencabar buat Azza. Apatah lagi bila Tengku Khalief sudah ada wanita lain bernama Jazlin.

Dalam perasaan yang meragukan, dalam prasangka yang sering membunuh kepercayaan, Azza akur yang dia tak berhak untuk dapatkan apa-apa dari lelaki bergelar suami.

“Kejujuran tak semestinya akan buat kita nampak mulia di mata orang lain.” – Tengku Khalief.

Masalahnya, di mana mahu dicari kejujuran itu? Jika di hati,
Azza tahu dia pasti akan gagal mencari kerana hati Tengku Khalief bukan untuknya.

Persoalannya di sini, siapa sebenarnya yang ada di hati Tengku Khalief? Azza atau Jazlin? Jika bukan sebab cinta, apa sebenarnya yang mengikat Tengku Khalief dan Azza menjadi suami isteri?



20 March 2020

Masih Cinta - Farah Husain



Kerana Rayyan mengaku tak mampu terima Afzan dan masih cintakan Lily, pertunangan yang terjalin hasil desakan keluarga terputus. Afzan undur diri. Cinta yang wujud tanpa sedar dikuburkan dan dia bawa diri ke luar negara.

Lima tahun berlalu, Afzan pulang. Kedatangannya ke Pulau Langkawi menemukan dia semula dengan encik bekas tunang. Cumanya... Rayyan yang ada di hadapannya sekarang bukan lagi Rayyan yang dulu. Rayyan kini lebih matang dan lebih gentleman.

“Afzan, I nak you. I nak you jadi isteri I.” – Rayyan.

Oh! Afzan baru tahu, ‘cinta mati’ Rayya pada Lily sudah bertukar. Sudah jadi ‘cinta berkubur’. Mungkin Rayyan fikir, mengubat luka di hati Afzan itu semudah menyebut ABC.
Untuk kali kedua, kerana keluarga dan atas sebab cinta buat Rayyan masih tak mampu dipadamkan, Afzan beri peluang kedua yang Rayyan minta. Tapi, rupanya Lily itu tak pernah hilang dalam kisah hidup mereka berdua.

“She still wants you. Do you still want her?” – Afzan.
“Jangan nak mengarut boleh tak? I love you, Afzan. Only you!
Tolonglah percaya. – Rayyan.

Mampukah Rayyan meyakinkan hanya Afzan yang dia mahukan? Atau Afzan akan sekali lagi mengundur diri dan mengaku tewas di tangan Lily


19 December 2019

Yang Luar Biasa - Hani Fazuha




Tidur sekatil dengan tunang kakak sendiri?
Arissa tak pernah termimpi semua itu akan terjadi. Sejak Zhariz mengaku mencintai Ryana dan mereka ditunangkan dengan persetujuan keluarga, Arissa sudah sematkan dalam hati yang Zhariz itu hanya abang sepupu dan bakal abang iparnya.
Tapi, betul ke Zhariz dan Ryana bercinta? Kalau betul, kenapa fokus Zhariz lebih pada Arissa?
“Abang tak suka Rissa rapat dengan Adam Khalif.” – Zhariz
“Orang tak perlu tahu abang suka atau tak.” Arissa
Apa yang Arissa buat serba tak kena di mata Zhariz tapi peliknya, Zhariz tak pernah buka mulut tegur Ryana. Walhal, Ryana itu lebih teruk dari Arissa.
“Kenapa abang nak sibuk pasal orang?” - Arissa
“Sebab ‘orang’ tu yang abang nak jadikan isteri.” – Zhariz
Bertunang dengan kakak tapi nak adik jadi isteri? Itu semua tak logik buat Arissa. Tapi mana Arissa sangka yang Zhariz akan kotakan apa yang dikata? Kegilaan Zhariz buat Arissa mahu lari ke hujung dunia dan Adam Khalif tempat dia sandarkan harapan.
Tapi, mampukah Arissa lari dari Zhariz? Jika hati keluarga yang diambil kira, dia harus memilih Adam. Tapi jika hati sendiri yang mahu dijaga, dia perlu lari bersama Zhariz.
Mana satu yang akan Arissa pilih?

12 August 2019

Dear Sam - Emy Roberto




SAM dan BELLA. Perkahwinan yang diatur keluarga membuahkan rasa cinta dan sayang diantara mereka berdua. Kehadiran Ara, anak comel yang dianugerahkan Tuhan menjadi penyeri rumah tangga.
Bagi Sam, Bella masih sama macam dulu. Bella yang bubbly. Bella yamg sentiasa minta dipuji. Bella yang menjadi cinta terakhir dan sentiasa tetap di hati.

"Siapa perempuan yang paling saya cinta?" Sam belai rambut Bella.
"Nabila Hussein." Yang ni Bella memang yakin habis. Jawapannya itu buat Sam senyum sampai telinga.
"Siapa yang masih sayangkan saya walaupun kena marah sampai nangis?"
"Nabila Hussein." Bella jawab lagi. Kali ini dia mencebik. Saja Sam nak pancing perasaaan dia yang merajuk tadi.

Gembira yang diukir bersama dan cinta yag ingin disemai sampai bila-bila teruji dek kisah silam Sam yang kembali menghantui.

"Selagi kau tak mati, aku tak tenang Nabila." -Susan

Bella jadi lemah bila nyawa menjadi taruhan Susan. Malah hatinya mula tergores bila kisah lama Sam diungkit semula dan menguji rasa cinta yang mendalam.

"Why is your past still clinging around us?" -Bella
"Saya cintakan awak sampai bila-bila, Bella." -Sam

Mampukah Bella mempertahankan mahligai cinta yang dibina bersama suami tercinta? Dan adakah cinta lama Sam bersama Susan yang dikatakan telah mati akan kembali berputik?


06 May 2019

Berikan Kesempatan - Hani Fazuha


Bagi Humaira, Luna adalah segalanya. Adiknya itulah satu-satunya darah daging yang dia ada. Kerana itu, dia sanggup lakukan apa saja untuk memenuhi impian si adik walaupun terpaksa menjadi orang gaji.

“Kalau awak kahwin dengan saya, semua urusan adik awak sambung belajar saya akan tanggung.”- Tuan Rafeq.

Tawaran majikannya kedengaran tidak logik tetapi Humaira terpaksa berfikir banyak kali demi kasihnya pada seorang adik.

“Tuan nak kahwin dengan saya sebab apa sebenarnya?” – Humaira.
“Sebab papa saya yang nak. Senang untuk awak jaga dia.”- Tuan Rafeq.

Misi mereka berbeza tetapi tujuannya tetap sama. Sebuah perkahwinan. Humaira bersetuju tetapi perkahwinan mereka perlu dirahsiakan.

“Malam ni tidur bilik saya lagi!” - Tuan Rafeq.
“Eh! Tak boleh, nanti apa saya nak jawab dengan Luna dan Kak Yah?”- Humaira

Kenapa perkahwinan mereka perlu dirahsiakan sedangkan tiada siapa pun yang menghalang? Apa akan jadi bila Humaira rasa dia sudah tidak diperlukan oleh Tuan Rafeq dan pergi membawa diri?

“Saya tak akan lepaskan awak, Humaira. Ke hujung dunia pun awak lari, tetap awak bawa status sebagai isteri saya.” – Tuan Rafeq

20 February 2019

Kirimkan Rindu - Hani Fazuha


Bertahun bercinta dan bertunang dengan Hadi, tiba-tiba dia perlu menjadi isteri Tuan Assad. Musibah apakah ini? Tapi demi diri sendiri, Khayra harus akur.


"Today is a day to remember, K." Tuan Assad

Bermula pada hari dia rasmi sebagai isteri, tiada jalan lagi untuk kembali pada Hadi. Namun, banyak persoalan yang timbul. Siapa sebenarnya Tuan Assad? Kenapa lelaki itu berkeras mahukan dia sebagai isteri? Dan kenapa pula hubungan mereka perlu dirahsiakan?

"You tak nak jumpa keluarga I?" Aku ajukan soalan dan tanpa diduga, Tuan Assad geleng kepala. Maknanya, TAK MAHU! Telus sungguh jawapannya. Tak bolehkah dia berbohong memberi alasan untuk tidak melukakan?

Yang paling Khayra tak faham ialah hati sendiri. Dia bebas untuk pergi jauh dari Tuan Assad tetapi peliknya, dia tetap di situ.

"Lelaki spesies Tuan Assad ni, sangat rare. Kalau kau lepas dia, kau rugi" - Wana

"Masalahnya bukan aku, tapi dia yang akan lepaskan aku bila-bila yang dia suka. Sebabnya, dia dah ada Suri." - Khayra

Siapa sebenarnya Maisuri yang disebut sebagai 'suri hati' Tuan Assad?

Perkahwinan ini, bukan kerana cinta. Tapi benarkah Khayra adalah mangsa untuk melampias sebuh dendam antara dua keluarga?

11 June 2018

Seperti Yang Dinanti - Farah Husain

Bertemu semula dengan Luqman Ghazi selepas bertahun tidak bersua muka adalah perkara terakhir yang ada dalam fikiran Riana Ali. Tapi nak tak nak, dia kena juga hadap walaupun Ghazi sekarang ini tak berapa nak ‘sama’ dengan Ghazi yang dinikahi dulu.


“Why did we got married in the first place?” - Ghazi
“Err… because we were crazy in love with each other?” - Riana



Mereka berkahwin kerana saling cintai-mencintai. Tapi yang Ghazi pelik, kenapa mereka tak macam orang tengah ‘crazy in love’ pun. Selangkah dia mendekat, sepuluh kaki Riana ke belakang!


“Eh! Awak nak buat apa?” - Riana
“Lelaki dan perempuan. Suami dan isteri. Bila dah berdua macam ini, awak rasa saya nak buat apa?” Ghazi.



Sikap Riana yang macam iklim dunia tak menentu itu betul-betul buat Ghazi bingung. Sekejap hangat, sekejap dingin dan sekejap pula cerah, lepas tu mendung. Puas dia cuba tebak, namun gagal.


Yang Ghazi tak tahu, memang Riana cintakan encik suami sepenuh hati. Dan kerana cinta, dia takut untuk serahkan segalanya pada Ghazi. Sebab antara mereka, ada satu rahsia. Rahsia yang kalau terbongkar, boleh musnahkan kebahagian yang sedang mereka lalui sekarang.


“Love is all about taking risk. Kalau tak cuba, mana nak tahu. Lebih baik ambil risiko dan alami kegagalan, daripada hanya duduk tak buat apa-apa dan seumur hidup terus tertanya-tanya.”


Beranikah Riana jujur pada hati sendiri atau selamanya dia akan memendam rasa dan kehilangan lelaki yang dicintai

09 June 2018

Maaf Tak Indah - Emy Roberto

Perkahwinan mereka yang bahagia selama ini tiba-tiba berubah apabila Syazan disahkan mengandung. Baru mereka sedar rupanya keinginan masing-masing berbeza. Syazan tak mahukan anak tapi, Raimie sangat mahukannya. Tindakan Syazan menyebabkan mereka hampir kehilangan anak yang dikandung. Dan apabila dia mula sedar, waktunya sudah terlewat. Dia kehilangan semuanya. Bahagia mereka musnah sekelip mata. Raimie pergi membawa anak mereka. 

Lima tahun berlalu..
Pertemuan semula antara mereka menyentuh memori lama. Rindu pada si anak bagai membunuh Syazan. 
"Saya nak jumpanAdam."-Syazan.
"Temankan saya untuk satu malam. How bout that?"-Raimie.
Syazan tahu permintaannya mungkin sangat mustahil untuk ditunaikan oleh Raimie. Malah keadaan menjadi semakin rumit bila rahsia yang disimpan bertahun lama diketahui oleh lelaki itu. 
"Kalau saya diberi peluang untuk ubah jalan cerita kita, saya pasti akan ubah supaya kita sama-sama tidak terluka."-Syazan
Apa sebenarnya yang Syazan sembunyikan dari pengetahuan Raimie? Adakah Ikatan yang terlerai akan bersambung kembali?


05 May 2018

Mungkin Hanya Mimpi- Hani Fazuha



“Katakan kita lakukan ini bersebab.” Deanna Helena

“Kau tak jijik ke nak kahwin dengan aku?” – Zafriel Amza
Memujuk Zafriel untuk mengahwininya, nampak sangat mudah tapi tak siapa tahu cerita sebenar hidup seorang Deanna. Beku seorang Zafriel sangat mencabar emosinya.
“Dah bisu, layaklah apply kad OKU.” – Deanna.

“Orang OKU ni, ada nafsu. Jangan sesekali cuba provok kalau tak nak aku tuntut hak yang akan menyakitkan kau.” - Zafriel
Lelah memujuk Zafriel untuk reda dengan ketentuan jodoh, Deanna beralih pada Haqeem, lawyer terkenal yang sudi mendengar setiap keluh resahnya.

“I akan sentiasa ada untuk you, D.” - Haqeem

Dan ruang makin besar dengan kehadiran Azalya, kakak tiri Deanna. Apa yang sudah sedia rapuh akhirnya runtuh. Lebih-lebih lagi bila orang yang mahukan mereka bersatu sudah pergi menghadap Ilahi.
“Kalau mama aku boleh dapatkan papa kau, aku juga boleh dapatkan Zafriel.” – Azalya

“Walau sudah terputus, masih ada peluang untuk kita ikat kembali, D.” – Zafriel
“Tak salah untuk beri peluang pada kita, D. I mampu bahagiakan you.” Haqeem

Untuk Deanna, dia tidak mahu hanya bermimpi tentang bahagia. Dia mahukan bahagia yang hakiki. Dan adakah mungkin bahagianya ada pada Haqeem? Atau yang sebenarnya, Zafriel yang simpan bahagia itu? Menerima Haqeem atau memberi peluang sekali lagi buat Zafriel, mana satu yang akan Deanna pilih?



12 February 2018

Mungkin Bukan AKu - Hani Fazuha




“YA! Zara curang.” Pengakuan si isteri buat Harraz terkaku. Kenapa Zara sanggup lakukan ini? Bukankah rumah tangga mereka sedang bahagia? Apa lebihnya Zill berbanding dirinya?



Jawapan pada persoalan itu hanya ada pada Zara. Tapi apabila Zara memilih untuk membisu, apa pilihan yang Harraz ada? 



“I tak akan ‘lepaskan’ you. Tapi I tak mahu you muncul depan I.” – Harraz
“Aku bukan mahu jadi perosak, Zara. Tapi, aku tak sanggup tengok kau menderita.” – Zill

Dulu....Harraz dan Zill, dua sahabat yang sangat mencintai Zara tapi, mereka tetap kekal sebagai sahabat walau Zara memilih Harraz. Kini... dua sahabat bagai bermusuh. Dan kali ini Zara tidak memilih sesiapa.

Sekian lama terpisah, mereka ditemukan kembali dengan kebetulan yang menyakitkan. Zara perlukan duit dan Harraz hulurkan bantuan bersyarat. 

“One night stand with me, duit 100k tu akan jadi milik you.” – Harraz.

Apakah itu nilai seorang Zara di mata Harraz? Kalau ikutkan, Zill mampu bayar lebih jika Zara mahu. Tapi masalahnya, Zara tidak mahu membuat pilihan. Dan Zara juga tidak mahu berterus terang. 

Kisah silam yang menyakitkan itu, apakah ianya benar-benar berlaku? Antara Harraz dan Zill, siapa sebenarnya yang lebih layak untuk menggenggam hati Zara? 


22 October 2017

TITIAN CINTA -RIDHYA IMAN

TITIAN CINTA - RIDHYA IMAN

Dulu, dia pernah dihalau bagai kucing kurap oleh suami sendiri. Kini, setelah empat tahun membawa diri di bumi asing, ‘Aisy pulang dengan nekad mahu menuntut janji yang pernah dilafazkan oleh sang suami. Namun, tatkala bertemu, lain pula yang terjadi.

“Tak baik seorang isteri menipu suaminya sendiri. Berdosa..” – Harris

“Minta maaf Encik Umayr Harris Tan Sri Hakim. Saya bukan lagi isteri sesiapa.” – ‘Aisy

“Dan untuk pengetahuan Puan Rahadatul ‘Aisy Hilmi, talak berada di tangan suami. Seingat akal abang yang masih waras ini, abang tak pernah ceraikan ‘Aisy.” – Harris

Kepulangan ‘Aisy memang dinanti Harris. Dia ingin menebus khilafnya. Kerana cemburu, dia sanggup menghina isteri sendiri. Kerana gagal mengawal baran, dia tegar menyakiti tubuh isteri dengan tangan sendiri. Kini, dia mahu menebus semuanya.

“Saya tak cukup baik nak maafkan awak, Harris. Kembali hidup dengan awak, that's the last thing I will do.” – Aisy

Pun begitu, kesungguhan dan kesabaran Harris meladeni setiap onar yang sengaja diciptanya membuatkan tekad ‘Aisy semakin goyah. Penerimaan Harris terhadap kekurangan dirinya buatkan ‘Aisy akur pada jodoh dan ketentuan Ilahi.

Saat bahagia menjelma, mendung datang lagi. Kemunculan Rayyan, lelaki tampan bermata hazel membuatkan Harris dihambat rasa cemburu yang tak bertepi.

Siapakah Rayyan sebenarnya di hati ‘Aisy? Akankah bahagia menjadi milik mereka nanti? Mampukah titian cinta mereka yang sudah retak menanti belah itu dicantum kembali? Atau, mungkinkah Rayyan layak menjadi pengganti?


11 October 2017

Aku Sanggup - Hani Fazuha



Hidup ini ujian. Dan ujian paling hebat buat Adiya adalah ketika kehilangan suami di hari pertama bergelar isteri. Dia reda. Tapi, munculnya Ziyaad dengan tiba-tiba, buat redanya hanyut. 


Bagaimanakah dia boleh lupakan Akif jika Ziyaad sering buatkan dia teringatkan bekas suaminya itu? Ziyaad itu bekas adik iparnya, yang muncul dengan bayangan penuh kebencian. Yang menuduh dia sebagai pembunuh dan kaki kikis. Tapi bila sekali lagi dia dihadapkan dengan ujian, Ziyaad tiba-tiba menghulur tangan. 

“Persoalannya, kenapa Encik Ziyaad tiba-tiba nak kahwin dengan I sedangkan selama ini encik sangat bencikan I?”
"I tawarkan diri tanpa syarat, Adiya. Dan you kena percaya, peluang yang baik kadangkalanya akan datang dalam bentuk yang tak baik." 

Apakah benar perkahwinan mereka adalah peluang yang baik didatangkan dalam bentuk yang tak baik? Atau mungkinkah ini ujian berganda buat Adiya? 

“I yang peluk you tapi nama dia yang you sebut.” Berbisa ayat Ziyaad bagai racun masuk ke hati Adiya. 

Akan tergantikah cinta di hati Adiya untuk lelaki bergelar suami sedangkan dia melihat Ziyaad itu sebagai ancaman yang menakutkan?


22 June 2017

Kutunggu Dudamu - Emy Reberto


Dara hilang arah apabila tiba-tiba Aladin mahu mereka berpisah sedangkan cinta mereka sedang berada di kemuncak bahagia.

“Apa salah I, Al?” - Dara
“You tak salah apa-apa, Dara. Cuma jodoh kita tak ada.” - Aladin

Rupanya, Aladin sudah mengahwini Sasha. Sangat menyakitkan kerana Sasha itu adalah sahabatnya sendiri. Sahabat yang menikamnya dari belakang.
Bertahun berlalu, Dara tak pernah menyangka dia akan bertemu lagi dengan Aladin dan Sasha. Rumah yang baru dibelinya, berjiran dengan mereka. Dan berlakulah ‘perang jiran tetangga’

“I punya suka lah. Kalau tak suka blah. Pindah rumah. Senang cerita.” -Sasha
“Tengoklah siapa pindah dulu.” - Dara
“A bitch is always a bitch.” - Sasha
“Tak payah goyah lah kalau betul Al cintakan kau. Tapi kalau dia berpaling pada aku, bermaksud kau tak cukup baik untuk dia.” – Dara

Betul ke Sasha tak cukup baik buat Aladin? Hanya Aladin yang mampu menjawabnya. Dan Dara, kenapa masih sendiri jika sudah mampu melepaskan cintanya?
 



19 May 2017

Dear Bella - Emy Roberto




Berkahwin atas aturan keluarga tanpa rasa cinta,


Sam kata : Bella yang bubbly, Bella yang sentiasa minta dipuji, Bella yang happy go lucky...

Bella kata: Sam yang anticlockwise, Sam yang rajin dan sangat kemas, Sam yang bersemangat tinggi...


Tapi, mereka terima kelemahan masing-masing dengan hati terbuka. Walau tanpa cinta, hidup tetap bahagia sehingga munculnya Susan, bekas kekasih Sam.



“Minah mangkuk hayung tu buat apa dengan awak tengah hari tadi?” Bella berani bertanya. Kan Sam kata bincang satu-satu, so dia bagi soalan direct tak pusing kiri kanan.

“Bella! Never call people with such name! Kurang ajar tahu tak?”
Say what? Bella macam tak percaya.
“Me? Kurang ajar?” Jari telunjuk Bella singgah di dada sendiri.
“Minah tu lagi kurang ajarlah, Sam. Kacau rumah tangga orang. Kacau hidup....”

“Bella! Stop it!”

Bella terdiam. Tangan kanan Sam sudah naik tinggal nak singgah di pipinya.



Bella sedar sang suami tak pernah percaya pada cinta dan hubungan mereka berdua hanyalah semata-mata untuk saling memahami dan memerlukan. Dan Susan pula bertindak memburukkan keadaan.



“Kesian kalau jadi isteri yang tak dicintai. I rather be his mistress than becoming his unfortunate wife.” - Susan



Mampukah Bella membuka pintu hati Sam untuk jatuh cinta
padanya? Atau, mungkinkah Sam akan memilih bekas kekasih berbanding isteri sendiri?

‘Dear Bella, God won’t put you into something that you can’t handle.’ 



16 May 2017

Hey, Mister! - Farah Husain




 “Lena? Budak montel kuat makan tu kau kata cute? Kalau kau tak buta, mesti ada something wrong dengan otak kau sampai kau boleh cakap macam tu.” - Aali Azfar.



Lima belas tahun dahulu, Aali Azfar pernah buat hati Lena Qistina terluka. Dan kerana itu, Lena tekad mahu melupakan terus kewujudan lelaki itu. 


Tapi, percaturan takdir menemukan mereka kembali. Tekad Lena mulai goyah apabila Aali berterusan ‘mengusik’ hatinya. Makin dia ‘menolak’, makin Aali ‘mendekat’.

“L is Lena. Lena is Lovely. L is love. And love is... you!” - Aali Azfar.
“Ya Allah, saka bengong dia dah menurun!” - Lena Qistina.

Namun, yang disimpan dalam hati, tetap kekal di situ. Permohonan maaf serta pujuk rayu Aali, Lena buat tak endah.

Kerana ego, Aali ambil keputusan untuk tidak peduli. Tapi kerana ego jugalah, hati dia sakit sendiri. Lena boleh senyum dengan Amer. Lena boleh ketawa dengan Naim. Lena nampak gembira dengan Helmi. Tapi dia? Jadi penonton di tepi, makan hati!

Sanggupkah Aali rendahkan ego untuk dapatkan Lena Qistina sekali gus mendapat kemaafan gadis itu? Dan dapatkah Lena Qistina lupakan khilaf Aali Afzar untuk mulakan kisah baru antara mereka?



31 May 2016

Yang Aku Cinta - Farah Husain & Anna Lee

Yang Aku Cinta - Farah Husain & Anna Lee



DEAR CINTA 2.0

Hidup Tasneem dan Ariff sudah berakhir dengan frasa ‘dan mereka hidup bahagia selamanya.’

Namun, perjalanan menuju ke destinasi hingga wujudnya Ahmad Faris tak semudah kisah fairy-tales. Banyak ujian melanda. Berkali-kali hati teruji. 
Hampir sahaja kedua-duanya tersungkur. Tapi, bak kata Ariff Hakimi, kun fa ya kun. If it’s meant to be, then it’s meant to be.

BUKAN AWAK TAPI DIA

Mana mungkin Dian cintakan si pemilik suara serak-serak basah itu jika hatinya sudah jatuh pada Hadif, teman sekampungnya.

Mana mungkin Nadeem cintakan si tukang jahit yang mulut tak ada insuran itu jika dari awal lagi hatinya sudah ditakluk oleh Balqis, model terkenal.

Namun melalui satu program reality tv keduanya ditemukan. Misi kedua-duanya sama, ingin memasuki program itu semata-mata ingin mendapat perhatian dari pilihan hati masing-masing yang endah tak endah saja kepada mereka. Tetapi, lain yang dirancang, lain pula yang terjadi.

Mampukah Nadeem dan Dian miliki apa yang mereka inginkan? Mampukah hubungan keruh Dian dan Nadeem dijernihkan?

20 May 2016

Lelaki Pilihan Terakhir - Hani Fazuha

Lelaki Pilihan Terakhir - Hani Fazuha


Cinta buat Airis Safiya satu kepastian, bukan kepalsuan. Tapi, kenapa Aakif Hudzairi tak pernah mahu faham? Kenapa Adif Hakimi tak pernah mahu mengerti? Dan kenapa Farid Adam juga tidak mahu menerima kenyataan?

Bukankah jodoh itu rahsia DIA? Ada dalam setiap lipatan takdir manusia. Tapi kenapa mahu bersengketa sesama sendiri hanya kerana tiada jodoh yang tertulis antara mereka?

Hud yang beku. Adif yang gentlemant dan Farid yang suka bertindak di luar jangkaan. Ada ikatan persaudaraan sesama mereka dan kebetulannya, mereka suka wanita yang sama.

11 May 2016

Chinta Unlimited - Farah Husain

Chinta Unlimited - Farah Husain



Azrul Redza dan Nur Amani. Cinta terbit saat kali pertama mereka bertemu. Tapi semuanya musnah dek salah faham. 

“I ingatkan you ni berbeza. Rupa-rupanya, you’re as cheap as them...” – Azrul.
“You hold a mean grudge, Encik Azrul.” – Nani.
“Ya, kalau melibatkan soal hati dan perasaan, memang I berdendam!- Azrul.

Takdir tertulis, ada pertemuan seterusnya buat mereka. Mulanya Azrul berniat membalas dendam. Tapi, kalau memang jenis tak pernah buat kerja jahat, hatinya jadi tak tergamak. Sudahnya, dia ‘lepaskan’ sahaja Nani. Ingatkan selepas itu, hati akan lega. Tapi rupanya makin kacau dengan kehadiran Aaron.

“Dah awak dengan dia tak ada apa-apa. Tak salah saya ambil peluang kan? – Aaron.

Nani juga jadi serabut. Dia tak mahu berpaling pada Azrul tetapi dia juga tak mahu beri harapan pada Aaron. Hingga sampai satu tahap, dia terpaksa memilih Azrul untuk mendapatkan bantuan. Cumanya, bantuan Azrul bukan datang percuma! Ada terma dan syaratnya.