22 March 2021

SCANDAL DEPAN RUMAH - HANI FAZUHA




Kembali semula ke daerah yang telah lama ditinggalkan, bermaksud kisah silam yang cuba dilupakan akan tersingkap kembali. Tapi demi ibu, Aina redah juga.

“Saya masih cintakan awak, Aina. Saya sanggup berpisah Maria.” – Fiqree

“Kau jangan nak buat dosa kering, scandal dengan laki orang.” - Zahran

Fiqree adalah kisah silam Aina. Lelaki kayangan anak jiran depan rumah. Dan Zahran pula, anak jiran sebelah rumah, lelaki yang tahu rahsia kisah cinta mereka.

“Abang ikut adat. Nak anak, kena minta izin dengan ibunya.” - Qalam

Mohd Qalam pula, anak penghulu kampung, jiran belakang rumah yang muncul menambah perisa. Hidup Aina terus jadi kucar-kacir. Tak cukup dengan itu, peristiwa paling buruk tiba-tiba melanda dirinya. Dan tanpa disangka, Zahran
hulurkan untuk membantu.

“Mak aku yang nak aku kahwin dengan kau.” - Zahran

“Yang nak hidup dengan aku tu, kau. Bukan mak kau.” - Aina

“Hidup jer la macam biasa. Tak mati pun kalau kau kahwin dengan aku.” - Zahran

Betul, memang tak mati pun kalau kahwin dengan Zahran. Tapi Aina boleh mati berdiri dengan mulut bisa lelaki itu.

Memilih Fiqree, bermaksud Aina akan digelar perampas seumur hidup. Memilih Qalam, bermaksud Aina akan hidup dengan menelan hati sendiri. Dan memilih Zahran, Aina mungkin akan sentiasa lari balik ke rumah ibu.

“Aku ni nampak macam anak mak sangat ke sampai kau fikir aku buat semua perkara sebab mak?” - Zahran

Di akhir cerita, hanya bahagia yang Aina mahu. Tapi siapakah sebenarnya yang mampu memberi bahagia itu?
 

Seperti biasa, naskah LE yang menjadi rebutan ramai... tentulah karya KAK HANI. kenapa ML suka karya HF walaupun berstatus LE? kalau korang perasan.. kalau perasanlah... hahhahah,, ML sebenarnya kot yg perasan... hahhaha.. perasan ada yg follow ML ...kalau korang perasanlah.. ML x pernah review novel penulis-penulis tertentu.. penulis under ground... 

1. sbb ML takut kecewa.. hahhaha.. susah tau nak bg ML ni percaya kat karya seseorang... kalau dah suka jadi BIAS jugak... hahhaha.. nantilah ML cari sorang penulis under ground yg boleh gegarkan perasaan ML yer... x pun koranglah bg cadangan... penulis mana..

2.Rasa rugi sesangat kalau beli novel mahal.. tapi cerita hampeh.... kalo komen lebih2... penulis sentap pula... bila pulak ku nak mintak maaf sbb sakitkan hati penulis... hanya mampu "maaf.. andai kau terluka, maafku tak segaja ".. gitu sajer

Eh... balik pada asal pokok dulu.. dah jauh melalut ni... ni Sebab apa ML suka karya HF.. sebab santai.. ringan...pastu korang akan senyum jer.. sampai kena tegurlah.. naper senyum-senyummm... hahhaha.. dan jawapan dia.. senyumlah sebab terbayang... hahahhaha... melalut!!Naskah kali ni, ML tak berapa teruja nak baca. duk usung ke hulu ke hilir beberapa hari baru habis. Kalau naskah HF yang lain.. satu hari sahaja.

Orang yang paling ML suka dalam kisah ni haruslah Mak Leha. Kalau bukak mulut jer.. makan dalam weh... tapi dapat anak mcm Zahran yg kayu tu, apa ade kisah. Mak dia kata apa pun.. jenis x de perasaan sungguh.

ML suka Zahran. Tapi nak tanya, kereta berderet yg x pernah bawak keluar jenjalan tu buat apa? buat tukun. Bilik dia ML rasa hebat giler.. bilalah nak buat rumah hebat macam tu. Zahran ni, boleh lah jadi watak teruna idaman. kayu dia, straight to the point punya orang . selamba jer dia sound Fatimah.
Tapi  maaf... Zahran bukan watak hero kegemaran ML.. hehheh... biasalah ML suka hero yg giler-giler sikit. dan Zahran x cukup giler bg ML.

ML tak suka watak Aina. Korang nak kata ML dengki pun.. katalah... tapi sebab watak dia  macam tu ML x suka. Apa yang ML tak suka.Ramai benarnya suka kat dia. Zahran of coz... Fiqree.. cinta mati tu... Qalam, dan Huzair, bakal penganti yang akan dipaksa kawen dengan Aina.. haih.. biasa baca heroin yang jadi rebutan ramai ni..kalau naskah BBNU jer.. jarang jumpa naskah penulis matang heroin jadi rebutan ramai. ke ML dah terlalu melilih penulis. hanya baca karya penulis tertentu.. dan seakan tersekat pengetahuan ??? may be.

Seperti biasa... bacaan tidak sesuai untuk anak-anak bawah umur. Dan naskah kali ni mcmbanyak sangat kat hani oiiii...samapai terpikir.. amboi ko Zahran.. mmg lepas geram sgt tu.. lama memendam rasa eh...

Rate:🌟🌟🌟🌟
ML2021

No comments:

Post a Comment