Menjadi seorang Fatihah Nabila bukan mudah. Dicurangi Ayden Aqashah benar-benar memberi tamparan hebat dalam meniti usia dewasanya. Namun, siapa sangka di kala dia mahu menjauhi lelaki itu, takdir seakan menolaknya rapat pada Aidid Aqashah, kembar seiras Ayden pula. Bekerja sebagai caretaker mama Aidid dan Ayden, Datin Mahani benar-benar membuatkan hidupnya seperti menaiki roller coaster. Tunggang-langgang!
Ayden sering merayu untuk kembali manakala Aidid sentiasa dingin dan mencari salahnya. Keadaan di vila bertambah kacau-bilau apabila Clown 13, badut pembunuh yang berbahaya kembali memburu Datin Mahani yang sedang terlantar sakit. Tanpa diduga ada rahsia yang tersimpan bersama dendam kesumat yang bergumpal kusut.
Satu kejadian hitam benar-benar memberi tamparan hebat dalam hidup Tia. Ketika jiwa gadis itu hampir mati, Aidid muncul membawa harapan.
“Aku akan bertanggung jawab ke atas kesalahan yang Ayden lakukan pada kau. Be my wife and I’ll protect you till my last breath, Tia...” -Aidid-
Siapa saja yang mampu menentang jodoh yang telah lama tertulis di lohmahfuz? Namun, berjayakah pernikahan ini tika keraguan menghuni fikir pabila Aidid mahu merahsiakannya untuk sementara waktu? Apatah lagi sayugia menyedari Maya Nysa, gadis pilihan keluarga Aidid masih terkejar-kejarkan lelaki itu.
“Hidden truths are unspoken lies, Tuan Aidid... no matter how careful we are, we will get caught.” -Aidid
“Don’t you trust me, Tia? Aku tak main-main dengan kau. Please... trust me. Ada sebab yang sangat besar kenapa aku sembunyikan pernikahan ni.” -Aidi
Cinta yang mengasyikkan itu tetap tersulam indah biarpun pelbagai rintangan yang menerjah. Tika leka diulit bahagia, sekelip alpa hampir memisahkan nyawa.
“Penantian ini sangat panjang Tia... abang hampir hilang Tia pada Ayden dan kali ini abang akan pastikan yang abang tak akan hilang Tia lagi. Untuk selama-lamanya.” -Aidid-
“Terima kasih sebab cintakan Tia. Honestly, I think I’ve fallen for you too...” -Tia-
Suratannya, rahsia demi rahsia terungkap dan identiti seorang demi seorang pengkhianat terbongkar.
Selama mana hubungan mereka dapat bertahan kerana menurut badut berbahaya itu, hutang nyawa bayarannya juga nyawa
Finally... selepas 2 tahun...akhirnya dapat berjumpa dengan Tia dan Aidid. Kenapa 2 tahun? Sebab covid-19. Sepatutnya naskah ni mucul di PBKL 2020( around Jun kalau x silap) tapi... sebab covid bulan Mac, So... SR decide untuk peram buku ni bersama terperuknya kita kat Malaysia kerana PKP. Bukan apa.. jangan lah salah faham. SR biasa akan turun ke Malaysia buat promo setiap novelnya. dah PBKL x jadi, so SR hold dulu.
PBKL 2022 on May, ingatkan dah boleh peluk... ghupernya .. yilek jugak. kecewa sungguh. Dan ... Ogos 2022, barulah Aidid release ... jumpa peminat2 nya.. huh.. dekat shopee.. sold out kejap jer.. hari yg sama kalau x silap... frust lah ML... then bila masuk kat POPULAR, terus ajak driver ML gi POPULAR terpilih nak dapatkan naskah ni. Bila tengok.. halah halah halallll... tebal sangat tu.. nak usung satu hal.. satu hal lagi.. takutnya nak belek... dah macam kamus tu.. takut terkoyak ....hishkkk... seriau...
Oklah done membebel. jom.. kita terjah review naskah ni... PERINGATAN!PERINGATAN!PERINGATAN! Ini hanyalah pendapat peribadi ML dari sudut pembacaan dan pemahaman serta imiginasi ML sendiri. Tiada kena mengena dengan imiginasi, citarasa dan pendapat orang lain.So sila abaikan jika anda rasa citarasa korang x sama dengan cita rasa ML
Kisah bermula zaman persekolahan... eh... semester terakhir Tia di universiti. Bila dicurangi kekasih hati, Ayden Aqashah, Tia jadi trauma. Maklumlah ...cinta pertama. Akhirnya dia bawa diri dan jauhkan diri dari sang kekasih, walaupun si lelaki cuba memujuk dan merayu.
Ditakdirkan, Tia perlu menggantikan si adik untuk bekerja sebagai caretaker di kediaman seorang Dato', maka bermulalah kehidupan Tia yang sedikit haru hara apabila dia berjumpa kembali mamat beku, Aidid Aqashah yang dia tersalah marah, tersalah hukum. Semasa insiden kecurangan sang kekasih, mamat beku ni ada di situ. Macam mana boleh tersalah, sebab rupanya sama. Ya, sama rupa...segala-galanya sama.. tapi, bila Tia pandang betul-betul, dia boleh bezakan kedua mereka.
Di kediaman Aidid, seorang penyelia kediaman tersebut... Kak Mun. Entahlah... ML duk bayang arwah Adibah Noor. Dari dulu, masa membaca naskah ni di blog lagi, ML duk bayang Kak Mun ni beliau. Macam sesuai sangat. Kak Mun ni, kaki bodek Maya Nysa. Kebanyakan pekerja kediaman Dato' Aziz ni, tak suka Kak Mun. kenapa? korang kena baca sendiri.
ishkkk.. malaslah buat review.. , ML buat summery jerlah ya,,,
1. MELERET. bagi ML naskah ni agak meleret. ML lebih suka versi blog lagi.
2. Watak Wawa dan Dini muncul lambat. ML lebih gemar versi raw di blog.
3. Persoalan-persoalan yang ML x dapat.....dan nak sangat tahu
a. Bila masa Aidi sedar, Tia merupakan gadis yang dia kejar? Adakah pada hari menangis tersedu
sedan di dalam lift. Ataupun bila Tia dah jadi caretaker.
b. Macam mana datin tahu Tia ni menantu dia
c. Kenapa Tia x boleh agak umur Aidid.. sedangkan dia bercinta dengan kembarnya. kembar kot...
bukan adik beradik.
d. Macam mana Mawar boleh wujud dalam family diorang.
e. Macam mana Edham tahu, Tia ni wife Aidid.
f. Sampai kesudah si Tia ni x posting ek.. ko jgn dik... rugi... tahulah laki kaya... tapi.. kalo jadi apa2.. x
ke nanya ko x keje.
YANG ML SUKA
1. Kisah tersalah peluk Tia dan Aidid...... dan Aidid peram cinta dia dari hari tu. dahsyat
YANG ML X SUKA
1. watak bad boy Ayden kurang menonjol. biasa ML memang suka watak bad boy. tapi x menonjol sangat. my be sebab dia bukan watak utama.
2. Tia ni, over reaction orangnya eh? terkejut sikit tutup mulut. hemmm....
3. Bagi ML , watak Aidid x cukup kuat untuk mengatasi Hero-hero SR sebelum ni.
4.
Bagi ML lah... persoalan-persoalan tu.. perlukan jawapan(untuk ML lah.. korang .. may be x kisah) sebab, suri peram cerita ni lama.
Yang pasti, ML x sabar nak tunggu kisah Ayden Aqashah dan Mawar pulak. Rasanya dah nak siap tu.. SR jer masih peram.. tunggu reda cerita ni dulu...kan...kan...kan...
Okeylah.. maafkan ML, Suri Ryana. walaupun SR adalah penulis favorite ML, PH ni.. ML mmg tunggu dah lama... tapi ML x boleh nak rate banyak sebab ML rasa rencahnya kurang sangat.
RATE 🌟🌟🌟
Note: ML suka review Amnie kat Goodreads. Pandai dia buat review.... bilalah ML nak jadi macam dia eh... hihihii...
No comments:
Post a Comment