10 March 2021

Kenzi X Embun - Anna Lee

 


Suaminya ada skandal dengan kawan baik sendiri! Begitulah klisenya kehidupan Embun Nashmia. Hatinya hancur. Perpisahan dipilih demi ketenangan hatinya. Namun, kemunculan sepotong kek bersama sekeping kad nama telah menghuru-harakan hidupnya. Mr Ross mempunyai misi untuk memastikan anak saudara kesayangannya itu memiliki zuriat yang sah. “Cari isteri. Kahwin. Buat perjanjian. Buat anak. Kemudian lepaskan. Mudah, kan?” Cadang Ross. Kenzi Julian sebal dengan bapa saudaranya yang tiba-tiba saja bertanyakan soal zuriat yang bakal mewarisi hartanya yang berbilion sedangkan hatinya tidak terbuka untuk cinta kerana pernah dikecewakan satu masa dulu. Namun, demi memuaskan hati Mr Ross, dia bersetuju. “But with one condition.” Matanya merenung serius. “Okey?” Ross dekatkan diri dengan Kenzi. “Find someone whom I will never fall in love with, will you?” Dengan wajah serius Kenzi merenung Ross. Syarat Kenzi dituruti. Rancangan diatur. Embun menjadi insan terpilih. Segala-galanya berlaku dengan mudah. Tapi kenapa makin lama mereka bersama, semua yang berlaku mula nampak salah? Kenzi x Embun, masihkah ada bahagia untuk hati mereka yang pernah terluka?




Assalamualaikum.... lamanyer ML menyepi. Ada beberapa urusan yang perlu diselesaikan. Banyak novel2 yang baru sampai tapi hanya letak kat rak sahaja. tak sempat wei... tapi utk si hijau kuning ni , ML x boleh nak tahan sabar...

Saper yang jadi pembeli awal, x silap 500 pembeli pertama keluaran PM kali ni... memang bertuah giler.. cantik giler packaging ...sayang nak bukak. tapi x bukak , x baca kan... so... ML biasalah.. bukan sejenis yang sabar.









So, dah sedia nak baca review ML? sebelum tu, kena sedia maklumlah... ML akan bias kalau dengan AL.
okey.. here we go.

Siapa yang cari kelainan dari untuk karya Anna Lee??? ... nope.. dah nama pun Anna Lee kan... and yes... AL ckp, naskah kali ini klise.... sangat.. hahhah.. part mana??? tunggu!!!! kali ni, karya AL sangat sangat santai. korang akan senyum memanjang, tiap bait kata Fiza, sikap bodoh alang Mr. Ross.. you will love it. Nasib baik AL x hanyuttkan kita dengan sendu sedan Embun di saat penceraian dia...so, x delah cerita ni bermula dengan lemau. Lagipun, Embun ni memang seorang yang tabah dan kental orangnya. Anak sulung kot. Pendek kata, naskah kali ni, korang akan santai2 ditemani kupu-kupu sepanjang cerita hingga x sedar dah nak habis. Hahhahaha.. x melampau sgt kan....

kisah ni logik jer. tapi ader jer yang tak logik dan jadi standart mcm novel2 lain.
Logik bila Embun dikelilingi makcik-makcik bawang.
Logik bila kau berpengaruh akan ada side yang suka dan side membenci, Mengampu dan mengeji.
Logik bila orang tak suka, macam2 cerita tokok tambah muncul. semua logik.

Yang standart novel... benda NOVEL dan.. klise....bila orang kaya jumpa orang biasa-biasa ajer di cafe. iayalah, Gelaran Coffee Girl, layak sangat dengan Embun. Tapi Ross dengan Kenz buat apa kat situ?Diorang tu dah tahap VVVVIP kot... Okey, kita terimalah penjodohan mereka. Fine .. kebetulan yang nyata. Baik.

ML suka Mr. Ross. usaha gigih dia mengurat Embun a.k.a M untuk anak buah kesayangannya memang boleh dipuji. Walaupun hati dia cedera parah dihentam M, dia masih boleh bersabar. Macam-macam hadiah berjenama dia belikan untuk M, sekalipun M tak pandang. Bila M dah mula lembut hati, kembang semangkuk hidung dia. Maklumlah pakai barangan hadiah daripada dia . head to toe. kembang wei. Tapi, bila M ckp, tu barang fake, hati dia tercalar. tapi, nasib baik tak lama.

Kenzi, penyelamat Embun dari jauh. Bak kata Ross, ada sisi lain yang orang x nampak tentang seorang Kenzi. Tapi seriuslah, ML suka Mr. Ross ni. Cara dia borak-borang dgn Embun. Ambil gambar Kenzi buat sticker. comey. giler. tak padan dengan tua. hahahahhaha.. Cara dia muncul, cara dia selesai masalah. Iyalah.. walaupun itu arahan Kenzi.. tapi tetap comel di mata ML.. hahha...

My anak dara tengah baca novel ni.. haruslah mak dia baca dulu kan.. menjerit2 dia. Dia tanya kena Ross ni giler sangat.. hahah... dan dia mmg suka sgt dgn uncle ross..psst.. AL.. dia kata.. kalau boleh naklah Mr Ross tu dengan M.. hhahahahha.. ko rasa????

APA YANG ML TAK SUKA PASAL NOVEL NI. okey, get ready ya.. hahhahah..
1. sisi jahat Sally tu, kejap sgt....
2. betul ke Jovi mati pucuk?
3. Bonda Asnah. Apa jadi pada dia? insaf ke tidak.
4. Hem.. part riba meriba Sally vs Kenzi... hemm.. senyap mcm tu sahaja... just ckp percaya then habis cerita... ai is x puas.. langsung x ada drama kat sini.
5. Part kebocoran rahsia penyakit Ross... uishkkk.. yg ni memang x masuk kat hati.... macam fake sgt.. mcm drama sangat
6. kenapa lama sgt terpisah Kenz.. 6 bulan. balik2 perut dah membuncit.

Bukan tak suka sebenarnya. lebih kepada x terjawab sahaja. so jgn kecik hati ya cik AL.

Manarik bila kisah sejarah nama Embun dikorek.. heh... baru Kenzi tahu siapa penyebab.
Tapi penyebab terjadinya perkahwinan mereka.. ML kurang boleh terima. Nope mereka bukan kawen paksa. tapi Embun terima Kenzi sbb nak Kenzi rasa ada keluarga. Tapi kelakarlah pulak. sanggup perjudi nasib tu.Hahahha.. tapi sebenarnya, mereka tak sedar, masing2 dah ada rasa. cuma belum utuh.

Keseluruhan cerita ni, ML suka part Mr Ross. Cara Mr. Ross memikat. Memang tenggelam habislah si Kenzi. Bila dah kawen tu, ML dah kurang gemor.. may be sebab ML dah terpengaruh dan terpikat dengan Uncle. Tapi.. part ending tu.. walaupun sikit sangat, ia masih boleh buat ML senyum.. tp ..tulah.. sayangnya AL skip part macam mana keadaan M bila mula-mula prengnant.

Lastly, love this pieces. Full of joy.
Note: Nama asal My Missing Pieces.
Rate:🌟🌟🌟🌟
---ML2021---


No comments:

Post a Comment