11 October 2017

Aku Sanggup - Hani Fazuha



Hidup ini ujian. Dan ujian paling hebat buat Adiya adalah ketika kehilangan suami di hari pertama bergelar isteri. Dia reda. Tapi, munculnya Ziyaad dengan tiba-tiba, buat redanya hanyut. 


Bagaimanakah dia boleh lupakan Akif jika Ziyaad sering buatkan dia teringatkan bekas suaminya itu? Ziyaad itu bekas adik iparnya, yang muncul dengan bayangan penuh kebencian. Yang menuduh dia sebagai pembunuh dan kaki kikis. Tapi bila sekali lagi dia dihadapkan dengan ujian, Ziyaad tiba-tiba menghulur tangan. 

“Persoalannya, kenapa Encik Ziyaad tiba-tiba nak kahwin dengan I sedangkan selama ini encik sangat bencikan I?”
"I tawarkan diri tanpa syarat, Adiya. Dan you kena percaya, peluang yang baik kadangkalanya akan datang dalam bentuk yang tak baik." 

Apakah benar perkahwinan mereka adalah peluang yang baik didatangkan dalam bentuk yang tak baik? Atau mungkinkah ini ujian berganda buat Adiya? 

“I yang peluk you tapi nama dia yang you sebut.” Berbisa ayat Ziyaad bagai racun masuk ke hati Adiya. 

Akan tergantikah cinta di hati Adiya untuk lelaki bergelar suami sedangkan dia melihat Ziyaad itu sebagai ancaman yang menakutkan?


Ok.. buku "panas"... ya panas.. dan x sesuai utk bacaan bg yg belum berkahwin... x adelah panas sgt smp nak lebalkan sbg buku porno... tp sangat x elok kalo anak2 baca.. dan utk yg dah cukup umur utk kahwin.. akan membuatkan anda teringin nak jadi si adiya tu....

Ok... honestly.. ML x berapa kuat nak beli buku ni.. sbb mmg tahu tahap panas tu kurang sesuai utk ML sbb ML dah dlm fasa mewariskan novel2 kpd anak dara ML.. tp sbb nak tahu sgt pasal ziyaad ni... ML beli jugak.. hipokrit x?hahahha

Persoalan yg ML nak.. mcm mana dia boleh kahwin.. tu jer.. dan bila terjawab... ok..ML boleh terima...cuma ML confuse sikit part balik dari KK tu.. seminggu ker baru 2 hari... may be kena ulang baca balik part tu.. hahahah...

Apapun.. enjoy... tp.. mcm ML pesan.. yg belum kahwin x payah lah beli ya.. dengar ckp makcik ni ya anak2...

3 bintang.


10/10/2017 tamat 11/10/2017

1 comment:

  1. Saya dapat baca sampai bab 10 je kat wattpad. Nak beli tapi Limited Edition, tak sempat nak membeli dh habis. Skrg nak cari kot la ada org nak juai preloved.

    ReplyDelete