29 December 2013

Dan...Gerhanalah Sejuta Cinta - Nass Alina Noah


Mood ML tengah kacau bilau lepas baca buku ni. Orang Kelate kata " sekok sebok". Memang NAN tak pernah mengecewakan ML. Mungkin, pd org lain, tak suka karya dia . Tapi, bagi ML, dia Ada value tersendiri.

Ini sinopsisnya ....

Seumur hidupnya dia terpasung dalam belenggu dendam. Sejuta ksih dan kesempurnaan yang diimpikan kontang dek kemarau panjang. Merebut cinta suami adik serahim dengannya adalah tujuan hidupnya. Bagi Haikal, jenazah cinta Atia yang telah diusung itu tersemadi dalam hatinya buat selama-lamanya. Apakah sumpah dan janji yang telah dimeterai oleh Haikal sehingga sanggup menjadi suami pada Atikah dan mengorbankan cinta agungnya terhadap Atia?.

Atirah tidak akan gentar, dia tidak akan menangis kerana sebuah asmara nan palsu itu. Terleraikah dendam Atirah dek pengorbanan adiknya yang tidak pernah diketahui?. Tidak!. Gerhana cinta ini tidak akan berakhir selagi musim tidak berganti!. Itu sumpah Atikah. Benarkah Haikal lelaki dayus yang akan membiarkan cintanya terkorban dengan sia-sia?. Pun jauh di sudut hatinya, terdetik harapan suatu masa nanti, ada hari yang indah....

Atirah akan menangis, bukan lagi air mata benci tetapi air mata cinta kerana terpegunnya dia Demi menyedari erti kasih sayang itu. Biarpun sejuta air mata darah menjadi sumpahan gerhana cintanya.. Asalkan kemarau cinta itu berakhir dan kasih yang kering kontang itu menjadi sejuk, sedingin salju musim kemarau.

Kisah, hati seorang Manja Atirah (Atirah) dan Manja Sri Nuratilia (Atia). Kisah Bagaimana sifat cemburu Dan Iri hati memakan diri. Kisah Bertapa terlukanya menjadi Atia. Dan bertapa "gilanya" hidup seorg Atirah. ML rasa Atirah gila. Gila kerana sanggup lakukan apa Sahaja untuk menyakiti kembar siamnya, Atia. Si Atia pula, si hati lembut, nyata tdk pernah memandang apa yg dilakukan kpdnya bagai satu kesalahan. Hati ML sakit. Rasa mahu disepak terajang Sahaja kaki palsu Milik Atirah.

Segala milik Atia, dia nak. Bila dia x dapat, dituduhnya Atia merampas haknya. Adoi... Memang psiko ini olang. Bila kebenaran terlihat, barulah terduduk si Atirah. Kaku dan x mampu memghadapi hari muka. Dan Aliff Haikal, lelaki pencinta setia. Menyintai Atia sejak gadis itu hadir di dlm mimpinya.... Alahai.... Walau pun dia x romantik, tp ML suka...

Hiba... Hadoi.... Walau pun heroinnya psiko.... ML suka cerita ni....x pedulilah org nak kata apa.

Rate:4/5

No comments:

Post a Comment